3 Kali Pusing di Big Bad Wolf Books 2012

cari buku bisnes di pesta buku 2012

Sebelum ni saya bukanlah seorang yang suka sangat baca buku. Dulu minat la masa kecik-kecik sekolah rendah, lepas tu minat nak baca tu dah hilang. Mungkin sekarang ni banyak perkara yang perlukan suntikan inspirasi, motivasi dan idea yang buatkan saya boleh baca buku alternatif semula.

Big Bad Wolf Books 2012. Memang cari masa nak pergi tempat ni, semalam petang habis exam berkira-kira nak pergi. Hari Ahad dah plan tak nak keluar, jadi kalau nak keluar pun semalam je lah. Pinjam kereta @faaizzdzul dan terus gerak lepas Asar. Dengan siapa? takde siapa-siapa. Pergi sorang-sorang je takde hal, dah biasa keluar sorang.

Masuk-masuk je, banyak plak genre nak tengok. Budget saya RM 100. Target genre buku yang nak dibeli motivation, business, photography, management. Tapi perkara yang memburukkan keadaan, tertinggal wallet kat kereta, Basement 2. Ahh!!! Turun balik. Masuk kali kedua, pusing-pusing survey dah masuk waktu Maghrib. Keluar dulu, lepas solat baru masuk semula.

Kali ke tiga, baru capai 1 kotak angkut buku yang berkenan. Buku photography mahal sikit, RM20, RM 18 macam tu. Tapi rasa berbaloi sebab buku teknikal dan banyak gambar macam ni memang mahal sikit kalau kat luar. Ini pun rasa macam nak ambil lagi, tapi nanti over-budget sangat. Hohoho.

pesta buku di mines convention centre 2012

Boleh habis ke baca semua ni?

Bukan nak kena khatamkan semuanya sekaligus. Dulu saya tak suka beli buku sebab memang tahu takkan habis baca. Tapi bila dah rasa nak baca buku ni pada waktu-waktu otak stress dan tak betul sikit, tak pun waktu dalam LRT, tunggu orang jadi macam takdelah nak habiskan baca dalam keadaan tergesa-gesa. Kepada yang masih belum berkunjung ke Big Bad Wolf Books 2012, ada masa lagi sampai 23 Disember 2012. 3 minggu ni! Apa lagi?

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. wahhh best ni, akak memang suka membaca dan membeli buku

  2. Wah best beb…aku selalu bawak anak2 aku ke kedai buku, beli dan lepak2….tapi pameran mcm ni belum sempat nak bawa mereka hehehe

  3. hoho same here bro..aku boleh katakan gila buku..but the problem is, beli banyak buku bukan sume khatam baca pon..kalau dah betul2 takde hal barulah luang masa habiskan buku2 yang dibeli tadi..haha

  4. pehh..aku tak sempat lagi gi..

  5. Seronok jika dapat pergi. Boleh borong buku banyak-banyak sebab murah sangat.

  6. tahun lepas saya ada pergi jugak big bad wolf ni..banyak beli buku..tapi tak khatam semua pun lagi..tahun ni taknak pergi lagi.tunggu buku yang ada habis baca dulu.hehehe

    smart color gambar bro..adjust guna ape ek? lightroom ke?

  7. err, kenapa seat co-driver bau perfume lavender?
    ha, mohon pencerahan.

  8. wah…byk borong bro…hehe…

  9. dah lama tidak membeli buku…:)

  10. Yang ni saya terlepas nak pergi, sebab yang beli tahun sebelum ni (kat MAEPS Serdang) pun tak habis baca lagi, :D

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam