3 Sebab Aku Benci Facebook Chat

Baru habis Viva Test untuk Electromechanical System Lab. Sangat menyakitkan hati! Lagipun aku tak berapa sedia sangat nak amik test ni,pakai langgar je. My mistake! Hahaha. Sambil menghirup air coklat panas Cadburry, tengok-tengok facebook ni memang sah aku benci facebook chat kerana :

facebook interface

i use only Facebook, not Facebook chat

1. Penyebaran Virus

Beberapa bulan lepas kecoh yang mana virus boleh tersebar melalui facebook chat. Member entah sape-sapa chat kat kita tanya How Are You? Wanna laugh? dan kemudian hantar link untuk kita klik. Seorang kawan dah kena tapi sempat recover laptop dia balik. Tadi pun rakan yang tak pernah-pernah chat tiba-tiba bagi link yang mencurigakan. Memang takkan la aku nak klik,off chat terus.

2. Browser Menjadi Lembab

Aku tak tahulah sama ada masalah ini normal atau browser aku yang tak upgrade. Tapi rasanya Firefox yang aku pakai ni yang terbaru ( bukan versi beta ). Bila on chat nak buka benda lain kadang-kadang hang. Lepas tu browser not-responding. Lepas tu, tekal CRTL + ALT + DEL tak boleh. Ahh,memang hold startup button kat laptop dalam 5 saat la untuk force shutdown. Kesian laptop kesayangan yang aku cintai ni. Mungkin browser problem atau facebook chat punca hang atau tingkap masalah? :lol:

3. Paparan Antaramuka ( interface ) Akan Mengecil

facebook interface

kecil sungguh rasanya, tambahan dengan skrin laptop 14inch

Cuba perhati bila aktifkan facebook chat, dah makan ruang dalam 1 / 4 daripada resolution 1366 x 768 skrin laptop ni. Jadi ruang akan mengecil dan daripada 1 / 4 ruang yang diambil itu hampir 1 / 2 daripadanya adalah aplikasi yang penting bagi stalker-stalker iaitu Ticker. Hahaha. Semak je aku rasa bila buka facebook chat ni,tak luas dan tak puas tengok. Jadi aku lebih suka offline chat dan hide ruangan itu. Kalau nak hide saje macam tak pakej,baik offline dan hide terus baru lengkap. Hehehe..

3 sebab utama kenapa aku tak suka on facebook chat. Lagi satu, sebab keempat yang tak penting adalah takde sape nak chat dengan aku pun. Rugi je on facebook chat,baik on Yahoo Messenger. Hehehe. Ini juga menjawab persoalan beberapa orang yang antaranya “kenapa tak on facebook chat?” .. “ aik,tak pernah-pernah on chat”.. dan biasanya aku akan buka facebook chat bila ada hal-hal kecemasan. Adakah korang macam aku juga? Mungkin tidak rasanya sebab setiap kali aku on facebook chat ramai je friends aku yang online facebook chat. ;)

#tip stalker : jangan stalk sambil buka facebook chat, nanti kantoi la korang tengah online sebab lampu menghijau. Har Har Har !

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Nasib baiklah tidak akaun Facebook sampai sekarang. :-) Tidaklah bimbang apa-apa masalah mengenainya.

  2. aku pun x suke bukak fb chat…menyemak je kot..

  3. memang tak guna pun facebook chat tu..bosan..virus kat fb ni memang melambak2 kan..

  4. Aku memang tak on chat , kecuali ada urusan nk kena guna chat ney.. tapi jarang sngt, bnyk lagi alternatif lain utk communicate..

    Lagi satu, aku tak nak org tahu aku online…haha

  5. kalau ada org chat dan salah sorg ada internet prob, selalunya mmg aku stop terus chat kat fb, sambung kat ym. lagi stabil

  6. Aku pun jarang guna FB chat…kecuali kalau betul-betul terdesak aje, nasib baik ko minum koo panas.. kata orang koko menenangkan.. :)

  7. Syafiq Kamil says:

    Aku pun jarang sangat online FB Chat .. chat dia biol .. lambat nak appear reply .. kadang2 buat browser stuck .. huhuhu ..

    #skrg nak stalking, perhati FB ticker je .. heeee ..

  8. Setuju dengan post ni. Aku on chat tapi takde awek pun tegor… asyik laki2 je tego

  9. Kalau kat linux, chat x pernah lagi browser hang.. ni pakai windows selalu ja hang.. x tau kenapa..

  10. “Paparan Antaramuka ( interface ) Akan Mengecil”, ni aku setuju, aku pon x suka benda nih

  11. Saya juga mempunyai masalah-masalah ini tetapi saya masih suka Chat di Facebook ..

  12. ko bagi 3 sebab kenapa ko benci facebook chat.aku pulak bagi 3 sebab kenapa aku benci facebook.hehe… :P
    bukan benci pun cuma dah malas nak online FB ni :P

  13. hmm, rasanya kalau orang tu ada basic computer dan dah biasa dengan taktik penyebaran virus guna link ni..dia jarang on chat.hehehe!! memang musuh ketat tuh!!! memang jarang sangat on chat kecuali bosan ;)

  14. aku memang tak pernah on chatting kat facebool. memang offline selalu huhu :P

  15. Aku pun akdang-kadang je chat kat fb tu,lain-lain semua sambung kat g-talk / ym

  16. setakat ni hanya layan fb chat di ym sahaja, kat opis xbleh nk on fb atas dasar hormat kwn2 yg lain, jadi utk mengelakkan ada hal2 penting yg org2 dlm fb perlu maklumkan maka ym jd penghubung.

    • oh, memang boleh on fb chat guna ym? setakat yang saya tahu kita boleh tengok timeline fb di YM.. tak tau la kalau ada benda tertinggal.. ;)

  17. tips stalker tu terbaik. haha

  18. aku lagi suka guna skype.mudah kerja hahaha

  19. fb chat tak stabil, mesej selalu tak sampai, aku lagi suka pakai YM..

  20. kalau kita pandai baca link kat fb chat kita tau bukan kawan kita bagi so tak perlu tekan…tambah masalah

  21. aku dari dulu tak suka. menci. Grr..

  22. haha…sama ar ngan aku…menyampah ngan fb chat…sejak diorang tukar UI baru dulu, aku tak pernah lagi online chat tu…buat semak je

  23. rasanya..semua orang tak suka facebook chat ni. menyusahkan aje.

  24. bab browser jadi lembap, memang aku setuju. tetapi terpaksa pakai juga bila ada kerja yg perlu dilaksanakan. hehe

  25. aku jarang sangat gak nak buka fb chat..malas nak layan orang bawa chat..melainkan ada hal jer..lagi satu aku tak tahan kena kacau ngan minah sorang nie..hehe..in short, aku memang tak ada masa nak layan fb chat..haha

  26. yang lama lebih bagus

  27. Pachat says:

    tak sangka ada gak yg sependapat ngn aku…aku pon tak suka on chat kat fb

  28. fbchat tu selalunya ganggu fokus je nak create and publish new artikel dekat blog

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam