5 + 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

5 blog kerap dilawati 2011

Projek network blogger yang rasanya dah ramai orang tahu sekarang merupakan cetusan idea saudara Denaihati. Mempunyai objektif yang sungguh menarik dan caranya sangat mudah. Korang hanya perlu buat satu entri bertajuk 5 blog paling kerap anda lawati 2011 dan kongsikan bersama pembaca-pembaca blog korang. Nak turut serta membuat network yang gempak ni ?

Sekarang aku kongsi antara blog-blog yang sering aku lawat sejak aku mula blog sampailah sekarang. Baru lagi aku blogging ni,beberapa bulan je.

Affanhttp://www.affanruslan.com
seorang pelajar di Kanada. Aku kenal blog dia sejak masuk contest SEO tentang Berita Sukan Terkini dulu. Blog berkisah tentang kehidupan di Kanada, SEO, Blogging dan juga tazkirah santai. Tips dan info yang dia kongsi pun menarik.

Hilal Asyrafhttp://ms.langitilahi.com
seorang pelajar di Jordan dan juga penulis buku. Aku tahu blog dia ni sejak dari matrik,masa terjumpa link kat Friendster kot. Tak ingat la,dah lama dah. Berkisahkan tentang motivasi dan dakwah. Penulisan blog tak berat sangat,mudah nak faham. Sekarang blog Langit Ilahi dia ni dah upgrade dengan skop yang luas. Macam-macam ada. Aku pun baru je nak baca buku yang dia tulis sebab ada isi dalam buku dia terkena kat diri sendiri. Fuh ~  :aie:

Kujie2http://www.kujie2.com
seorang ibu dan berblog tentang kehidupan, anak-anak, suami di perantauan, tips blogging dan tutorial. Aku jumpa blog kak Jie ni kat Geng Blogger tak silap. Dan pernah juga tanya plugin-plugin wajib masa aku baru lepas setup WordPress dulu. Satu yang menarik,tajuk yang orang banyak buat tak pernah dia buat.

Ariffhttp://www.ariffshah.com
seorang pelajar aviation di Rusia. Kisah blog dia tentang Google,Blogging,SEO dan life dia sendiri. Aku kenal blog ni bulan 4 tahun lepas. Banyak tentang google dan SEO aku rujuk sini. Style penulisan blog yang simple dan senang nak terima, so mudah nak baca. Tapi ada beberapa pendapat dia yang aku kurang setuju. Tak jadi masalah pun, berbeza pendapat boleh buka minda..Kenapa dia fikir macam tu, kita pula fikir macam ni. Lepas tu analisis pendapat masing-masing dan fikir konklusi terbaik.

Syahril Hafizhttp://www.syahrilhafiz.com
seorang pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah(POLISAS). Aku kenal blog ni sejak aku pakai blogspot lagi,pun bulan 4 tahun lepas. Masa tu dia baru je start dengan WordPress. Kisah utama pasal operating system Ubuntu,Linux,wordpress dan blog. Dia cukup suka modified theme 2010 tu dengan macam-macam bentuk dah.

****

5 blog je nak kongsi aku rasa tak cukup, ada lagi ni nak share. Tu pasal tajuk aku buat 5 +5. Panjang sikit eh entri ni,tak pe kan.. Baca la sampai habis.. Hehe  :)

mniRashidhttp://www.mnirashid.com/blog
baru je aku kenal blog dia ni,beberapa bulan lepas. Cerita-cerita dia menarik perhatian aku. Pendapat dia pun senang nak difaham tentang pelbagai isu gak. Baca tu macam cool je rasa. Dan macam biasa, gaya penulisan tu yang menarik perhatian aku stay blog dia. Mula-mula aku jumpa blog ni,9 entri aku komen sekaligus. Jadi top commentator la kejap.. Hehe

Wazyhttp://www.wazy84.com
ini antara blogger yang aku dah pernah jumpa sebab rumah dia dekat dengan rumah aku. Blog berkisah tentang isu semasa,drama,filem,coding,komputer,pendapat dan lain-lain. Banyak kategori blog dia ni sampai dia cakap kat aku dia rasa macam rojak blog dia bercampur-campur. Ala,ape ada hal. Ada orang baca ok la tu.  8)

Fauziahanumhttp://fauziahanum.blogspot.com
pelajar architechture kat uia. Kenal masa program buat majalah kat matrik dulu. Blog tentang apa yang dia nak tulis,kehidupan dan perkongsian tazkirah. Nak dijadikan cerita,mula-mula aku guna blogspot tak tahu pebenda. So duk tanya dia macam-macam la coding itu ini begitu begini. Kalau kumpul soalan-soalan aku dulu boleh buat seminar blogspot la rasanya.

Chempakahttp://chempakaberbisik.blogspot.com
seorang pelajar biotech engineering kat uia. Baru lagi blog dia ni, mengisahkan tentang pendapat dia tentang satu-satu isu dan apa yang kita boleh ambil pengajaran dari isu tu. Ada gak teguran-teguran membina untuk semua. Oh ya,banyak gak soalan dia tanya aku masa nak buat blog. Kalau kumpul-kumpul soalan ni pun boleh buat kursus blogging gak. Cik CB, sebab ko tak nak reveal aku cerita gak kat sini. Pedulik pe aku ! Hahaha..

Faaizzhttp://yuhusayso.blogspot.com
pelajar manufacturing engineering uia. Dah lama gak dia blogging,awal dari aku. Berkisah tentang isu semasa, life, teenagers, buku-buku yang dia selalu baca dan lain-lain. Selalunya entri dia dalam bahasa inggeris sempoi. Idea dan gaya penulisan yang agak menarik. Memang dia ni buat blog untuk menulis la. Memang blog untuk ditulis tapi maksud aku pada gaya penulisan tu sendiri.

Itu antara blog-blog yang aku biasa pergi bila waktu free. Ada yang update jarang-jarang,so bila dia update aku akan terjah.Berbalik kepada projek network blogger ni, objektifnya nak saling memperkenalkan blog-blog lain kepada pembaca. Luaskan jaringan untuk blog. Mesti ada blog yang korang tak baca tapi dia baca dan bila tengok blog-blog yang orang lain baca,tak sangka kita pun minat blog tu. Dah tambah kenalan blog dah.

Kalau sesiapa nak join,boleh buat entri macam ni dan tinggalkan komen kat entri Denaihati – 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011. Baca la komen orang lain kat situ,ramai dah buat entri ni. Lepas tu boleh tengok-tengok apa blog yang orang lain suka baca, cari kenalan blog baru. Kalau sape-sape dah buat,komen la kat sini. Nak jugak tahu blog-blog yang korang selalu baca. Aku pun nak try baca gak..   8)

- Blog is about making friendship  ;)

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

    • says

      sabor yeop sabor..cube tolong sharekan kat wall cik CB.. bila lagi kalau bukan sekarang..sambil2 stadi tu click Fb Share. :)

  1. says

    salam
    terima kasih bro kerana turut menyenaraikan blog aku kat atas tu
    kecik je kan dunia ni
    rupa-rupanya kita duk setempat
    pastu sama-sama minat dalam blogging

  2. says

    blogger hilal asyraf tak pernah jenguk2 lagi… terima kasih memperkenalkan bloger yang tak pernah explore lagi..

  3. says

    Haha. Terharu. Ingat takde pun yang akan senaraikan blog aku, sebab aku ni jenis tak update selalu. Suka baca dan drop komen.

    Thanks bro, for supporting.

    ps: mungkin blog aku sesuai untuk tajuk blog paling “kerap” dilawati, bukan paling kerap dilawati. Sebabnya, blog aku tak selalu update. Tapi setiap kali update, aku rasa ko akan baca. Hehe. Tq

    • says

      ur welcome.. paling kerap melawat @ dilawati.. haha.. mostly blog2 atas ni ada yg jarang update..time update aku baca..kdg2 tak teringat,tengok mana terlintas time tu..

  4. says

    terharunya bila ko cakap aku suka edit themes blog twenty ten tu..haha, ayoyo nak tukar themes thesis kot lepas final cuti 2 bulan ni. godek habis2..hehe, btw thank ye bro aku disenaraikan putih bersama tuan punya blog ni..heeee

  5. says

    cis, ini mesti kes fon kau bunyi sbb aku pny msg lalu teringat dan mengincludekan aku dalam list ni. kan kan? sbb tu la aku yg last. haha.

    apepon terimakasih.

    lepastu dtg pjm kamera, xsgka kau ni halus jugak. ada cara.

    • says

      kebetulan agaknya blogger2 yg dipromo tu lebih dikenali.. pada aku blogger lama atau baru boleh je kongsi blog yang mereka selalu baca..tak semua orang sama minatnya.. benda ni lebih kepada sharing.. :)

    • says

      hilal asyraf tu genre dakwah..ada mase2 down bce sane r,selain web iluvislam.. ada beli satu buku dia tulis ni,belum sempat perabis lagi.. :)

  6. says

    nak komen..tp komen semua orang sama dengan apa yang nak komen..haha..erk yer ke?

    tengok dekat site link yg dtg ke blog sy.. mesti ada link dari post nie..terima kasih la menambahkan populariti saya nie yang tak popular..hehe

    p/s: akhirnya saya komen jugak kan tuk bulan nie.. ;)

    • says

      blog ni tak popular,blog yg durakhyar dulu bukan ke dah popular.. hehe
      akhirnya kan.. baru 8 hari menyepi..tak ingatkan nak menyepi sebulan.. :)

    • says

      nice komen !.. ye gak.. yg penting happy when writing.. pe yg kita suka,nak sampaikan kita tulis.. tengok tujuan gak r.. kalau blog personal,crite best2..kalau blog buat duit,buat duit betul2.. rilek2 sudah.. hehe… :D

  7. says

    cukuplah target 1 minggu+1 hari..next time 2 minggu plak..next time sebulan plak.. selepas tu selam-lamanya..hehe

    eh2 tak selama-lamanya.. hilanglah sorang member nantikan.. :p

  8. says

    Aku rasa aku antara orang yg paling susah nak senaraikan blog paling kerap dikunjungi. Aku lebih sukakan blog berdasarkan tema atau topik keseluruhan blog drp menyukai blogger tu sendiri. Dan ini bermasaalah kerana terlalu banyak blogger yg sekejap tulis pasal SEO, sekejap pasal gambar kelakar, sekejap ‘betapa sayangnya aku kat jejaka Lombok tu’, sekejap ‘sedapnya tengahari tadi makan mee goreng mamak, sekejap ini rahsia buat duit Nuffnang dll. Blog2 geng bloggers tu pun banyak contoh tersebut.

    Bagaimana ada juga blog yang tidak berapa rojak. Blog IT blogger melayu banyak menepati temanya dan selalu aku lawat. Blog arifshah (tema blogging SEO) aku lawat jugak, tak banyak blog Melayu tulis pasal SEO. Dan itu satu2 blog dalam list ko yg aku biasa lawat. Satu lagi iagi blog kujie2 tu tapi singah sekejap la sebab first time aku pergi aku disuakan dengan slogan “hidup biar sedap” menyebabkan aku tersentak :-)

    • says

      memang betul blog yang ada identiti senang kita nak agak.. jadi kalau rasa nak cari info pasal niche tu,kita gi blog dia..nak cari niche lain gi blog yang lain pula.. betul la org selalu cakap content is the king..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam