5 Pages Yang Perlu Ada Di Blog

compulsory url on blog

Dalam menentukan susunatur muka hadapan blog pasti kita akan memikirkan apa page-page atau link yang perlu diletakkan. Untuk memastikan penampilan blog kelihatan lebih professional 5 page ini boleh dikelaskan sebagai slot wajib untuk diletakkan di blog masing-masing. Saudari Azah juga ada bertanyakan mengenai kepentingan salah satu page ini di Group Facebook 2DayBlogger dan jom lihat apa 5 pages penting dalam blog yang akan disenaraikan.

HOMEPAGE

Homepage akan memudahkan pembaca untuk kembali ke ruang hadapan blog. Navigasi akan jadi lebih teratur. Homepage bagi sesiapa yang tidak tahu ia adalah link blog anda sendiri. Dalam Bahasa Melayu selalunya orang letak sebagai UTAMA. Wajib diletakkan bagi memastikan pembaca tidak tercari-cari jalan keluar segera (butang pangkah) selepas membaca entri di blog kita. Bagi pengguna Blogspot dalam widget PAGES dah ada link Homepage. Bagi pengguna WordPress Self Hosted gunakan fungsi di Appearance – Menus, ada ruangan untuk letakkan single link.

ABOUT ME

Page About Me akan menceritakan tentang biodata penulis serba ringkas. Biasanya nama penuh atau nama pena,latar belakang diri,kerjaya atau pelajaran bagi penuntut di IPT,sejarah blog dan isi kandungan blog. Tidak boleh terlalu terperinci sebab merbahaya dan takut kena spam plak. Pentingnya page ini untuk memberi keyakinan terhadap pembaca akan penulisan yang disampaikan,sebagai imej untuk lebih professional dan bagi blog buat duit ia dah tentu untuk menyakinkan pengiklan akan kreadibiliti penulis blog tersebut. Tak buat lagi? Eloklah buat sekarang.

EXCHANGE LINK

Page bagi menambahkan backlink dan mengumpulkan link kenalan-kenalan blogger. Mudah saja nak buat,hanya buat satu page bernama Exchange Link dan susun URL blogger yang ingin bertukar link dengan anda samaada mengikut kategori blog,abjad dan sebagainya. Jika kita meminta untuk bertukar link dengan satu-satu blog,letak dahulu link blog tersebut kemudian baru minta untuk tukar supaya lebih adil sama-sama memberi backlink. Kalau blog yang ada ruangan Exchange Link kita boleh terjah dan buat modal untuk blogwalking.

CONTACT

Tujuannya nak mudahkan sesiapa untuk menghubungi kita jika ada pertanyaan,nak minta bantuan tentang blog,nak minta jadi penulis jemputan dan paling penting untuk pengiklan berhubung jika dia nak letak iklan kat blog kita. Biasanya didalam page ini ada satu borang hubungi yang memerlukan kita mengisi beberapa butiran dan pertanyaan itu akan diemailkan kepada tuan blog.Page ini penting jika pembaca ingin bertanya dengan menghantar email tak perlu bersusah payah nak stalk profile Twitter atau Facebook. Hahaha..

SITEMAP

Sitemap digunakan sebagai panduan pembaca mencari entri-entri terdahulu mengikut kategori atau abjad. Ia juga sebagai peta blog supaya memudahkan navigasi. Sitemap yang dihantar ke Google Webmaster itu sebagai panduan Google,yang ini untuk panduan pembaca kita. Bagi pengguna WordPress ada sesetengah theme dan ada ruangan Sitemap dan boleh juga dibuat secara manual dengan menggunakan plugin. Bagi pengguna Blogspot rujuk tutorial Unique Table Of Content Sitemap Blogger.

5 pages ini memang boleh dikelaskan sebagai elemen penting yang perlu ada pada ruangan tab atau static link setiap blog. Nampak lebih professional dan memudahkan pembaca ketika berada di blog anda. Dah lama tak kongsi tip blogging dan harap perkongsian ini bermanfaat. Kalau ada cadangan lain page yang wajib ada boleh tulis di ruangan komen. Kalau sesiapa takde lagi 5 pages ini eloklah buat dengan segera. :)

#masih lagi mencari pengganti untuk Dagon Design Sitemap Generator.

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    untuk about page, seeloknya draft betul2 apa yang kita nak ceritakan sebab page tersebut mungkin menjadi page pandang pertama pembaca. kalau regular readers xpe tapi kalau reader baru sudah tentu nak kenal jugak siapa yang menulis blog tu kan. dan dari situ mungkin akan timbulnya keyakinan pembaca kepada kita

    • says

      kalau ada nama blog tu orang dah anggap homepage dah.. yup,saya pun dah berapa kali tukar penerangan kat about me tu..

  2. adam roslan says

    Setuju. Tapi saya guna Arkib untuk visitor dan Sitemap untuk Google Bot. Page arkib kita boleh modify ikut sedap hati dengan CSS. About me pulak ada 10 paragraph dalam draft. Dah macam bibliografi dah. Haha.

    Boleh cadangkan plugin untuk link exchange tak?

    • says

      link exchange senang buat page letak link manual je.. kalau pakai mister exchange link tu tak kasi kita backlink pun..

  3. says

    ok cun semua dah ada dah…cuma sekarang dah tak fikir nak setup blog tinggal nak fokus pada entri ajer skrg..:)

  4. says

    about & contact perlu ada untuk blog, yang lain boleh disesuaikan dgn keperluan rasanya…about tu masa nak menuli kekadang blur jg sedangkan nak tulis pasal diri sendiri :)

    • says

      betul..ramai yang blur nak tulis about.. samalah..nak cerita lebih orang cakap poyo plak, nak cerita kurang orang tak yakin.. terpaksa tengok page about me blog lain sebagai panduan.. haha

    • says

      Betul, saya setuju dengan pendapat saudara Neo pemilik multees.com.

      About & Contact penting dalam sebuah blog / website.

      Supaya pelawat kenal kita dan nampak kita ni betul-betul nak berurusan. ;)

  5. says

    kalau about me ni kita selalu update, terjejas tak kita punya blog nanti? error seperti Page not found, atau lain-lain? terima kasih atas info ni bos!

    • says

      update bahagian entri About Me sahaja, jangan usil Permanlink atau URL.. nak edit bahagian yang diceritakan tu ok,takkan ada page not found..

  6. says

    assalamualaikum, saudara tuan empunya blog boleh saya tahu bagaimana nak buat page exchange link sebiji macam milik tuan, harap dapat dibantu terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam