Hari-hari aku mengadap blog ni, otak aku asyik fikir apa yang aku dapat dengan blog. Duduk je ngadap skrin lama-lama sampai perit mata, singgah-singgah blog orang lain baca apa yang ada kat blog mereka, apa yang aku dapat dengan blogging ni ?
Orang cakap dapat duit dengan blog ni. Tapi bila aku tenung blog ni lama-lama sampai tembus, ada 5 perkara yang bagus lagi mantap bila dah buat blog ni. Tak kisah la Blogspot, WordPress percuma atau berbayar, Tumblr dan sebagainya. Semua sama asalkan ia sebuah BLOG.
1. Meluaskan cara pemikiran
Aku letak point ni paling atas sebab kita akan baca blog tersebut kerana penulisan dia. Melalui penulisan dia, kita akan tahu macamana style tuan blog itu berfikir dan memandang sesuatu perkara atau isu. Tak kira lah isu tentang hal semasa, politik, blogging, fotografi, cinta, muzik, teknologi dan sebagainya. Mungkin minat kita sama dengan dia, so boleh la berkongsi idea dan pendapat. Lepas tu macam-macam idea gempak akan menyusul punyalah.
2. Menambah kenalan maya
Lepas je jumpa blog-blog yang rasa sesuai dengan minat kita atau style dia tu buat kita rasa best je nak singgah kat blog dia, langkah untuk bersahabat bermula. Walaupun tak nampak depan mata, yela setakat balas-balas komen atau email tapi apa salahnya berkawan. Duduk Malaysia gak kan, kalau luar negara sekalipun, takde masalah gak. Video call kan ada ( banyak duit !.. haha ). Selain bergaul dengan kawan-kawan kat tempat kerja,kelas atau kampus kita dapat kawan baru kat internet. Silap-silap ada yang bertemu jodoh dengan blogging. Hmm,no komen..
3. Melatih diri lebih berdikari
Kiranya semua perkara kita terpaksa handle sendiri. Contoh situasi nak setting perkara-perkara teknikal dalam blog seperti tukar layout, pasang widget dan lain-lain. Nak harapkan orang je tak boleh juga. Sampai bila kan? Camane kalau tiba-tiba blog problem, kawan blogger tu sibuk tak dapat bantu, kena la cari penyelesaian sendiri. Susah ? Ala, google search je.
4. Meningkatkan skill penulisan
Ya ! ini point memang kena kat aku tepat-tepat. Aku ni tak reti menulis ayat yang kaw-kaw dalam blog. Nak main emosi perasaan segala tak pandai, nak taip entri pun kadang-kadang lama je nak siap. Jadi salah satu fungsi blog ni nak lihat macamana kita nak sampaikan sesuatu yang bermanfaat melalui penulisan. Kalau nak bagi nasihat depan-depan tak reti, apa salahhnya gunakan medium blog sebagai perantara. Kadang-kadang penulisan ni kesannya lebih mendalam !.. Tapi aku taklah, tak reti kot. Ini pun gaya penulisan yang amatlah biasa asalkan orang boleh faham,kira ok lah kan ?
5. Mengasah kreativiti diri yang terpendam
Setiap orang mesti ada kreativiti dia tersendiri punyalah. Kalau semua manusia sama, tak seronoklah hidup kan. Kreativiti dalam blogging ni ada dua. Pertama,perkara teknikal masa nak setting layout, letak widget dan segala macam tu. Kat situ idea dicurah sehabis baik nak kasi rumah sendiri dicat dan dihias dengan sempurna. Tapi kena berpada, kalau lebih-lebih sangat tak sesuai. Kedua, kreativiti dalam penulisan. Tak semua orang ada bakat macam ni. Baca je entri dia berdesup ke jantung ! Memang rasa betul penulisan dia. Contoh macam Zack Zukhairi, tak pernah aku jumpa blogger yang ada follower sampai 13 ribu.
Itu je la idea yang terlintas sekarang ni. Tapi tak semua bagus, dalam blogging ni ada benda yang tak bagus. Nanti aku tulis lagi pasal keburukan berblogging. Ye la, adat la semua benda ada pro & kontra beb. Sekarang aku rasa penyakit aku dah datang,nak tukar layout lagi. Hahaha.. baru dapat premium WP templates percuma ni, download kat Shahril Hafiz. Layout sekarang yang putih suci ni aku buat test je dulu, tengah nak fahamkan kerenah WP ni. Huish ! Pening la.

wow..sy suka sebab no 2 tu
yup..tambah kenalan dan pengalaman..
setuju dengan ko..
bagus blogging ni
sampai2 aku ketagihan laman blog..haha
p/s themes ni, srius lawa..tak tahu pulak aku..hehe
blog ko dah jauh maju skrg..hehe..
theme ni ko tak rasa macam pernah nampak ke?..tengok kat kak kujie punya blog.. hmm, tak jadi tukar r camni.. haha
betol aku setuju ngn hang..bagus2…
yeeha…
berblogging nh mmg bgs..
tp kalo ngadap blog je 24hour pn payah gak..
hahah…
sye la slh sorng pnyumbng tuk 13ribu follower zack zukhairi tu…
hahaha
=P
yup, tu salah satu keburukan berblogging..mungkin sy akan tulis utk entri2 akan dtg..
blogger zackzukhairi penulisan terbaekkk!. followers 13k, komen2 entry beratus2.. hoho. minat sangat ngan ‘aura’ dia.
pergh pergh pergh.
self domain seyh.
ko bile nak try.. hehe
setuju sangat tu! yang paling aku suka is, aku tak perlu baca paper dah kalo nak tahu isu semasa. tiap kali ada cite hot mmg konfem heboh la! kadand-kadang tu kita orang first tahu kot drp member-member or family2 kita…hehe
wartawan dah boleh tukar kerjaya camni.. hehe
banyak lagi kebaikan bloggingni..
antaranya boleh menjana passive income..
tahu berita semasa..
boleh join contest dan menang hadiah..
dan mcm2 lg lah..
seronok2!
phew..botak,akhirnya ada gak ko kat cni.. hehe.. passive income tu kene menuntut lebh ngan ko r jawabnyer..
hehe..aku pun masih banyak lagi kena belajar berblogging ni..progress aku dlm blogging ni sgt slow laa.bnyk komitmen lain pulak..hehe
itu advntge..
btw xrasa ke..bile tulis blog ni..
kdg2 kite tulis ape yg kite rase n buat
dah mcm diari kite..
pastu bgtau org..
sebab tu ada beberapa kerahsiaan dalam blogging.. perlu fikir panjang sebelum tulis satu-satu entri..dunia internet ni luas.. tak semua benda boleh cerita.. memang kebanyakan macam tu, mungkin senang dengan cara meluahkan di blog..cuma seperti yg sy mention, perlu ada kerahsiaan dalam blogging..
yerp
rajin bace je..nk wat xde mase..
btw.. thanks singgah di blog ni..
Hi Izwan,
Jawaban dan pandangan yang menarik!
Aku suka 5 sebab tersebut. Blog juga umpama drama yang kita cipta, mencerminkan diri kita. Jika chantek karyanya maka chantek juga budi bahasa orangnya.
Bahasa melambangkan Bangsa.
K
P/S : pssst aku pun sendiri sedang belajar kearah itu, menjadi “pengarah” yang baik hati dan budi.
wah.. mantap r tu, pengarah berjaya nnti.. aku tak reti bahasa2 cantik ayat bombastik ni kat blog.. nak menulis ayat sedap2 pun tak pandai.. pe ada aku bagi je.. hehe
yang penting maklumat yang nak disampaikan jelas dan difahami.
itu pun dah memadai, kalau nak ayat chantek dan boombastik tu.. aku pun tak tahu la. cuma kadang-kadang ayat short form generasi sekarang ni agak kurang faham aku nak bacanya. geek sangat pun tak or pemalas sangat pun yer.
kat blog memang tak sesuai ayat short form, lagi2 ayat sms.. effect kat SEO satu, nak paham pn satu.. dulu aku wat gak,lame2 tak dah.. ayat sempoi ok lagi..
Bagus lah, usah nak dipendekkan lagi. Jenuh nak membacanya. coding pun fail kalau short2 sangat. he he. Tu belum lagi yang jenis cakap bahasa “F” ooh damn. hahahaha.
minat la guna wordpress.
sebab premium yang cantik.
asalkan niat kita ikhlas
berblog.
yup..WP byk theme cantik2.. tapi kadang2 tak stable ngan plugin.. byk yg cantik tu pening nak pilih.. hehe
ya..memang best..sebab sambil blogging pun USD masyukk…hehe.tak heran le nape aku ada lebih dari 5 blog..adeh..penah nak hapdate nya..:P
fuh.. aku 1 blog ni pun kadang2 ditinggalkan 4-5 hari.. jenuh nak update 5 blog tuu.. tapi boleh income masyuk,its ok r.. berbaloi..
ada tekniknya supaya senang nak manage..hehe
kena menuntut ni?..hehe.. buat draft byk2 then schedule post ke?
itu salah satunya..tapi kalau ada 20 blog..camne le agaknya..lalu ke mengadap je kejenye?
ada sorang suggest.. kalau byk blog,beli entri luar yg sama niche..edit then publish..
skil penulisan tu xdpt sgt nk tolong aku sbb byk share gmbr. hehe. tp ttp dpt tlg org dpt ilham