6 Cara Tenangkan Diri Ketika Bermasalah

sedih ditimpa masalah

Masalah itu asam garam kehidupan. Tak suka guna asam garam? Ok la, rencah kehidupan. Huh! Sama je. Haha. Kalau hidup ni takde masalah tu sangat mustahil sebab takde benda yang sempurna. Bila ditimpa masalah mesti diri tak tenang dan motivasi menurun. Contoh macam tak dapat jawab exam, kena marah mahupun putus cinta. Putus cinta? Wow!. Ok, 6 perkara ini tip ringkas yang mungkin terbaik bagi aku dan mungkin terbaik bagi orang lain mengikut kriteria diri seseorang untuk menangkan diri mereka.

1. Keluar Mencari Kedamaian

Bila fikiran sesak dengan masalah dan rasa lemah elok untuk kita keluar mencari kawasan yang sedikit tenteram dan menikmati ketenteraman itu. Biasanya kawasan tenang ni keindahan semulajadi macam pokok hijau, air mengalir dan sebagainya. Aku sendiri kalau serabut kepala suka pergi tasik kat belakang UIAM ni walaupun takde la bersih mana tapi tengok air tasik tu rasa tenang. Kedua selain tasik kalau hujan biasanya tingkap ni akan dibuka luas untuk tengok air hujan yang turun. Cuba jengah sikit tingkap tengok ke atas,tak rasa cool ke nampak hujan turun dari langit. Subhanallah keindahan alam.

2. Dengar Muzik Perlahan Yang Mendamaikan

Ini salah satu cara untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Tubuh mempunyai cas-cas positif dan negatif dan bila tak berada dalam keadaan seimbang tu yang angin kus-kus moody datang. Hehe. Cari alternatif dengan mendengar muzik seperti alunan Kiroro, Instrumental dan sebagainya. Memang terasa sangat tenang dan boleh tertidur. Elakkan dari mendengar lagu Linkin Park ataupun System Of A Down ( S.O.A.D ) ketika tengah stress bagi mengelakkan laptop atau music player korang dibaling ke tingkap. Tapi kalau putus cinta tu jangan duk layan lagu Perpisahan Ini dari Anuar Zain. Memang la lagu slow tapi masalah lain pula datang nanti iaitu banjir besar. Parah..parah.. Heee..

3. Makan Banyak dan Tidur

Salah satu cara yang mana diamalkan oleh pelajar-pelajar IPT ketika stress ialah makan banyak. Orang lain pun sama juga tapi mungkin kat sini aku banyak jumpa la. Ketika tengah stress pergi ke cafe berdekatan atau buka peti ais di rumah anda kemudian capai apa yang patut untuk dikunyah. Kerepek sedap gak, Johor kerepek murah. Selepas makan dengan banyak confirm rasa mengantuk akan datang dengan sendiri dan membuatkan korang tertidur lepas tu lupa sekejap perihal masalah yang ada. Namun, tip ini bukanlah yang terbaik kerana tidak bagus untuk kesihatan. Makan Tido, Makan Tido ape laa..

4. Luahan Rasa Hati

Kalau dipendam apa yang terbuku tu kadang-kala kita tak nampak penyelesaian. Bila tengah serabut apa yang nampak hanyalah jalan ringkas sahaja. Perlunya orang kedua yang dia pun dalam keadaan waras untuk kita luahkan masalah dan cari tempat untuk bercerita. Mesti rasa lega sikit punya. Cuma aku tak prefer sangat cara ni dengan diri aku sebab kadang-kadang rasa orang lain pun ada masalah sendiri. Lebih suka berdiam dan berahsia. Am I a secretive person?

5. Muhasabah Kesilapan Diri

Bila dah agak-agak tenang tu cuba untuk bermuhasabah dengan apa kesilapan diri. Ketepikan ego untuk seketika dengan merasakan diri sentiasa betul. Kalau betul takkan la ada masalah, logik kan? Nilai balik kesilapan diri dan ambil tindakan. Tindakan ni pun kena memerlukan satu jati diri yang kuat juga, sedar tanpa tindakan tak dapat apa-apa. Aku sendiri kurang sikit perihal yang ini. Sungguh!

6. Kembali Kepada Fitrah, Kenal Erti Syukur

Itulah yang terakhir untuk merasakan ketenangan yang jelas. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang-kala terlupa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, ilmu , harta tak semua orang ada. Walaupun kita ada sikit , hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk tingkatkan apa yang ada, buat peningkatan. Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi juga.

Gembira

Cukup 6 tip atau sedikit perkongsian yang boleh disampaikan. Seperti yang aku nyatakan, setiap orang tak sama pendekatannya. Ada orang mungkin berbeza cara untuk mencari ketenangan dan kadang-kadang sangat pelik tapi menarik. Ada tambahan untuk tip mencari ketenangan ketika bermasalah? Jom kongsi !

  • +1 Page Rank Update : Google telah mengemaskini Page Rank untuk Jun 2011 dan izwanyusof.com kini berstatus PR 2 setelah 7 bulan slow & steady dengan PR 0. Terima Kasih kepada pembaca, mereka yang peramah di blog ini dan sokongan yang diberikan walaupun baru PR 2. Eh, PR 2 pun dah rasa termotivasi dan memberi ketenangan serta senyuman hingga ke telinga. ^_^

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    i’ve tried so many things..and so far tidur is the best medicine for me..boleh tenang dan fikir secara baik selepas tu..not to forget, baca quran la kan ;)

  2. durakhyar says

    No 4 tu kita sama! Tak suka citer kat orang masalah peribadi.. tapi sekali dah bukak mulut, habis semua cerita.. tapi bila dah cerita akan ada satu perasaan bersalah.
    “Ala, masalah aku nie kecik jer kot.. mungkin dia ada masalah lagi besar”
    “Buat apa aku citer kat dia, entah entah dia lagi ada masalah”
    dan macam2..
    At last, kena marah di kawan sebab dia cakap, “Apa gunanya kawan kalau tak diguna? “haha

  3. says

    setiap manusia yang hidup pasti akan menghadapi masalah dan rintangan
    terima kasih atas tips2nya, sangat bermanfaat sekali

  4. syafika says

    salam,,thankz tok sume tips nie…problem nie ibarat penyakit…sme skali xdiundang…..tapi,,ia akan sentiase dtg…stu je syafika nk ckap….Allah yg meminta malaikat untk membri dugaan kpd kte kerna Allah ingin mendngar rintihan kte…so,,percye Allah adlah tmpat terbaek untk luahkn prasaan…kerna Allah merindui kte….luahkn kpdNya……..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam