sambungan 6 Perbezaan Kenduri Kahwin Di Kampung Dan Bandar [ part 1 ]
4. Paluan Kompang
Di Bandar
Setakat yang aku tengok, bunyi kompang kalau kat bandar hanya menggunakan muzik MP3 yang dipasang kat PA sistem. Kemudian pasangan pengantin akan berjalan masuk ke dalam dewan dengan iringan muzik kompang tersebut. Lepas tu mereka akan terus ke meja makan untuk makan beradab bersama keluarga. Tapi kalau yang grand sikit, leh buat macam Nur Nadia SM Nasimuddin ( anak pengasa NAZA Motor ), tu memang tak leh cakap pe la. Gempak !
Di Kampung
Masih menggunakan khidmat belia dan orang kampung dengan kompang semulajadi. Sehari dua sebelum majlis, kompang tu akan dijemur di tengah panas nak kasi kulitnya keras,baru best pukul. Lepas tu bahagian dalam tu akan diletak dawai tebal untuk keraskan lagi permukaan kompang. Bila hari persandingan je, bergema tempat majlis dengan paluan kompang. Biasanya lagu popular, “enjit-enjit semut”,”selamat pengantin baru” dan selawat. Aku tau tentang kompang ni pun sebab dulu arwah atuk,ayah dengan pakcik-pakcik rajin main kompang kat kampung. So, kat rumah atuk memang banyak kompang orang letak, aku plak duk ketuk-ketuk sukahati time tu. Budak-budak lagi kan.. Haha
5. Style Berarak Pasangan Pengantin
Di Bandar
Kebiasaannya, pengantin akan jalan sekali masuk ke dewan dan kemudian duduk di meja makan untuk acara makan beradab. Kalau ada persembahan sikit, biasanya sebelum ke meja makan tu ada la acara silat ke, zapin ke dan lain-lain. Kemudian lepas makan dengan keluarga, mereka akan naik ke pelamin untuk acara bersanding dan menepung tawar. Tapi sekarang jarang orang buat dah menepung tawar ni.
Di Kampung
Agak terbalik sikit. Biasanya pengantin perempuan akan tunggu di atas pelamin dan pengantin lelaki diarak dengan kumpulan kompang dan keluarga pengantin lelaki masuk ke rumah orang perempuan. Kalau nakal sikit, ada la sedara-sedara sebelah perempuan buat road block plak. “ Tak kasi duit tol tak boleh jumpe pengantin “.. ataupun masa kena blok tu, nak kena jawab pantun dulu. Lepas dapat masuk tu, ada acara silat. Orang nak silat ni tak kisah,biasa pakcik-pakcik atau golongan veteran yang bukak silat. Lama gak bersilat-silat ni. Kemudian pengantin akan disandingkan macam biasa. Lepas tu barulah keluar untuk makan beradab dan potong kek.
6. Baju Kendarat
Di Bandar
Aku tak pasti ada ke tidak baju ni kat bandar sebab makanan ditempah dari katerer. Biasanya baju kendarat dipakai oleh kaum ibu-ibu yang akan tolong hidangkan laun-pauk,angkat pinggan-mangkuk, cawan dan lain-lain. Rasanya takda dibuat kat bandar sebab segala-galanya dah disiapkan oleh katerer seperti yang dah aku cerita. Baju warna tema perkahwinan tu mungkin biasa dipakai oleh ahli keluarga tuan rumah.
Di Kampung
Masih lagi mengamalkan budaya baju kendarat ni. Biasanya baju ni mempunyai corak yang sama dan dipakai oleh kaum ibu masa hari kenduri kahwin. Baju tak kisah warna apa asalkan coraknya sama. Baju ni juga macam lambang persatuan kaum perempuan la kat kampung. Ada majlis je pakai baju ni. Dan lagi satu biasanya kat tudung mereka ada terselit bunga dan duit dengan not RM 1. Kalau tuan rumah kaya dapat la not RM 5.. Hehe..
*******************
Ada banyak lagi perbezaan tapi aku senaraikan 6 saja, ni pun dah panjang aku cerita siap buat 2 part. Memang tak dinafikan warga kota lebih memilih benda yang senang untuk diuruskan seperti caterer, muzik kompang MP3, sewa dewan dan sebagainya. Sebab kesibukan cara hidup dan memang tak sempat kalau nak buat sendiri atau dengan jiran-jiran yang lain.
Berbanding dengan kawasan luar bandar, biasanya mereka bukanlah bekerja dalam bidang professional dan tidak terlalu sibuk. Komuniti setempat juga kuat tapi tak semua tempat, kalau kawasan perumahan tu ada yang kuat semangat kejiranannnya dan ada yang tak. Tapi sekarang trend katerer dan lain-lain tu pun dah mula dipraktikkan di kawasan luar bandar. Mudah dan jimat masa.
Cuma secara peribadi, aku lebih sukakan stail perkahwinan di kampung, terutama masa aku kecik-kecik dulu. Suasana meriahnya tu panjang, dari malam sebelum majlis hinggalah 2 – 3 hari selepas majlis. Komuniti masyarakat tu amat terasa, dengan adat melayu yang masih dikekalkan memang seronok la. Tapi semua tu banyak aku rasakan masa aku kecik dulu, sekarang dah kurang. So, agak-agak la lagi 5 tahun akan datang suasana tu masih wujud lagikah ?



haha. tapi serius duk kampung best giler!
kat kampung syok sikit.. ada rewang-rewang.. skunk org bandar mana ada semua tu… semua oder catering je…
tp skrng org kampung pun dah xmcm dulu2… masing2 buar hal masing2..bonding dah tak kuat..tp alhamdulillah..kat kampung sy masih lagi ada nilai tolong menolong nie…
but i agree with u..suasana kawen kat kampung lagi best~
yup.. bese kat taman perumahan yg kurang bonding skrg.. tapi still ada lagi.. kalau kat kampung pun,orang muda byk dah ke bandar.. sape lagi nak gerakkan komuniti,nak harap yg tua je tak leh dah..
baju kendarat dgn rewang2 tu rasanya kampung2 kat johor je especially.sbb istilah tu org luar tak tau sgt.
Word Lens: Application yang smart
ha’ah.. term johor je kot.. patut r affan baru first time dengar.. hehe
kalo ada sedara yg bukan org johor tanya mak g mana?pastu kalo jawab pegi rewang memang dia tak faham la mende apa tu..kang tak pasal2 pikir negatif plak…haha
hahaha.. ye gak kan.. kat johor ke rupenyer pakai term tu..
memang banyak bezanya kawin kat bandar dengn kat kampung. Tp gua x penah tgk pengantin berarak naik motorcross.haha
aku google je gambar tu tengok naik motocross.. sempoi ah bini dia.. haha
baju kendarat? macam first time dgr hehe.
kalau kat melaka, siap ada mercun lagi. he he
first time?.. kat johor kot common baju kendarat ni.. ko siap ada mercun, stok mane weh ?.. new year ?.. hehe
owh, mungkin lah. aku kg johor ngn melaka. tapi johor tu jarang sgt g.
Kalau melaka punya mercun, di letak dalam buluh, tinggi dalam 2.5 kali ganda tin minuman. Letak atas tanah, bakar. Mungkin lebih kepada bunga api kot. takde lah tinggi sangat bunga api tu macam NY nye. hoho
ko umah melaka ke?.. kat ne?.. mercun buluh ke pe?.. mantap gak.. aku lama tak bakar2 mercun nie.. raya lepas pun tak de stok mercun.. tak best gile.. haha
rumah shah alam bro. kg melaka ;D
jap, bukan mercun buluh. ni macam bunga api yg letak kat atas jalan tu, pastu bakar. kiran macam untuk pertunjukan punya lah. gila apa mercun buluh.
kang tak pasal2 pengantin sakit jantung mati. hohoh
*aku pun dah lama gila tak main mercun. dah 3 4 tahun jugak rasanya. tobat dah. ekh3
owh,ingatkan mercun buluh.. kalau mercun gempak tu.. haha.. tobat ?.. ada pengalaman berharga ngan mercun ke?.. hehe
Aku baru balik dari baksis. Time kami buat baksis orang kampung ada buat kenduri kahwin. Memang best giler.
Budak kecil bersemangat nak tolong buat kenduri.
kat kampung ni dh lama kenal.. aku time baksis dulu best gak, duduk rumah family angkat..
kat tempat aku tuan rumah (selalu mak bapak) akan tunggu kat pintu pagar rumah menyambut tetamu yang datang..tetamu2 yang datang nie nanti akan disambut oleh tuan rumah..dalam masa yang sama, si tetamu nie akan hulurkan sejumlah wang dalam sampul surat kepada tuan rumah..mak aku kata sebagai hadiah..pasal baju kedarat tue, tempat aku takde lak..mungkin lepas nie aku boleh perkenalkan kat tempat aku..haha
owh.. kat tempat aku dipanggil salam keruk.. pelik sket bunyi.. bila nak balik tu,tetamu salam tuan rumah dalam masa yang sama kat tangan tu ada sampul merah isi duit.. bila salam tu sekaligus akan bagi sampul merah kat tuan rumah.. tu yang panggil salam keruk..
oo lebih kurang same jer la..hehe
kalu naik vespa ker lagi best:-)
aku pernah jumpa.. old skool kot.. haha
hahaha.. cam jauh dah bunyi zaman muda2..
mmg lh jauh…ingt kite ni muda lg k…huhuhu.perasan…. 8)
mane nak cari kereta lembu lagi skrg.. hehe
kampung sy bnyk lembu …sapa ckp x ad lembu …hahaha.pakai je kereta sorong …hihi..buat kenduri kahwin lbih nampak unik kan
boleh la try..
blh j….itu pn klau x mlu…hahahha :[