
Sedar tak sedar kalau korang tengok post sebelumnya kat blog ini bertarikh seminggu yang lepas. Ini satu pencapaian yang mana satu minggu aku tak usik atau kemaskini blog. 7 hari tanpa blog! Wow! Tak pernah lagi aku tinggalkan blog selama seminggu sejak bertukar ke WordPress. Mungkin aku dah terkena sindrom 5 Sebab Blog Tak Update?
Sepanjang minggu ini seperti biasalah waktu petang aku berada di bazar Ramadan berniaga air,ikat air berbungkus-bungkus. Kerja ni aku mula-mula buat sejak tingkatan 1, tali dengan plastik bungkus air tu dah sebati dengan jari aku ni. Hari Rabu lepas merupakan hari akhir di bazar jadi sekarang dah cuti berniaga. Biasanya lepas balik dari bazar sampai rumah je dah azan maghrib terus berbuka. Hah,mujur bazar ni depan rumah je. Lepas berbuka mandi,solat lepas tu bersiap untuk terawikh. Lepas balik terawikh tu biasanya otak dah penat jadi nak update blog sangat lah malas.
Okey,itu satu hal. Yang kedua, cara aku tulis entri memang memenatkan. Pertama nak cari mood menaip dan bercerita kena guna otak untuk memerah idea. Lepas tu aku akan buat satu folder kat dekstop tulis tajuk entri yang terlintas. Kat dalam folder tu ada satu fail Microsoft Word untuk aku menaip dan seterusnya cari gambar-gambar sesuai untuk dimuatnaik. Kemudian bila mula menaip aku akan tulis paling kurang dua muka Word atau satu setengah lepas tu baca berulang-ulang kali. Baca punya baca sampai aku rasa puas hati baru aku buka WordPress dan update. Aku rasa cara aku update blog sangat rumit tapi bila orang suka membacanya aku puas hati.
Rasanya betul lah aku dah kena sindrom jiwa kacau ni. Sampai kan si Amal Espraza membuat kenyataan sebegini membalas Twitter aku “hahahahah kena carik awek sorang. baru bleh kongsi. stress takda awek tu “. Hahaha. Dalam blogging ni ada satu tahap kita akan bosan dan malas nak update. Ada satu tahap kita akan begitu teruja dan bersemangat untuk update setiap hari. Dua-dua keadaan ini aku dah rasa, mungkin ia normal. Mujur blog ini dah tiada iklan CPC atau CPM untuk dijaga trafiknya. Heh? Tapi maaf la kepada pembaca yang selalu singgah di blog ini sebab tiada cerita-cerita terbaru untuk dikongsi ![]()
Bercakap soal cerita baru, kalau nak tahu sebelum entri ini dibuat aku dah ada dua folder yang berisi dua draft entri untuk dikongsi tetapi masalahnya satu entri tu aku baru taip satu perenggan aku dah tekan pangkah kat Microsoft Word. Entri kedua pun sama, dah sampai perenggan kedua aku tekan pangkah lagi. Bila feel atau mood takde elok jangan update blog sebab nanti kecelaruan fikiran tu terbawa-bawa ke dalam blog. Bila otak serabut nak taip perenggan seterusnya pun sangat susah, percayalahh..
Akhir kata,siapa cakap tiada idea nak update blog menyebabkan blog terbiar? Cuba korang buat tajuk Punca Blog Tak Update mesti siap satu entri menceritakan kenapa korang malas update blog. Tak pun buat macam aku ni saja post di Twitter dengan ayat 7 Hari Tanpa Blog tiba-tiba aku terus buka Word dan berceloteh macam ni. Kan dah ada modal nak update tu. Tapi cara ini tak sesuai untuk blog niche, blog personal saja okey nak buat macam ni. Hehe. Terima kasih kerana sudi membaca, esok ( 27 Ogos 2011 ) aku nak ke Batu Pahat untuk program Semangkuk Bubur Sekampit Beras anjuran KPIJ. Buat bubur lambuk di akhir-akhir Ramadan, style kan? ![]()

haha…tu la pasal.mencari jugak ko kat sini tapi tak jumpa.hehe…
takpe bro.lepas raya nanti ko up la semangat untuk berblog ni.Insya Allah lepas 1 entri,mencanak2 idea datang lepas tu
ini waktu-waktu rehat. ok jugak macam ni.. rileks je..
emm..standard la tu..perkara normal tu..
yup.. sangat normal…
no wonder la penulisan berkualiti. cara nk tulis tu pon mmg dititikberatkan. tp hasilnya kita puas hati. tu yg penting. bulan posa ni pon aku jarang update, xlrt dan malas sket. huhuh
erkk..penulisan pun biasa2 lagi rasa..kurang research sgt..hehe.. busy nampak ER bulan puasa ni.. raya nak dekat dah..
tekan pangkah cepat cepat eh.. kalau aku, idea senang nak datang sbb bnyk mende interesting berlaku dalam idup aku, noted kat stupidphone aku dlu.. then depan PC baru elaborate… kuang kuang kuang~
dah takde idea nak sambung entri,pangkah sudah..save dulu..haha..
memang masalah ni bro..
hehe..
cuba belajar daripada ben ashaari camna nak update tanpa jemu..
masalah sikit je.. hehe..tapi tak pe pun,tak rasa terikat utk update sentiasa.. Ben Ashaari memang cepat update sbb entri pendek2 santai..
Air laut kat Terenganu pun ada pasang surut..ini kan pula otak kita yg selalu memerah idea sepanjang hari..mmg sindrom tu mmg dialami oleh setiap blogger
Yang penting rehat dan tidur yg cukup boleh membantu otak bekerja dengan baik
yup,otak tak boleh berserabut kalau nak update blog..
Kalau hendak mudah buat copy dan paste sahaja cuma tidak asli sahaja
tak minat copy paste direct..biasa copy pun sebagai rujukan untuk huraikan balik..
lepas ni..mesti lagi lama sebab beraya. hehe..
kejap lagi publish la entri ringkas..hehe
sindrom ni normal cuma bagi mereka yg betul2 nak buat duit dengan blog,kena hapuskan sindrom ni cepat2.haha kalau tak,memang payah nak maintain blog dengan baik…
betul..kalau buat duit dengan blog aku rasa takde sindrom ni sebab dah termotivasi dengan duit..haha.. aku tak rasa nak letak iklan CPC atau berkaitan lagi tu selamba je tinggal blog seminggu…
for sure kau akan sentiasa ada idea nak menulis bila ada innity
Blogging itu santai boncai
santai boncai.. menarik2..