9 + 1 Android Robot Terbaik Dunia

1. The Actroid DER 3

Amacam ? Comel ? Hahaha.. DER 3 ni generasi ke tiga Actroid. Sebelum ni dah ada DER dan DER 2, kira ni paling muda la. DER 3 ada penambahbaikan dari segi ekpresi muka. Berkebolehan untuk mengalihkan lengan dan kaki dalam pelbagai pergerakan. Tangan DER 3 ni boleh bersalaman atau memberi hormat ketika menyambut tetamu. Macam letak tangan kat tepi bahu. Fungsi yang ada ni membuatkan DER 3 nampak lebih formal disamping maintain cun !!

2. HRP – 4C Humanoid

HRP-4C2

Dikeluarkan oleh National Institute of Advance Industrial Science and Technology ( AIST ) of Japan dengan kerjasama Kawada Industries. Tinggi humanoid ni 1.58m ( dah macam standard tinggi orang Malaysia ) dan mempunyai berat 43 Kg ( standard berat perempuan ). Boleh berjalan secara sopan santun seperti seorang gadis ayu dan mempunyai 30 DOF.

3. CB 2

Macam kena simen je kan. CB 2 dibangunkan oleh JST ERATO Asada dan Osaka University dan merupakan android bersaiz kanak-kanak. Tinggi 1.3 m, berat 33 Kg dan mempunyai 56 DOF. Mempunyai kamera kecil di bahagian mata dan mikrofon di telinga. Di permukaan kulit ada 197 sensor pengesan dan kulit itu diperbuat dari silikon. Jadi bukanlah kena simen.

4. Robot Cub

Cub02

Bukan RoboCop ya. Merupakan robot bersaiz kanak-kanak terkini dari Robot Cub Consortium. Mempunyai 53 DOF, tinggi 1.04 m dan berat 22 Kg. Humanoid ini telah dibangunkan oleh lebih 40 orang dalam 11 institut seluruh Eropah. Bukan senang projek macam ni.

5. EveR – 3

Ever3

Lagi robot wanita dibangunkan. Eh, sejak bila robot ada jantina ?.. KITECH (Korean Institute of Industrial Technology) telah membangunkan EveR -3 yang mempunyai ketinggian 1.57 m dan berat 60 Kg. Mempunyai 16 ekspresi muka berbeza dan terdapat 35 DOF di bahagian atas badannya.

6. Mahru – Z

mahru housemaid

Robot pembantu rumah. Dibangunkan oleh Korea Institute Of Science and Technology ( KIST ) pada tahun 2010. Tinggi 1.3 m, mempunyai berat 55 Kg, 35 DOF dan hanya ada 3 jari sahaja. Mungkin ini boleh mengurangkan masalah penderaan kanak-kanak oleh pembantu rumah ?

7. ATOM – 7xp

ATOM_7 Robot

Boleh dikatakan baru dikeluarkan iaitu pada Januari 2010. Dibangunkan oleh Dan Mathias di Future Bots selama 8 tahun. Jadi dari 2002 la dia dah mula dengan projek ni. Lama tu.. Tinggi ATOM-7xp ialah 1.58 m, berat 73 kg dan mempunyai 49 DOF.

8. NEXTAGE

nextage

Dibangunkan oleh Kawada Industries dan dilancarkan pada 19 November 2009. Memang nampak hebat dan rekaan cukup kemas. Hanya menggunakan 15 DOF dan boleh mengangkat beban sehingga 1.5 Kg. Eh, gunting nak potong reben tu 1.5 Kg ke ?.. Hehe..

9. Priscilla

priscilla

Dibangunkan oleh Chalmers University pada musim panas tahun 2000. Rekaannya mengikut saiz rangka manusia. Saiz sebenar tulang rangka manusia. Dikuasakan oleh hydraulik silinder dan matanya mempunyai funsgi binokular.

+ 1 ( BONUS ) Line Follower Robot

IIUM Line Follower Robot - Mechatronics Engineering… cun tak ? boleh jadi terbaik dunia? hehehe …

Dibangunkan oleh 2 pelajar iaitu Izwan dan Suhail. Merupakan salah satu projek berkumpulan untuk subjek Mechatronics Workshop. Robot ini berfungsi mengikut line hitam di atas litar dan berupaya mengelak halangan ketika sedang seronok berjalan. Tengah syok berlumba kat litar boleh ada botol kat depan apa kes ?.. Berat yang tidak pernah diambil kira serta tinggi lebih kurang separuh skrin laptop anda. Ya ! robot ke – 10 ini memang aku akui agak mencapup dalam entri kali ni. Huahahaha.. Dush ! sempat lagi tu..

Rasanya tak lama lagi Malaysia bakal membangunkan sebuah robot sendiri, sekarang kalau korang perhatikan kita ada satu rancangan TV berkonsepkan rekacipta, IDEA : Malaysia Inventor’s Challenge. Dah masuk Top 4 sekarang ni, tapi aku tak pasti dah ke final atau belum, tak tengok plak minggu lepas. Benda-benda macam ni la yang patut rakyat Malaysia bangunkan, fikir dan membuat perubahan. Kalau tengok yang Top 4 tu, ada yang kerja angkat kelapa sawit je pun boleh terfikir idea untuk cipta cara mudah nak angkat kelapa sawit. Ini setakat rancangan realiti TV yang ntah pape, joget-joget lepas tu undi SMS berpuluh ringgit habis, apa yang kita dapat ? Media provok hiburan je lebih dari perkara-perkara yang ilmiah. Sebab apa ? Haa, fikirkan lah sendiri..

*DOF – degree of freedom. Paksi yang digunakan untuk menggerakkan satu-satu bahagian robot.

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. chempaka says

    nice… nie entri yg aku paling suke stakat nie.. macam byk uasaha je kat entri ni ek?? btw, robot yg last tuh, need more effort…huhuhu

    • says

      takde lah byk usaha sgt..still tak cukup research lagi ni.. hmm,tggu FYP nanti, robot last tu akan lagi lebih maju dan berjaya.. hehe

    • says

      radio frequency?..cam gempak je..huhu..mcm tak, tak pernah dgr plak ada guna..ni guna PIC 16F77A + 3 light sensor + motor..litar sume design sendiri pakai software EAGLE..ni robot basic je kitorang blajar..tak capai tahap gempak lagi..perjalanan masih jauh tu..

    • says

      uish..simple ?.. kitorang sume 3 hari berturut2 kot stay workshop smpai malam..memg siot,dah r nak final exam time tu,biq gak projek ni best.. tapi simple tak bermakna broken beb.. nak tengok video tak ?.. hehe

  2. ajjak says

    salam 1 malaysia…
    saya mahu tanya tentang pembikinan robot yang simple untuk di jadikan final projek..boleh bagi cadangan sikit kah???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam