Apa Perlu Ada Dalam Percintaan Jarak Jauh?

bercinta jarak jauh

Cinta itu sukar untuk ditafsirkan bagaimana ia bermula dan kenapa si dia itu berjaya mencuri hati kita. Persoalan mengenai jarak dalam percintaan kadang-kadang menjadi sesuatu yang serius bila difikirkan. Bercinta jarak jauh wujud sama ada diawal perhubungan jarak sudah menjadi perantara ataupun berjauhan secara tiba-tiba. Berkenalan ketika alam kampus, kursus, terlanggar buku seperti babak drama melayu menjadi titik tolak percintaan dan kemudian terpaksa berjauhan atas urusan pelajaran,kerjaya dan mungkin keluarga. Ramai yang mentafsirkan percintaan jarak jauh besar dugaannya. Tiada bersua, perhubungan terbatas serta sibuk dengan urusan harian yang sedikit sebanyak menjarakkan perhubungan. Lalu bagaimana mahu mengekalkan perhubungan dalam percintaan jarak jauh? Apa elemen penting bila bercinta jarak jauh?

1. Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang

Tidak boleh tidak jarak yang memisahkan pasangan itu akan membuatkan komunikasi antara dua sedikit terganggu. Sedikit saja,tak banyak kalau bijak diuruskan demi menjaga perhubungan. Bercinta jarak jauh memerlukan pasangan itu lebih komunikasi diantara mereka. Komunikasi yang bagaimana? Cara berhubung? Itu tak menjadi masalah dengan teknologi yang ada sekarang ini sejauh mana jaraknya pun tetap mudah untuk diakses tetapi kualiti dalam komunikasi. Apa tafsiran anda mengenai kualiti dalam komunikasi?

Jika ada peluang untuk berhubung dengan si dia dalam keadaan tidak sibuk,manfaatkan dengan bertanya khabar,apa yang dilakukan hari ini,ada atau tidak masalah yang membebankan fikiran dan kongsi bersama serta selitkan sedikit humor untuk membibitkan senyuman. Maka disitulah wujud sifat berterus terang dan berkongsi agar kamu sedar bahawa masing-masing saling memerlukan. Komunikasi berkesan bukanlah semestinya perlu berhubung 24/7 ( 24 jam 7 hari seminggu ) setiap masa. Oh! Itu sangat merimaskan dan siapa suka keadaan seolah-olah dikongkong? 2 – 3 kali berhubung dalam seminggu mengikut kelapangan sudah memadai asalkan berkualiti.

2. Bijak Memilih Rakan Untuk Berkongsi Hal Cinta

Bila berjauhan pasti rasa tidak senang didalam hati itu ada. Risau, cemburu wujud bila si dia tiada dekat dengan kita. Bila dekat pun boleh cemburu apatah lagi bila berjauhan? Bagi yang tidak pernah atau pertama kali melalui percintaan jarak jauh sudah tentu ada rakan yang menjadi tempat luahan hati memikirkan perhubungan itu. Seperti yang dinyatakan, dugaan jarak jauh pasti menimbulkan sedikit prasangka. Bimbang si dia tidak jujur dalam perhubungan kamu.

“Kau boleh percaya ke dia kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan boleh nampak!”

“ Percayalah si dia takkan mengkhianati hubungan korang bina selama ini. Aku dah kenal dia macamana”

Kadang-kala ada rakan yang iri hati dengan hubungan yang kamu bina bila lihat jarak kamu berdua jauh terpisah tetapi tetap teguh bertahan,seperti ayat pertama yang cuba mencari alasan untuk menggoyahkan hubungan itu. Perlukah rakan seperti itu! Dan ada juga rakan yang sentiasa memberi sokongan kerana sedar dan faham dugaan berjauhan itu besar. Rakan yang baik dan memahami akan sentiasa menyokong kita bila susah dan senang. Bijaklah memilih rakan untuk berkongsi hal cinta kerana kata-kata mudah mempengaruhi perihal hati dan perasaan. Rakan yang menyokong kamu ditambah dengan komunikasi dua hala yang berkualiti membuatkan diri lebih kuat menempuhi percintaan jarak jauh.

3. Saling Percaya Satu Sama Lain

Yang terakhir dan merupakan paling penting dalam menjaga percintaan jarak jauh ialah percaya. Ya! Sikap percaya antara kamu dan dia. Kalau tiada kepercayaan apa guna hubungan itu dijalinkan?

kepercayaan dalam percintaan

Besar peranan sikap saling mempercayai ini. Masing-masing perlulah saling mengingati tujuan hubungan itu dijalinkan dan atas dasar apa dan kemana hala tujunya iaitu hidup bersama hingga ke akhirnya. Percaya juga bahawa si dia akan tetap menanti kamu walaupun terpaksa berjauhan untuk seketika dan dia tetap setia bersama kamu. Bukan seorang tetapi kedua-duanya perlu berfikir begitu.

Jangan cuba mengkhianati kepercayaan itu. Jangan cuba mencari kasih yang lain dengan alasan si dia berjauhan dengan kamu! Jika kita mengkhianati orang, tak mustahil suatu hari nanti diri kita juga dikhianati. Bijaklah mengatur langkah bila bercinta jarak jauh. Gabungan elemen penting yang perlu ada dalam percintaan jarak jauh iaitu komunikasi berkesan, sokongan rakan dan saling mempercayai perlulah diadun dengan sebati agar dugaan berjauhan itu dapat dikurangkan dan hubungan itu dapat diharmonikan.

Konklusinya takkan berjaya percintaan jika tiada sokongan antara satu sama lain. Mungkin 3 elemen ini seperti tajuknya untuk percintaan jarak jauh tetapi sedar atau tidak jika bercinta dalam jarak yang dekat pun 3 perkara ini mesti ada dalam perhubungan. Hargai cinta yang wujud itu dengan seikhlasnya, kekalkan ia walau apa dugaan yang menimpa sampai bila-bila..

together forever in love

[box type="info"] Entri ini ditulis hasil tontonan drama melayu dan cerita rakan-rakan. Dan yang pasti menulis entri Cinta lebih mudah mendapat feel ketika waktu hujan. Sila kasi rating entri ini boleh? Hahaha. Benarkah hujan membibitkan rindu? – RainLover..[/box]

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. wah suka entry ni. walaupun bukan bercinta jarak jauh ssangat, tapi kekangan masa (tak dapat jumpa) buatkan apa yg dihadapi pun sama macam cinta jarak jauh. hukhuk

  2. Azah says:

    x nak kasi rating sebab hati tgh lara… haha…
    hmm.. kalau sorang je yang berusaha tak jadi jugak.. kena dua2 sama usaha… :D

    • Izwan says:

      lara pulak. adess..
      yup,sorang je tak jalan..

      • Kamal Amir says:

        sakit bila berjauhan.. kite percayakan dia, tapi akhirnya dia tipu kite.. cinta yg kite bg didustai.. dah lama dah dia tipu.. kuar ngan laki2 lain.. tgk wayang, keluar mkn sama2.. macam2 lg laa.. xtau laa buat pew lg kalau kuar mlm2.. mmg kene kaw2.. sakit giler kene khianat ni.. :(

        • Izwan says:

          kena jelas untuk apa hubungan itu diwujudkan.. banyak juga dengar cerita macam ni.. bersabar saja,mungkin itu takdir dipertemukan dengan yang lebih baik..

      • Kamal Amir says:

        thanks..

  3. izwannizam says:

    aku sekarang dalam mode cinta jarak jauh.and yes,kepercayaan tu penting.iklhas hati.insyaallah,hubungan tu kekal.tipula tak ada rasa cemburu tapi itulah.hati kena ikhlas.

  4. Nor Aizat says:

    salam, haha..ak tau post ni pasal apa..aku tau!
    haha.. dah tiba masanya dah wan..kuikui…

  5. jarak jauh? hurm aku pun malas nak cakap apa dah,
    orang sana pun dah senyap aku pun mula senyap..biar ah..haha

  6. adus…tangkap jiwang pulak sekarang.hehe…
    ni entri berdasarkan pengalaman sendiri ke bro?hehe…
    sebelum aku kawin dengan orang rumah aku ni,memang kitorang bercinta jarak jauh untuk 11 tahun.sejak 1997 sampai 2008.lama tak?hehe…terus terang aku bagitau,langsung takde berhubung untuk 9 tahun.lepas je 2007 baru kitorang mula berhubung.amacam?terer tak?hehe…

    ni citer betul tau bro.bukan tipu2.hehe…

  7. shandye says:

    bg saya, yang penting adalah TIPS (Time, Interest, Priority & Space) mcm apa yg saya pernah tulis kat sini [http://bit.ly/nXWEi7].

    hehehe…

  8. wazy says:

    Cinta jarak jauh ni kena banyak bersabar,kalau tak memang makan hati je la

  9. Kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran. 3 elemen yang saya rasa perlu dapam cinta jarak jauh…Oh!

  10. chempaka says:

    eh, percintaan ni dah kawen ke blum? kalau blum, percintaan lelaki dan perempuan adalah jarak jauh walaupun rumah sebelah2.. huhuh..
    percaya/trust paling penting..dan jgn pernah mengkhianati trust wanita, sbb once dah khianat x kan dapat lagi..chewah ! nice~~

    • Izwan says:

      dua-dua boleh masuk.. sama ada sudah atau belum.. khianati tu wanita ke lelaki ke sama je.. kepercayaan pertama tak sama dengan yang kedua..

    • kawan CB says:

      ececececececece CB kite, pandai ckp pasal becinta, dah bape lame bercinte CB? ekekekeke :P

  11. FD says:

    hang (tuan tanah) dah ingatkan aku pada kwn aku (bukan kekasih)…

    “aku ngan dia dah duk jauh2… tapi lah lau aku curang atau ada org tackle aku ke, aku gtau lah dia….. dia pun sme gak..”

    lol… perempuan tuh. aku dengar je lah…

    sbb tuh, nak ada kekasih, paham btol2 operation cycle of life awek yang berkenaan tuh… [aku ckp tanpa pengalaman... ^.^]

  12. Syafiq Kamil says:

    Jarak itu hanya ukuran metrik semata-mata ..

    Yang penting kepercayaan .. kejujuran ..

  13. E.K says:

    Kalau jujur insyaAllah boleh lakukannya :)

  14. ohooo.dokter cinta izwanyusof nii. ;)
    for me TRUST. ;P

  15. mamat says:

    alamak..tak tahu la..sebab mamat ni single lgi..haha

  16. azie says:

    cinta jarak jauh mmg byk dugaan..tp walaupun berjauhan tp hati tetap bersama x jd mslh.. :)

  17. lizz says:

    kalau jenis tak boleh nak hidup sengsorang, better jangan terjebak dengan relationship camni. susah.

  18. titan says:

    kena saling percaya. Komunikasi sangat penting. Jangan dah 3 bulan, baru nak tanya khabar. Masa tu..kalau awek atau pakwe lari..janganlah do lok lak khabar satu dunia yang awek atau pakwe kita curang..

  19. pantaidalam says:

    bagi aku cinta jarak jauh tu memerlukan modal yang besar,ia bergantung sejauh mana jarak cinta itu,contohnya bil talipon,kos ulang alik nak jmpa bila kerinduan,kos jalan2,makan,tengok wayang dan sebagainya,tapi itu semua bergantung pada seseorang,sebab ada yang kata jimat kos sebab jarang jumpa,jarang la belanja,,,ermmm

    • Izwan says:

      pada aku jarak jauh ni jimat kos.. haha.. rasanya tak perlu jumpa selalu sebab masing2 ada keutamaan yang perlu diselesaikan..

  20. akubiomed says:

    Wah sejak bila jadi doktor cinta? Kalau sudah duduk bercinta jarak jauh baik nikah cepat-cepat atau duduk bincang hendak kekal hubungan atau tidak. Maaf bunyinya agak kasar tidak guna merana dan kerinduan

  21. faaizzdzul says:

    entri menarik reader makwe-makwe lettew!

    ah,dem, tergedik disitu~

    betul kata orang tua-tua, “kalau sudah 3rd year di kampus, kena cepat-cepat cari calon”

    ha ha ha

    • Izwan says:

      apehal kau menggedik #lettew .. ini bukan twitter..hah.. kau bila nak pergi kursus kahwin SDEV tu? 24-25 september.. hiks.. ;)

  22. W.R says:

    mana percintaan dan segala hubungan adalah kepercaya antara satu sama lain..:) ttp dalam dok mempercayai jangan l apulak terlalu lurus mempercayai pasangan….hihihi…:)

    p/s : sedang hangat ker bro…?

  23. Amirez says:

    teringat pengalaman 2006 hingga 2008 dulu :)
    PJJ ni yang penting percaya dan jujur.
    dugaan memang hebat. tapi kalau dua2 jujur, insyaAllah hubungan tu akan berkekalan. yg penting adalah setia

  24. bercinta jarak jauh ni semua dari diri sendiri . kalau kuat rasa sayang tu , takkan timbul masalah curang .. sentiasa percaya pasangan dan jangan punahkan kepercayaan pasangan .. salinglah berbincang kalau ada masalah walaupun jauh . paling penting , JUJUR :)

  25. ohcikgu says:

    tak berapa gemar percintaan jarak jauh nih.. :(

  26. memang byk dugaan dlm LDR (long distance relationship) ni…apa-apa pun i’ve been through it about 5yrs. sabar dan saling percaya amat penting. =)

  27. azman says:

    Errr….sapa nak bercinta dengan aku nih…he3….

    Cinta jarak jauh perlu ada kesabaran/keberanian/keikhlasan sebab banyak risiko sebenarnya…senang cerita macam ni lah”org perempuan setiap hari dia nak dengar lelaki kata i love u/i miss u,tetapi org lelaki tak mampu nak ucapkan tiap2 hari”

    So kalau dah bercinta jarak jauh tu kena amalkan petua ucapkan hari2 barulah si awek tak sunyi hehehe…

    • Kamal Ami says:

      sakit bila berjauhan.. kite percayakan dia, tapi akhirnya
      dia tipu kite.. cinta yg kite bg didustai.. dah lama dah
      dia tipu.. kuar ngan laki2 lain.. tgk wayang, keluar mkn
      sama2.. macam2 lg laa.. xtau laa buat pew lg kalau kuar
      mlm2.. mmg kene kaw2.. sakit giler kene khianat ni.. :(

    • Izwan says:

      lelaki mana nak sebut benda tu hari-hari.. rimas..haha

  28. azura says:

    bercinta jarak jauh kerana tanggungjawab masing-masing…sentiasa jujur dan kena percaya pasangan…kalau tak, macam mana nak hadapi perkahwinan jarak jauh nanti…

    • Izwan says:

      ya. dugaan semasa perkahwinan lagi mencabar.. itu baru betul nak buktikan cinta.. sebelum kahwin takde apa-apa pun..

  29. mamat says:

    oh tidak..mamat tak boleh nak bercinta..mamat ada SPM…he3

  30. Nice theme bro.

    Atilia kata komunkasi dan toleransi. :)

    Tapi kalau bercinta jarak jauh satu hal, lepastu komitmen lagi. Macam mana.

  31. sharafie says:

    klu sorg2 boleh la feeling pasal cinta masa hujan..kalau da kahwin lain feel dia masa hujan bro..hahaha
    dalam bercinta kena belajar untuk belajar dari kesilapan. sedangkan lidah lagi tergigit kan. so da pernah buat silap minta maaf dan ambil iktibar dari kesilapan tersebut. In Syaa Allah sampai ke alam perkahwinan akan bahagia.

  32. Ehsan_hafiz says:

    heyhey korang. haha
    aku nak kongsi sikit tntang relationshp aku..
    aku da na masuk 4 bulan cinta jarak jauh…
    gf aku die org perak sedangkan aku org singapore tapi tinggal di johor..
    aku pulaaa masih belajar… so setiap hari ulang alik sgpore malaysia laa.
    boleh la tahan penat.
    tapi aku tak pernah lupa dgn gf aku.
    setiap mlm kite org slalu webcam..
    kalau aku rindu die aku belikan die hadiah and post kat sane..
    and umur die setahun lebih dri aku… umur aku 21 XD
    yang buatkan hubungan kite rapat is… aku slalu la jgk berbual dgn mak die…
    baru2 ni aku hadiahkan die sehelai telekung. sbb aku rase yang dapat kekalkan hubungan kite hanya DIA sahaja yang Maha Penyayang dan Maha Mendengar..
    sebab aku tak mampu utk doa sendiri and thats why aku nak die(gf) sentiasa berdoa utk kite jugak..
    awal bulan 4 ni aku nak ke sana perak, utk jumpe kluarga die…
    sbb haha mak die nak sgt jumpe dgn aku.. XD
    insyallah kite dah bercadang akn kawin lagi 2 tahun.. akan tetapi jodoh itu tetap di tgn Tuhan… betul tak ? haha
    kpd sisiapa yg bercinta jarak jauh.. jgn luh putus asa..
    cinta ade 4 tiang utk kekalkan hubungan itu..sama seperti bile seseorng itu ingin membinat rumah..
    yg pertama – kesetiaan Cinta
    kedua -keikhlasan
    ketiga – memahami antara satu sama lain
    da yg terakhir – kesabaran

    sekian wasalaaaam :)

  33. effa says:

    hye, ,nak mntak pndangan. .ape cre nak gembirekn lelaki ye??
    die di kedah sdgkn sye di johor. .mmg susah nak jmpe mmndgkn kami student(tpi dah tnang). sblum ini sye tlh mmbt satu kslhn besar trhdpnya(bkn curang) kmudian die sperti telah twar hati terhdp sya. .tlg lah sye. .sye tdk mhu khlgn tunang sye itu. .sye buntu. .sye cbe mnggembirekn dye ttpi tdk brhasil

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam