Waktu entri ini ditulis,saya baru je selesaikan masalah XML Sitemap yang tidak diindeks oleh enjin carian Google. Kiranya secara rasmi saya boleh letakkan satu penanda aras yang mana perpindahan dan setting blog ini sudah sempurna.Kalau ikutkan saya punya sempurna,tak capai lagi ni.Tapi boleh la daripada takde pape.
Ni nak kongsi sikit apa perlu buat sebelum berpindah hosting.Mungkin berguna kalau anda dah setahun dua guna hosting yang sama dan berhajat nak tukar ke syarikat yang lain boleh rujuk entri ini. Bookmark dulu pun takpe,tak kena bayar.
1. Hantar Tiket Ke Pihak Hosting Kedua
Hosting kedua adalah tempat dimana anda nak pindahkan data anda tadi. Katakan nak tukar dari Hosting A ke Hosting B, jadi Hosting B adalah hosting kedua anda. Nyatakan hasrat anda ke technical support dan tanya apa maklumat yang mereka perlukan.
2. Buat Full Backup Hosting Lama
Ini penting,tak payah suruh pun memang anda perlu buat sebab nanti pihak support akan cakap benda yang sama. Generate satu Full Backup pada hosting lama sebab ini yang akan dipindahkan oleh pihak support. Cara nak generate backup kalau guna CPanel : Login Cpanel -> Files -> Backup -> Download or Generate a Full Website Backup
Set lokasi dimana anda nak simpan full backup ini dan nanti berikan link atau beritahu lokasi full backup kepada pihak support.
3. Ketahui Tempoh Propagation Domain
Domain yang kita beli ada DNS (domain name system) sendiri mengikut hosting anda. Jadi bila nak tukar hosting,DNS harus ditukar dari Point A (hosting A) ke Point B(hosting B). Waktu pertukaran ini memerlukan masa untuk stabil secara ringkasnya. Tak boleh tukar DNS lepas tu terus boleh buka domain,dia pun kena ada waktu bertenang juga. Biasanya untuk kadar normal 6-24 jam. Kalau ada masalah sikit paling lama 3 hari. Hal ini,boleh minta pihak support buatkan. Jangan risau atau takut-takut walaupun ia tak susah mana.
4. Minta Fail Dipindah Ke Direktori Yang Sama
Maksudnya adalah jika sebelum ini blog anda di http://yourdomain.my/blog bermakna fail wordpress disimpan dalam direktori ‘blog’. Minta pihak support untuk set blog baru anda seperti sebelumnya,iaitu pindahkan fail dalam direktori ‘blog‘ juga. Ini bagi mengelakkan kecelaruan URL dan SQL Database. Walaubagaimanapun, ini teori saya je. Tak tau lah kalau pindahkan fail boleh ke tidak dapat seperti direktori asal,saya lupa nak tanya hari tu. Kalau tak boleh pun, SQL database boleh update dengan plugin Search & Replace, ia sangat membantu.
cukup setakat ini,kalau anda rajin sebenarnya benda ni boleh buat sendiri. Ada blogger beritahu saya, tak ingat siapa. Tapi alang-alang dah ada support team kita request sahaja.
Thanks for reading, share if this article helpful. ![]()

Biasanya propagation amik masa dalam 24-48jam
owh. support gtau hari tu 6-24 jam nornal tapi ikut pada internet. lebih kurang gak la kan,2-3 hari.
masa anggaran je tu bro..bese lam 1-2jam setel..hehe
rumah dah besar, boleh beli perabot banyaakk-banyaaakk..
ehemm.. sponsor?
sitemap tu nak buat macam mana yer bro? tak tau pula..huhu
guna plugin SEO generate sitemap seperti google XML sitemap/yoast SEO plugin. then submit ke Google Webmaster. Cari kat blog ni entri cara promosi blog online..
hoho..banyak kena buat. backup pun kena wat..takut jadi apa-apa yang tak best je..
sangat banyak. lepas pindah pun macam2 boleh jadi.
Kalu fail msh sikit boleh buat sendiri melalui wordpress jer (kalu pakai WP).. Tapi kalau dah besar failnya.. adeh boleh jadi byk masaalah tu.
fail sikit ke besar ke,kasi support jelah. kang pakai broadband time pindah connection lost susah gak kan..
umah baru mesti lagi kemas nie….:) sbb dah ada pengalaman umah lama..
bukan senang nak kemas rumah.
tak per perlahan, sbb pengalaman umah lama tu akan mengemaskan lagi umah baru hehehe…:)
makin cun lah rumah baru..hehe
tak fully furnished lagi. haha