2 Hari lepas saya dapat email bertanyakan mengenai apakah itu kejuruteraan mekatronik dan peluang kerjaya dan entri ini menjawab soalan tersebut. Sebenarnya ramai yang pelik bila dengar mekatronik sebab ia bidang yang boleh dikatakan masih baru.
Kejuruteraan Mekatronik menggabungkan 2 elemen penting, mekanikal dan elektronik. Kalau lihat kat infografik di atas, gabungan elemen elektronik dan mekanikal akan menghasilkan satu sistem elektromekanikal. Contoh, sebuah kereta yang dikawal oleh sistem elektronik. Tapi, ia perlu ditambah dengan sedikit pengawalan dari segi pengatucaraan (programming) untuk mengawal sistem yang kita bina. Kompleks? Memang pun. Okey,idea awalnya ialah kejuruteraan mekatronik adalah bidang robotik atau belajar nak buat robot. Itu konsep asas.
Apa Yang Akan Saya Belajar Jika Mengambil Mekatronik?
- Dari segi kejuruteraan mekanikal anda akan belajar tentang Statics, Dynamics, Theory of Machines, Design of Machinces dan subjek elektif.
- Untuk elektronik anda akan belajar mengenai Electric Circuit,Electronics,Analog Electronics dan elektif.
- Dari segi programming, subjek seperti C/C++, Microprocessor, Labview dan beberapa amali di dalam makmal.
- Selain itu, Digital System Design, Microprocessor Based diperlukan untuk kita belajar tentang microprocessor dan apa komponen dan bagaimana kita mengawal atau programkan sesebuah cip.
- Dari segi kawalan antara subjek yang perlu diambil seperti System Dynamics, Control System dan Digital Control System.
- Satu lagi anda mungkin akan belajar mengenai Signal & System, Instrumentation Measurement, Applied Digital Signal and System. Lebih kepada belajar mengenai signal,frekuensi, filter dan sebagainya.
- Tak dilupakan antara yang terpenting adalah Calculus.
Subjek SPM Yang Diperlukan Jika Ingin Mengambil Kursus Mekatronik
Lihat dari sebahagian subjek yang saya nyatakan di atas, sebolehnya anda mempunyai asas yang kuat dalam Matematik, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia kerana itu merupakan asas-asas atau konsep awal sebelum belajar secara lebih mendalam. Tapi jangan ingat jika anda dapat A solid dalam 4 subjek SPM ini dah boleh survive dalam kejuruteraan kerana apa yang anda akan pelajari banyak benda-benda baru dan SPM hanyalah preface atau kata-kata penghantar sebenarnya.
Peluang Kerjaya
Mempunyai latar belakang mekatronik peluang untuk pergi ke pelbagai bidang itu luas. Mekanikal, Elektronik, System, Elektromechanical, Oil & Gas, Manufacturing dan sebagainya. Setakat yang saya perhati masa mohon tempat praktikal, syarikat kejuruteraan ada banyak bahagian di dalamnya. Untuk menghasilkan sesuatu mesin/sistem contohnya perlukan ilmu dari segi control, mekanikal, sensor, elektronics dan lain-lain. Untuk info kerjaya boleh ke Jobstreet.com cari tentang electronics/mechanical/electromechanical engineer dan lihat kelayakan di situ. Ataupun boleh lawat Institute Of Engineers Malaysia dan search di Job Gallery Job Feeds @JobsCentral. Saya masih lagi belajar jadi nak ulas tentang kerjaya belum arif namun yang pasti banyak bidang kita boleh pergi.
Kalau orang tanya susah ke tidak ambil mekatronik,takde jawapan rasanya. Speechless! Haha. Asasnya engineering field memang berat,yelah belajar benda yang kompleks. Jangan study sorang-sorang la melainkan anda genius. Akhir sekali,kalau tak minat kejuruteraan jangan buat bidang ni. Baik ambil bidang business sebab saya nampak bidang business sangat berpotensi.

berat entri ni.
keh3
quite! hehe
mekatronik tu bagus bro
salam.. ada kawan ambil mekatronik.. menarik juga.. dia juga pernah sertai robocon competition.. budak mekatronik banyak masuk competition tu tak silap..
yup. ramai member2 yg amik course ni join robocon. penat kalau join tu..
siapa-siapa yang pening baca entri ni, sebenarnya engineering course lebih memeningkan… hehehe :p
betul. hoho
Fuh, bidang yg memang tak boleh nak gi nih.
takpe bidang lain ada.
Bakal jurutera muslimin nih.
fuh! amin. doa2 kan lah
sy amik e.i la..hehe
e.i ? ape ye?
aku tak faham. tapi aku harap ko leh bantu Malaysia 10 tahun yang akan datang bila aku dah jadi perdana menteri nanti. haha..
amin. semoga dapat jadi perdana menteri weh!
setuju bro..kena dahulukan minat..baru senang sikit..hehe..ada gak member ambil course nie..entah survive ke tak..lama tak jumpe..adik aku lak ambil mekanikal..i guess dekat la tu kot dengan mekatronik nie??
tak dekat sangat la mekanikal dengan mekatronik. mekatronik amik separuh je,basic2 mekanikal. kalau amik full mekanikal dengan elektronik sekali,berasap la. hehe
Bro. Assalamualaikum, saya ni 16 tahun. Saya dapat tawaran masuk ke kolej vokasional, kos mekatronik ni. Apa pendapat bro eh? Elok pegi ke tak? Kemasukan Julai ni. Umur 20 dapat diploma terus.
saya tak pasti sistem kolej vokasional umur 20 tahun dapat diploma terus ni camane,tapi kalau anda minat dan boleh bawa subjeknya pergi je. lepas grad diploma continue for degree,boleh masuk mana2 bidang. make sure kena strong kat fizik,add maths,kimia non-organic.
chances mekatronik masuk oil n gas tinggi jugak bro..dah habis blaja try la apply.hehe
itulah. lecturer pun recommend masuk oil and gas.
Bidang ni utk perempuan tough tak ?
depend pada industri. nak more to mechanical or electronics or both. kalau dua2 target company2 robotics,microcip. kat malaysia kurang prospek yang combine dua2. yang buat smartcar contohnya pun tak banyak rasanya. belajar,tough sikitlah.
Saya salah seorang pelajar mekatronik perempuan Unimap. Bidang ni memang tak dinafikan susah. Tapi kalau study smart dan sentiasa bermotivasi tinggi, InsyaAllah boleh.
dh abis diploma ke blum?? kalau smbung degree,, brape tahun ?? arap balas (bakal student unimap course mechatronic)
Oh cam ya. Saya dapat mechatronic unikl dgn electronic telecommunication unimas. ipta ke ipts yg lebih baik eh ? lgpun dulu sy foundation mmg dekat unimas. nak cakap pasal minat dua2 pun minat haha
unimas saya tak pasti. tapi unikl macam lebih banyak praktikal. lebih baik tanya kepada student kedua2 ipt ni sendiri untuk kepastian.
oke baik. terima kasih banyak2.
hai.em mahu tanya pendapat boleh??saya baru dapat tawaran masuk ambil diploma kejuruteraan mekatronik di politeknik kota kinabalu…tapi saya tiada asas kimia dan fizik..boleh ka saya masuk atau lepaskan jak tawaran ni.
aziemah..dapt tawarn tuh hari ke or dah lama??
salam semua…sy nak minta pendapat & pndangan korang..adik sy sama situasi dgn aziemah..dy pun dapt tawaran kejuruteraan mekatronik kat poli kota kinabalu…kalau sy, sy nak je dy accept tawarn tuh..but since he has no basic in all the subjects mentioned above except math, takut plak nk bg dy accept..yelaa..baca entry ni pun ckup buat sy 50/50…aduhaii…mintak pendapat korang ye…
tp, bg sy…xde benda yg senang kat dunia nih…take it as a challenge!!
**good luck to all new candidates / mechatronic engineer to be..
)
wow alhamdulillah ..akhirnya jumpa jgak org yg minat subjek nii..hmm dah lama carii…i like this veryy muchh
bro nak tnya.. sy dah nak abis bidang mekatronik diploma so nak sambung rasa mcm terbuka pla hati nak amik course BS fizik dan elektronik yg d tawarkan kat UMS apa pendapat kmu? agak2 blh survive tak dengan kombinasi kelulusan bgini bla nak cari keja nanti?
boleh je. mekatronik fleksibel. electronics boleh pergi, mekanikal boleh pergi. fizik pun relate juga dengan mekanikal.
dr sudut peluang kerja bro mcm mna?
nak pergi control system boleh, electronics boleh, mekanikal boleh. tapi mekatronik lebih pada controlling..
oww… sy kira lpas hbis dip ni smbung BSc physics with electronics.. then nak target keja berkaitan ngan telecommunication sbb time poli dulu bnyak pendedahan sy dalam bidang telecommunication time LI..LI kat telekom.. n kira time degree pun nak LI telekom jg…
boleh jugak masuk mechatronics tapi ia akan lebih kepada control system.
kalau nak relate dengan dip tu,bidang communication.
ada cadangan lain bro? if sy pilih jalan ni bro..?
assalam.. sye nk mntk pndpt sikit.. lau xde basic lansung psl mekanikal or elektonik boleh pergi lebih jauh ke.. bkn ape sbb mse form 1-3 sye blaja ert.. dan kalau math low snng ke nk bwk bidang nie .. ?
kena kuat basic add math,sains,fizik dan kimia.
berat juga bab2 nie..huhu
agaklah. hohohoho
jd bro apa yg ko nak maksudkan ni mekatronik more kepada electrical and electronic engineering lebih drpada mekanikal ya?
yup. elektronik dan control system.
salam bro, gaji starting biasanya berapa bro? maaflah materialistik sikit.. terima kasih bro
gaji tu tak sure. ikut tempat,company background dan tengok company tu based on what sector. oil & gas, electronics, aviation, manufacturing. tak sure ar gaji ni.
salam bro.. bro rasa peluang kerjaya seorang jurutera mekatronik ni luas tak bro? seperti bro cakap di atas, ianya memang ternyata luas sebab bidang ni campur mekanikal elektikal elektronik dan sebagainya, tapi saya terdetik di minda saya bahawa, emm benarkah para2 pengambil pekerja akan consider nak ambil seorang graduan jurutera mekatronik untuk bekerja kerja yang berkaitan Kejuruteraan Elektrikal, sedangkan para pengambil pekerja itu boleh pilih seorang graduan yang memang solid dia ambil Kejuruteraan Elektrikal, bukannya mekatronik yang belajar half sahaja. hmmmm bro saya harap bro faham bro, dan saya nak bagitau sangat2 saya bukannya nak memandang rendah bidang mekatronik bro, malah saya amat minat & bercita2 nak apply ni. cuma saya nak tahu pasal soalan saya tadi. harap bro faham situasi saya, harap juga sudi meluangkan masa membantu saya bro syukran, jzkk
salam..
wa’salam. paham je point-point tu. saya tak spesifik kita dapat post mechatronics engineer bulat2. tapi saya pandang mudahnya bila nak apply tu sama ada bidang mekanikal atau elektronik. mekatronik ni lebih kepada control engineer,electromechanical engineer macam tu. nak cerita lebih pun belum ada pengalaman lebih tapi setakat interview dan cerita2 kawan yang dah praktikal mereka boleh ke oil and gas, system, manufacturing, design, electronics dan ada yang bernasib baik dapat ar praktikal kat company robotics.
salam, bang sye ni bru je apply program diploma kejuruteraan mekatronik..sye nak tnye dr mekatronik bleh major aeronatik tak?
tumpang tnya..
buat deg mekatronik kat mane terbaik??
1. Unimap..
2. Utem..
3. Ump..
4. Uthm..
5. Others..
ermm…mcm menakutkan jee bidang nie…saya dpat mechatronic kt gmi…nak kate minat tu..entah laa…mechatronic pom sye tak tau ape…lps bce blog nie…terus berdegup kencang…mcm susah jee….tp,peluang pekerjaan nye bagus….ape pendapat anda?patot x sye ambik?harap reply..
bergantung kepada diri sendiri. kalau saya cakap ya tapi anda tak boleh bawak susah juga. tengok basement subjek sains anda rasa kukuh atau tidak.
agak menakutkan
salam.sye nk tnye sikit..sy bakal melanjutkn pelajaran dalam bidang mekatronik ni. ada orang cakap bidang ni byk pluang pkrjaan.betul ker?dalam bidang ni mmg kna struggle ker?1 lagi sy nak tnye.bidang ni klu lps diploma nak sambung ijazah,rasenye kat mana yang terbaik??dalam/luar ngra atau ipta/ipts?
bidang ni tough sikit, gabung control system, electronics dan sikit mekanikal. dalam negara memadai tapi kalau dapat luar negara lagi bagus tambah pengalaman.