Persoalan apakah itu wordpress bagi mereka yang ingin menceburi dunia blogging tidak asing lagi. Ramai yang mengatakan blogging dengan WordPress seronok, berbaloi, senang dan segala yang positif. Namun apakah kita tahu apa itu WordPress? Persoalan yang sama aku lalui ketika cuba nak blogging guna WordPress dan ringkasnya aku kongsikan disini.
Sebelum pergi lebih jauh tentang apa itu WordPress elok jika anda baca dulu entri Apakah Itu Domain & Hosting dan Komponen Asas Di Dalam Hosting. Sudah faham tentang hosting barulah kita cerita tentang WordPress. Nak bina satu blog memerlukan Content Management System ( CMS ) yang boleh diibaratkan sebagai Software untuk kita bangunkan blog atau website. Software ini akan di-install ke dalam hosting yang diibaratkan sebagai hard disk. Analogi mudah ialah WordPress = Windows 7 dan Hosting = Hard Disk komputer. Joomla juga merupakan salah satu CMS yang popular dan boleh dibangunkan untuk membuat blog tetapi ia lebih tertumpu kepada pembangunan website manakala WordPress lebih mudah digunakan untuk membangunkan blog kerana sistem pengurusan yang mudah difahami.
WordPress terbahagi dua. WordPress.Com dan WordPress.Org. WordPress.Com ialah satu platform blog percuma seperti blogger.com. Fungsi di WordPress.Com sangat terhad dimana tidak boleh letak plugin atau widget, theme yang terhad dan hanya mempunyai fungsi asas untuk buat entri baru dan sebagainya. Jujurnya aku rasa Blogger.com lagi seronok berbanding WordPress.com. WordPress.Org ialah direktori kita dapatkan software WordPress seperti yang dinyatakan tadi, tempat untuk muaturun theme blog,plugins dan forum untuk bincangkan masalah. Fail WordPress.Org mesti digunakan bersama-sama dengan domain dan hosting.
Okey,selesai dengan definisi WordPress harap boleh faham. Nak lagi ringkas WordPress tempat kita uruskan blog sebagaimana blogspot. Nak update entri,letak gambar,letak theme,widget atau plugin dan sebagainya di dalam WordPress. Jadi, apa pula kelebihan WordPress ?. Berdasarkan pemerhatian dan hipotesis awal berikut adalah kelebihan blogging menggunakan WordPress :
1. Pengurusan Admin Panel Lebih Teratur dan Efektif
Admin panel WordPress mempunyai pelbagai fungsi dan setting seperti teknikal setting,plugins,theme,comment,media iaitu gambar,lagu atau video,kategori,menus serta pengurusan posts. Setiap satu diasingkan mengikut bahagiannya dan pengurusan lebih teratur serta efisyen. Pilihan ( option ) didalam setting setiap bahagian itu juga lebih terperinci,privasi dan pengawalan sepenuhnya oleh tuan blog sendiri.
2. Theme Cantik,Loading Pantas dan Mudah Diedit
Theme WordPress dibangunkan dengan skrip CSS dan PHP berbanding HTML di Blogger. Aku tak arif tentang berbezaan programming language ini tetapi yang aku perasan penggunaan CSS dan PHP memberikan lebih kepantasan serta paparan lebih menarik berbanding HTML.
Nak edit theme WordPress lebih mudah kerana setiap satu fail seperti header,footer,comment,funtion diasingkan dalam fail berlainan berbeza pula dengan Blogger yang mana semua code dalam satu fail. Nak cari code kat Blogger pening tapi seronok main edit-edit di Blogger. Fail CSS di WordPress membolehkan kita menukar warna,bentuk dan kelebaran theme tetapi nak edit theme ni perlulahh mengikut tutorial yang dipercayai dan berhati-hati sebab kalau tak menjadi rosak theme blog malah sampai satu tahap blog tak boleh dibuka. Jika jadi macam tu jangan kalut-kalut,cari balik fail asal theme tersebut dan paste kembali di dalam blog menggunakan File Transfer Protocol ( FTP ).
3. Mesra Search Engine Optimization ( SEO )
WordPress mempunyai bahagian plugins iaitu pemasangan alat tambahan bagi modifikasi fail WordPress ataupun secara bahasa tak rasminya plugin ialah widget. Dengan menggunakan WordPress sebagai platform kita boleh optimumkan tahap SEO blog secara teknikalnya dengan menggunakan theme mesra SEO serta plugin SEO optimization seperti All In One SEO Pack, Platinum SEO atau WordPress SEO Yoast. Penggunaan plugin dan theme sebegini membantu dan memudahkan blog dicari melalui search engine. Lagi yang aku perasan blog menggunakan WordPress ditambah dengan setting teknikal SEO membuatkan Alexa Rank dan Pagerank meningkat dengan cepat. Secara pandangan kasar saja.
4. Kelebihan dan Ruangan Komen Menarik
Kelebihan ruangan komen di WordPress membolehkan kita tahu email dan alamat IP orang yang memberikan komen. Boleh setting di bahagian discussion. Selain itu sudah tersedia threaded comment yang mana boleh balas ( reply ) komen yang sedia ada tanpa perlu memasang atau mengubahsuai kod. Tak silap threaded comment ni wujud selepas WordPress 3.0 dilancarkan tahun lepas. Kita juga boleh menguatkan bahagian security untuk mengelak spam comment dengan menggunakan Akismet atau GASP namun boleh terjadi 100 spam comment masuk dalam sehari berpunca dari masalah plugin. Oh ya,boleh tambah smiley yang comel-comel untuk menceriakan ruang komen. Dulu ada aku letak tapi dah buang,nak kurangkan penggunaan plugin.
5. Komuniti WordPress Sedia Membantu
Bahagian paling menarik bila blogging dengan WordPress. Komuniti WordPress sangat senang dirujuk jika ada masalah dan sedia membantu bagi mereka yang baru-baru dalam menggunakan WordPress. Ini bukan bermaksud ada bias terhadap pengguna blogspot atau wordpress, cara blogging seperti menghasilkan entri dan sebagainya kedua-dua komuniti ini membantu cuma komuniti WordPress lebih membantu dari sudut teknikal kerana segalanya perlu dilakukan dengan sendiri. Bayangkan sebelum ni tak pernah tahu pasal hosting dan apa-apa sekali kena setting sendiri tak gelabah plak kan. Namun tak semua soalan perlu dijawab. Ikut kesempatan mereka juga dan kena bijak bertanya serta cuba cari jawapan sendiri. Jangan terlalu mengharap jawapan saja,nanti orang marah. Komuniti yang membantu ini dinamakan persahabatan dalam blogging.
Setakat ini dulu perkongsian mengenai apakah itu WordPress serta kelebihannya. Banyak lagi kelebihan menggunakan WordPress yang mana kalau cuba sendiri baru kita tahu. Mungkin kurang lengkap namun diharap menjawab serba sedikit persoalan di group Facebook tentang apa itu WordPress. Sekali korang cuba menggunakan WordPress mesti terasa seronoknya. Jika berminat menggunakan hosting dan domain dari Seal Server Network seperti blog ini boleh rujuk pakej dan layari link http://www.sealserver.net/aff.php?aff=061
[box type="info"] blog ni jarang update,sekali update mesti panjang entrinya. Tahniah kalau baca sampai habis.
[/box]
Terbaik la bro!

Yeah.. aku baca sampai habis… haha..
1. Dulu aku lebih suka joomla sebab senang gila kalau nak banding dengan engin wordpress.. sebab main edit2 guna GUI.. tapi sekarang ni aku rasa lebih senang guna wordpress sebab lagi senang edit guna code dari GUI…
2. WordPress memang best.. betul, pengurusan admin panel sangat teratur.. tapi kalau boleh buat macam admin panel joomla, cantik jugak…
3. ofkoz main codinh php lagi best dari HTML… dengan PHP kita dapat dynamic page.. kalau dengan HTML, static ja.. x kisah la html tu dah sampai versi berapa pun, tetap akan statik.. tapi apa2 pun, kita kena tau, html tu client side script, php tu server side…
4. Memang theme wordpress best.. kalau buat sendiri lagi best.. tapi tu la.. imaginasi x tinggi.. T_T
5. WordPress mesra seo dari blogspot.. tu x boleh nak sangkal… dulu jebatmalaya.com aku buat bulan 9 tahun 2010… bulan 3/2011 dah jadi 100K alexa.. ok what.. tapi sekarang dah tukar jadi fikri.my akhir bulan 3.. so dalam 5 bulan, aku berada dalam 295k lebih untuk hari ini.. dengan pr3 baru 5 bulan.. ada pengguna blogspot nak bangkang kenyataan aku??
takde nak bangkang bro..nak support..haha..
wp the best cms for blogging..simple n steady
rasa kau dah boleh buat theme sendiri dah.. cedok2 idea theme lain lepas tu campurkan untuk dapat idea.. buat theme senang naik PR.. hehe
yup,aku pun rasa senang nak naik rank.. blogspot kena betul2 tinggi trafik baru senang naik.. wordpress dalam sebulan lebih kalau rajin dah alexa bawah 500K..pengguna blogspot yang cepat naik rank aku respect la,confirm traffic tinggi..
Nak tambah lagi… sapa pakai self hosted, cloudflare boleh jaga server.. style…
tahniah untuk entri ini.hehe yes.aku pernah guna blogspot sekejap and last aku beranikan diri ambil domain dan hosting untuk belajar pasal wordpress.walaupun banyak masalah berlaku baru2 ni,bagi aku itu pengalaman terbaik untuk kita sesuaikan diri dengan wordpress ni…kalau tak kena,kita tak akan tahu dan yes,komuniti blogger yg guna wordpress ni meluas dan sangat membantu.so blogger yg baru nak kenal wordpress ni tak perlu risau sangatlah.try and error.kalau tak jadi jugak,jgn malu nak tanya and belajar buat sendiri..
Emmm,plugin wordpress SEO dari Yoast tu mmg best… semua lengkap..
anyway, mcm ne ngan hosting ni bro, setakat ni ok?
yoast plugin mengurangkan 1 lagi plugin..dulu aku pakai AIOS + google XML generator.. tapi kat yoast dah ada sitemap generator so jimat plugin..
hosting sejak diorang dah upgrade 8-16 core tu dah ok la.. dulu ada gak tak boleh masuk.. skrg tak pernah lagi.. kau ada problem ke?
tu lah.. sama lah dgn aku.. jimat 1 plugin.
Aku x de problem gak.. setakat ni ok jer..
cumanya file jquery.js aku tu acap kali ada code malware dlm tu… geram aku..
ada vuln kat mana2 file ke sampai malware selalu masuk?
pernah terfikir nak beralih ke wordpress sbb takot blog kne remove ngan google…
blog takkan kene remove dengan google jangan takut
memang ada kabar anging mcm tu, tapi mustahil rasanya Google nak memperlakukan perkara sedemikian
rasanya tak kena remove sebab aku transfer content blogspot ke wordpress..
lepas tu blogspot aku dah remove segala setting kat webmaster,analytics dan segala.. setakat ni ok la..
nice one…boleh aku belajar sikit2
Menarik plak
kpd yg baru nak berjinak2 dgn blog – wordpress.com & blogspot mmg terbaik sbb boleh belajar asasnya di sana ada pro & contra di sini.. ttp yg mmg dah biasa dgn blog, WordPress mmg menjadi pilihan.
WordPress antara yang terbaik untuk yang mempunyai hosting sendiri. Plugin pun banyak. Kalau ada version baru janganlah lengah-lengah untuk kemas kini kerana ia penting untuk keselamatan.
Saya bermula dengan blog dahulu pun mengunakan hosting berbayar dan melalui modal membeli ebook RM50 saya buka blog dengan mengunakan WordPress dengan membeli pakej hosting. Semuanya bermula dengan zero knowledge. Berbaloi
p/s: perkataan didalam ruang komen berwarna kelabu dan tulisannya kecil sudah hendak dilihat dan komen.
saya takde duit beli e-book, belajar setting wordpress ikut tutorial dan tanya2 orang je..
setting komen ni ramai gak cakap tapi dah cuba edit tak jadi.. tak tau akt css atau tempat lain..
Kalau hendak penyelesaian sementara mungkin boleh pasang intense debate atau disquss
good explanation…mudah difahami untuk beginner
Itu kelebihan WP.memang x rugi keluarkan sedikit duit utk dptkan lebih dari itu….Insya-Allah boleh
kalau bab coding2 ni mmg aku kurang arif. tapi setakat edit sikit2 tu boleh la. aku teringin jugak nak belajar macam mana nak buat theme wordpress ni. setahun lebih dah aku dgn wordpress, mmg blogspot aku tak pandang. wordpress ni memudahkan blogger. macam2 ada.
moga sambung belajar bulan 9 ni aku terdedah pasal pembangunan web ni. baru best sikit blogging dengan kemahiran edit2 ni. boleh buat theme gempak
dah keluarkan theme sendiri boleh promote.. buat theme yang best dapat banyak backlink..
Tak perlu pandai sangat dalam progrmaming language.. Tahu sikit2 pun dah cukup.. Gunakan WP ni sepenuhnya.. Baru je 2 bulan bertukar ke WP ni.. Nak tgk mcm mana pencapaian blog.. Harap bagus
WP mmg best. terbaik dr segi seo, traffic, page rank pun mudah naik. cuma kalau x pandai handel jd cm aku la. revert blogspot balik. insya Allah maybe satu ari nti guna balik wp
takpe.. pengalaman mengajar kita untuk lebih baik..
ok, tipicalistic :
“oh, kena bayar ke? why must i have to paid to express my freedom?”
“oh, takperlah.. tak ada duit.. nanti membazir”
“kenapa tak pakai free je?”
org tak merasa tak tahu apa-apa.. mereka hanya reti mengkritik tanpa tahu apa-apa… rugi.
mula2 aku fikir2 gak nak bayar ni.. tapi dah guna berbaloi.. banyak ilmu baru belajar..
eh…tak perasan lak ada entri ko arini.hehe…
penyampaian yang bagus bro.bagi aku WP ni banyak theme dan plugin berbanding blogspot.tu yang bertukar dari blogspot ke WP tu.hehe…
tahniah kerana bertukar.. cepat betul perubahannya.. betul2 tegar ni.. otai lama WP..
haha…yang lama tu guna WP sejak versi 2.0 lagi.yang otai tu bukan aku.haha…
aargghh.. nak edit kat blogspot pun x lepas2, mcm mane nak pindah wp? ntah2 time amik keputusan nak transfer ke WP, sume org dah boring blogging agaknye.. nak fikir lagi…
kan ada tech guy..
good article.
i love WP compare to Joomla is because the concept that they use. Joomla configurations are not English friendly as WP does, preparing a theme for joomla is more complicated. Even if you want to enable a new theme, you have to dig in the system, here and there, then the site will look nice.
While, with WP you can enable new theme in 2 steps, and the navigation of the system is easily understood due to simple-common english Labeling. Even posting a new post with WP is easier than Joomla.
i just try Joomla few weeks ago, installed it using softaculous coz it looks complicated to install manually.. looks interesting and have many functions but as u said it’s complicated.. WordPress more easy for beginner even u don’t have so much knowledge on programming, just basic knowledge u can edit the theme easily by following some tuts provided..
jomla untuk yg lebih mncabar…untuk yg network lebih besar..
nice. suke….
banyak kelebihan dari kekurangan..maka ia akan menjadi piihan semua hati blogger..lagi2 mudah membina network di alam WP…
nice bro…
p/s : suka member yang ada buat assignment ttg WP hihihi kalu ada laa..
ada juga kekurangan WordPress ni.. kalau ada masa ingat nak cerita.. kalau masih ingat..
kalau nak serious dalam berblog, better terus guna WP. senang. SEO pun ada banyak plugin yang kita boleh install je.
sekali dah cuba versi berbayar ni..diorang akan merasa menyesal tak mula sejak awal lagi. Bukan aku tak suka blogspot. Cuma blogspot takde apa yang aku nak. Itu aje.
yup betul tu..klau mamat tahu wp ni senang dari awal..mamat rasa mamat tak cuba blogspot…he3
kelebihan memang banyak…terlalu banyak…seronok bila guna wp
Mantap, penghuraian yang baik tentang kelebihan WordPress. Saya pun suka juga guna WordPress. Moga banyak lagi tips tentang worpdress ni yang akan kamu terbitkan, contohnya macamna nak buat theme yang lawa, ataupun kat mana nak dapat theme yang lawa dan free.
saya banyak cerita perkara-perkara asas.. masih belajar tentang WordPress.. Nak buat theme sendiri tak reti,tapi laman theme percuma atau cadangan theme percuma mungkin boleh dikeluarkan.. insyaAllah jika berkesempatan..terima kasih atas cadangan..
yup. nowadays it easier to learn wordpress by ourself. lot of sources on internet..
alexa aku baru potong hg… aku 274,057.. hg 274,808…. hehehehehe
yup.. perasan alexa kau lebih kurang dengan aku.. hari tu aku slow kejap,lepas ni nak up balik lah.. hehe
Dulu guna blogspot, skrg wordpress … Memang banyak bezanya.Coding2 mmg x pandai, tp perlahan-lahan belajar dr pengalaman. Berbaloi bayar…
banyak tutorial yang disediakan untuk yang baru belajar wordpress. komuniti kuat di luar sana.
saya mau nanya, bagaimana di website bisa tampil smille icon. saya menggunakan web berjenis php.trims
saya salah sorang pengguna Wpress,memei awesome!tapi kena hosting & domain sendiri.baru boley akses ke semua function plugins.