Arena Blog Diperluas Dengan Tumblelog theAraskart

tumblr izwanyusof theAraskart

18 Mei 2011 merupakan tarikh dimana tumblelog aku yang pertama telah dilancarkan. Menggunakan platform Tumblr, aku secara tiba-tiba terbuat satu lagi blog kat sana. Tiba-tiba ? Memang tiba-tiba sebab mulanya aku nak try je camane nak buat sub-domain jap lagi alang-alang dah buat sub-domain,buat Tumblr terus la !

Aku dulu memang benci dengan Tumblr ni sebab tak boleh nak komen, tak boleh nak letak like facebook atau apa-apa je tapi bila tengok orang pakai Tumblr macam best. Tumblr ni sesuai untuk mereka yang nak ada blog tapi tak nak tulis panjang-panjang. Kat dalam tu kita boleh update sama ada gambar,lagu,website kegemaran,quote mahupun video. Kita juga boleh re-blog post orang lain atau like post mereka.Simple dan sangat mudah. Tumblr ni aku memilih untuk sekadar berjiwang-jiwang post quote dan lebih kepada gambar. Kalau internet laju aku post la video sikit.

Sub-domain yang aku buat untuk tumblelog ni araskart.izwanyusof.com. Seperti yang dinyatakan aku saja nak cuba buat sub-domain dan jadi pula tu,terus register sub-domain ni untuk Tumblr. Mudah je nak point sub-domain ke Tumblr,ada tutorial kat 30 sebab kenapa pilih Tumblr. Untuk tumblelog aku ni, bukan untuk trafik dan semestinya takde iklan. Hahaha.. Hanya sekadar blog betul-betul personal kalau aku rasa nak post apa-apa yang sangat ringkas. Tapi kalau korang nak ping tumblelog kat GengBlogger boleh je, daftar macam biasa sebab semalam aku dah buat lepas tu delete balik.

Korang ada Tumblr ? Boleh singgah ke theAraskart. Boleh follow jika sudi. Kenapa namanya theAraskart itu, biarlah rahsia. Heee..  8)

” i’m not a photographer.
i’m not a photogenic.
i’m a lover.
a photolover. “

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. tudia, terbaik ah~
    lepas ni rajin2 fast update ek
    biar unik janji cool! :)

    ara skirt? kekeke, layan korea :D

    • fast update kalau tenet laju..tapi kalau update pun aku tak ping..just auto kuar kat fb je..
      araskirt?..tolong sket.. araskart derr.. aku anti-korean2 ni.. hahaha.. :)

  2. aku penah dgr jgk.. tapi malas nak wat.. satu blog pun dah sudah giler nak update..hehe

    • tumblelog ni aku suka2 je..nak update simple2 utk diri sendiri.. tak perlu paksaan.. laju tenet bilik tuhhh… hehe

  3. Bila tengok post ni baru ingat, dah lama tak bukak tumblr sendiri. Password pun dah lupa.

  4. Tahniah sebab dah ada tumblr sendiri
    lepas ni boleh la reblog dari entri yang best-best tu kat tumblr :D

  5. Adiyya.. Kat ofis nak leh nak buka, kena block..

  6. Wah saya suka selepas pergi tumble bro Izwan. Rasanya sesuai saya pun ingin buat satu

    • tu blog saje2 je.. tempat fast update ape nak update.. hehe.. try la buat satu, senang je pakai tumblr.. post pendek2 pn senang.. pastu banyak gambar2 cantik kita boleh re-blog..

  7. dulu aku ada buat. tapi dah lupa apa namanya..biarla..kalau rajin, aku singgah.

  8. tak pernah try tumble ni, mcm best je. Mungkin boleh cuba next time.

  9. tiru org main tumblr … :P

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam