Setiap blogger pasti mahukan kelainan dalam penulisan blog supaya ada identiti tersendiri dan tak dicop sebagai blogger copy paste. Nak cari kelainan ni, bermula dari gaya penulisan yang tersendiri. Bila nak tulis entri ni, perlu seronok dan mengikut keselesaan kita juga supaya tak rasa hipokrit. Cuma, dalam keseronokan menulis, bahasa juga perlu diambil berat sebab kita ada pembaca. Bukan bermaksud perlu tulis dengan bahasa yang skema, tapi kalau boleh elakkan menulis entri dengan bahasa SMS. Kenapa ?
1. Struktur ayat sukar difahami, maksud tak sampai kepada pembaca
Ini perkara utama bila berblogging dengan bahasa SMS. Biasanya short form yang digunakan dalam SMS terlalu ringkas dan pendek. Yela, nama pun Short Messaging System, dah tentu semua nak cepat dan ringkas. Tapi dalam blog, pembaca datang dari pelbagai lapisan usia dan tak semua orang faham bahasa SMS. Mungkin ada yang faham dan mungkin juga ada yang salah faham maksud ayat tersebut. Sebagai contoh :
- x – bermaksud tidak tapi orang anggap darab atau huruf ‘x’.
- aq / ak – bermaksud aku tapi mungkin ada orang akan ingat tu ialah Akademi Quran ( AQ ) tak pun AK – 47 ( counter – strike ).. hehe.
- ttg – bermaksud tentang tapi ada yang mungkin tak faham, aku pun tak reti nak terangkan ttg ni sebagai apa.
- 2 – bermaksud ‘to’ ( kepada ) tapi orang akan anggap sebagai nombor dua.
- knp – bermaksud kenapa tapi mungkin ada yang tertanya-tanya maksud knp ni.
Kalau hampir semua entri di blog guna bahasa SMS, memang amik masa untuk orang nak faham. Sebab nak kena belek satu-satu ayat, nak kaitkan ayat atas dengan ayat seterusnya lagi. Bila ayat kita melengahkan pembaca, dah tentu dia boring dan hasilnya pembaca akan klik ‘close’ untuk blog kita. Hah, rugi dah visitor kat situ kan ?
2. Tidak Mesra SEO
SEO salah satu cara nak tarik traffik ke blog dengan carian keyword dalam search engine ( google, yahoo dan etc. ). Kebiasaanya keyword yang orang masukkan mesti dalam ejaan yang penuh dan takde atau jarang orang nak masukkan bahasa SMS dalam search engine. Sebab utama ialah mereka nak cari info tentang sesuatu, so mesti nak kena guna keyword yang penuh contohnya Berita Sukan Terkini. Tapi kalau bahasa SMS digunakan, camane search engine nak padankan keyword carian dengan entri kita ? susah bukan ?
Okey,kita buat praktikal jap. Cuba masukkan keyword “ berita sukan terkini ” kat google dan lihat hasilnya. Kemudian masukkan pula keyword “ brte sukn trkni ” dan lihat juga hasilnya. Perbezaan yang amat ketara kan ?. Walaupun entri korang bukanlah tajuk yang tengah hot seperti Facebook Ditutup Pada 15 Mac 2011, Anugerah Juara Lagu 25 dan sebagainya tapi manalah tahu akan datang ada orang yang search tentang satu keyword dan keyword tu ada dalam blog korang. Dapat la jugak pelawat baru walaupun seorang.
********
Dua point ni aku terfikir lepas aku baca beberapa blog yang terlalu banyak menggunakan bahasa SMS sebab aku jadi pening nak fahamkan isi entri tu. Jadi entri ini merupakan pandangan aku sebagai pembaca. Memang kalau tulis entri guna bahasa SMS ni cepat dan senang tapi tak semua orang boleh faham. Kita sebagai penulis memang faham sepenuhnya ayat tersebut tapi bagaimana dengan orang lain ?. Sayangi dan hargailah pembaca blog anda.. Wah, bunyi seperti kempen disitu.. Hehehe..
*penggunaan bahasa SMS dan bahasa santai, dua perkara berbeza
*Blog Review Contest masih lagi dibuka sampai bulan depan, berminat nak kritik ?

SETUJU!!!! kadang-kadang nak update status kat FB pun terikut-ikut nak tulis full sentence.. hahahah
bukan setakat full, siap ada dua condition lagi pe cerita ?.. hahaha
Tak apa itu semua, orang pun selesa baca full sentence pe..he2
full sentence nampak macho sket kan..
hoho satu lagi
kalau boleh elakkan penulisan rojak..
rojak ?.. uish, dah r aku guna BI n BM.. haha
pergh sinis ke….hehe
tu r.. rilek sudah.. haha
sokong2,, kalau guna bahasa sms yg org paham tu takpe la lagi, cuba kalau dah pelik sikit,, garu pale je baca entri.. kawan pon skrg sms dah banyak guna ayat full je,, haha,, tapi ayat2 yg biasa pendekkan tu mmg jadi sms la,,
aku takkan guna ayat full dalam SMS bila kredit ciput.. nanti masuk 2 page.. hahaha
tak blh bla aq = akademi alquran…haha
mane lah tahu kan..
Kadang2 bila dah terbiasa, dalam penulisan blog pun akan jadi jugak macam tu.. Nak selamat, baca 5 poloh x (50 kali) baru publish..hu3
memang confirm hafal sebijik2 entri tu nanti..
Oklah tu, dah hafal xyah ssh2 nak baca balik nanti..hu3
Biasanya yang guna bahasa sms macam aQ, kam00, cyunk, jew, lew, yang entah apa2 lagi tu kebanyakkannya budak sekolah.. tapi bukan semua laaa… ada je budak2 yang dah sem 8 kat universiti pun pakai bahasa mat rempit macam ni.. bajet ch0meyl…..mcam gampang pun ada…
TheSharkox’s latest Entry Aku suka baca Versus karya HLOVATE
chomeyl.. euwwww.. hahaha.. gedikss kot.. aku pun tak tau camane nak sebut ayat tu masa mula2 dapat sms camtu dulu..
kena cari enjin carian
guna bahasa SMS la.hhahaaa…
aku suka ayat ko ni.. haha.. kena buat search engine baru ?..
sedangkan menulis dengan bahasa santai, rilek pun aku dah rasa lain, ini kan pula nak menulis guna bahasa sms..even kadang2 dalam sms pun aku guna bahasa penuh..hohoho
rajin ko taip SMS.. hehe
betul-betul. blog bukan macam Twitter yang ada limit untuk 140 huruf. =)
haha.. yup.. twitter nak post kena cepat dan ringkas…
kAlaU tuLis maCam Ni laGi lA aKu mEnyAmpaH. lol.
chomeyl per tueww.. haha
ini kak fynn cakap :
silap biasa satu:
huruf2 yang sebentar besar, sebentar kecil.
contoh:
aKu BeNci KaU sEbAb KaU kEjI.
nota:
– kurang serius, maka kematangan tulisan jadi hilang.
– imej yang berlapis2 akan membikin sel otak berkecamuk ketika mengsintesis mesej.
– kekalutan yang tertimbul dari bahagian subjektif akal (biasanya berkait rapat sama neuron2 yang merengsa perasaan) akan mencipta prejudgment waima sebelum dibaca habis.
mantap kan? lol. ^^
speechless.. detail giler explanation dia.. tapi memang pening pun..
baca blog aku , faham kan ?
kadang kadang accident sikit tertaip shortform .
HAHA !
terlajak sikit tu bese r.. excited.. hehe
sekali datang pelawat baru
mak cik ke pak cik ke.
diaorang tak faham bahasa SMS ni.hihi…
haa..tu yang dimaksudkan tu.. pelbagai lapisan usia..
biasalah kadang2 ada jugak typo.. tapi kalau shot2 nie.. posibble untuk di search agak kurang…
depend gak kalau orang tu tak nak main SEO , takpe la.. tapi bak kata Affan, rugi gak tak main SEO sikit2.. kot sangkut 1 – 2 visitor baru pun ok gak..hehe
emmm..kalau guna shortform mmg pening..kengkadang klu sms pun den pening nk paham aperkah yg org saner nk katerkan..hehe….
yup.. penah gak tegur member sebab sms dia terlalu short.. haha
Salam…Jap2…ini wordpress ker?…hu3, td baru ditegur kak jie…
Point yg bagus disini…kena gune ayat penuh perkataan yg formal…
baru mesra SEO…
yup..wordpress..dah baca tadi kat blog kak jie.. takpe, kalau nampak commentluv, klik situ je..
tak formal sangat pun takpe,ikut tuan blog.. yang penting senang nak faham..
tak pernah guna bahasa sms dalam penulisan blog… uhoh!
ko memang mantap ..
blog ni lebih kurang macam baca berita..cuma bahasanya lebih santai..bukan nak suruh tulis baku sepanjang masa..cuma janganlah sampai ke tahap tulisan sms
yup.. santai nak senang berkomunikasi.. dulu aku guna gak bahasa SMS, tapi lama2 tukar.. byk baca pandangan dari blog lain..
merosakkan seo. itu pasti.
SEO umpama seni bak kata pakar2 SEO..
salam kenal bro. pertama kali singgah sini…
selalu yang guna bahasa sms ni newbie..n paling ketara pompuan ler, tak semua la huhu…
ada pembaca perempuan ker kat sini. hehe. sorryy
salam.. thanks singgah sini.. singgah selalu pun okey.. hehe..
dulu masa aku mula2 blog guna bahasa sms gak.. dear diary la katakan.. hehe..
reader pmpuan ada tapi blog ni tak ramai reader pmpuan r.. tak macho la katakan.. hak3..
Kena-kena kurang bahasa sms supaya senang nak baca. Lagipun, sesetengah orang saja yang paham dengan bahasa sms ni.
yup.. betul tu..
hurm.. menarik.. kadang2 sy pon kerap guna bahasa sms dlm belog sy.. pas ni kena ubah gaya penulisan sikit2.. hehe.. thanks 4 sharing dis info..
kalau x keberatan jom singgah belog sy pulak k..
http://budaklogam.blogspot.com
dulu sy camtu gak.. lama2 baca tips2 dari blogger lain, terus ubah sikit2.. ur welcome..
Lagi satu Bahasa Yahudi,ala yang style budak-budak skolah selalu pakai:
Contoh ayat:PeRgH,KO gi SoWng JEW kew?Tak AjAk KtoWunK uN Taw.Ke NAk aJak Yg Hot JEW.SoMbOnK JEW ko Neyh
hahaha..perhatikan berapa banyak yahudi dalam ayat tu???sikit-sikit jew,jew..
Jew=Yahudi
haha..tak terfikir plak sampai camtu..basically yg tulis tu pun tak tahu menahu pasal ni.. mostly orang cakap tu bahasa rempit @ gediss… Euwwww.. hehe
yang tak tahan tu, ada jugak ganti huruf O dengan digit 0..
alolo, apekah terlalu taksub dengan keypad handphone…
terjongkang-jungkit jugak kening nak membaca..
hee
uish.. sy wat gak gitu.. time balas SMS.. hehe.. kalau huruf besar kecik pun pening gak..
tapi kalau guna “camane” pon rugi jugak sebab ramai yang search “macam mana”…hehe
just kidding!
tu exclude..exclude.. sebab tu bahasa sempoi.. bahasa skema tak best.. hahaha
de org suke bce bhs santai..ada orang selesa baca penuh nampak formal.
nak hasilkan entri berkualiti bukan mudah kan..ade org juz nk hunt trafik je
aku pilih santai, senang nak tulis dengan feel…
yup, nak buat berkualiti bukan senang.. kalau entri berkualiti tak payah risau trafik, ia akan datang dengan sendiri..