Sejak Facebook tak jadi nak tutup 15 Mac lepas, popularitinya kian meningkat. Pernah ke populariti facebook menurun ? Tak pernah kan setakat hari ini. Semua dah gila internet disebabkan Mark. Faktor tu juga mendorong berlaku black hat SEO kat facebook yang mana secara tiba-tiba kat wall kita ada spam. Ingatkan blog je kena spam, Facebook pun boleh dapat spam..
Ini adalah gambar-gambar yang aku printscreen kat wall member aku yang kena spam. Sorry la beb,aku cilok sikit gambar. Tapi aku dah padam nama korang.. Hehe.. Memang agak pelik bilamana banyak spam-spam yang tak patut ni keluar kat wall. Dan lagi satu yang aku pelik, via Share. Ini mesti ada kaitan dengan apa-apa malicious application kat Facebook ni. Disebabkan itu atas saranan seorang rakan,aku pun tukar security aku kepada secure browsing ( https ). Macamana nak tukar ?
- Klik Account – Account Setting.
- Pada tab setting, cari Account Security – Change.
- Tick pada bahagian Secure Bworsing ( https ). Kalau rajin, tick sekali kat bawah tu Send E-mail : When a new computer or mobile device logs into this account. Bermaksud bila kita login facebook kita akan dapat email dari mana kita login.
- Save.
Bila guna https ni, tak semua aplikasi kita boleh gunakan. Contoh kalau korang nak guna aplikasi Selective Tweets kat facebook,ia akan minta pengesahan untuk browsing dalam mode http sebab https (Hypertext Transfer Protocol Secure ) tak benarkan kita akses beberapa aplikasi.
Ringkasnya HTTPS ( Hypertext Transfer Protocol Secure ) ni nak bina saluran yang lebih selamat bila kita guna internet dalam rangkaian yang kurang security. Boleh lindungi kita dari hacker yang guna teknik eavesdroppers atau man-in-the-middle attacks. Biasalah teknik nak kacau network orang ni. Ada juga sesetengah site yang guna https akan minta server certificate for verification bila kita nak masuk site tu. Mana-mana belum tukar,boleh la try tukar ke https ni. Antara teknik yang lebih lain black hat SEO facebook ni ada diceritakan oleh Critical Angle Live – BLACK HAT SEO: FACEBOOK DAH HALANG CLICKJACKING
Main facebook pun tak selamat kan sekarang. Terbaru isu page dan blog yang kumpul gambar perempuan-perempuan bertudung lepas tu jadi koleksi. Mostly yang jadi mangsa perempuan bertudung yang seksi, yang buat muka manja di facebook, buat muka menggoda, mata besar bulat-bulat letak profile picture dan seangkatan dengannya. Itu bukan tahap security facebook punya hal dah,tapi atas diri sendiri. Tak perlu nak bermanja-manja sangat depan facebook. Ya,wanita.. kamu memang comel dan cantik.. Cute miut la orang kata,chubby dan segalanya yang comel.. tapi tak perlu expose sangat.. Nanti gambar korang kena amik tanpa kebenaran,lepas tu disebar.. Tak takut ke ? Lepas tu nanti ada pula yang memaki hamun kat page itu dan ini, buat page Anti XXX pun nak troll sana sini.. Sampai bila la tak selesai..
Jadi,marilah bersama-sama aman dan tenteramkan dunia internet ini. Tingkatkan security ( uia tolong tambah pak guard boleh ? ), tingkatkan prestasi dan kurangkan gosip kontroversi.. ![]()




dunia semakin terancam…hehehe
realiti dah terang2..maya ni kita kena pandai pilih la..
hahaha.. spam tu mmg x boleh blah.. masa mula2 tak tahu ianya adalah spam, tiba2 status adik cik CB boleh plak like 1 video yg tajuk pun dah agak hot dan x patut… masa tu ingatkan nak terus call n marah2 adik CB, nasib baik masih sabar dan siasat dulu… barulah tahu spam nye kerje.. fuhh, fitnah betul spam nih…
“mata besar bulat-bulat letak profile picture..” huhuhu.. kalau yg lelaki wat macam tuh boleh? macam mane ngan wanita yg melihatnye?? ahakss..
sabar.. jgn ikutkan emosi diri tu.. as i said.. hehehe.. ada ke profile pic yg memberi ancaman kepada wanita?..
owh ni dalam dua2 minggu lepas ramai kena, skg ni dah kurang/ tapi semalam aku nampak macam ada malware baru hehe
ada lagi yg baru ?..cepat betol proses pembiakan mereka ni.. Gb punye widget dah ok lum ek ?
thnx share benda ni.. amat berguna.. aku tak penah lagi tgk via share ni.. tapi mcm ade kena.. masa tu aku masuk site pe ntah.. tapi bile tengok kat pesbuk aku aku tetibe ade like, padahal takde pon. adeh
via share memang pelik..aku tengok masa tu kelip2 mata.. via share ?.. ingatkan smartphone baru selain android @ iphone.. hehe
whoaa!bru de tahu..slama neyh xpnh tau la pulak kan..thnk for sharing..
tak semua orang kena benda ni..ur welcome..
Jai x pulak perasan ada mende nih sebab memang jarang on9 FB.. Kalau on9 pun tgk mesej je..he3
bagus2.. tak leka sgt Fb.. macam diri ini,leka di fesbuk.. haha..
Leka kat FB ada masanya mendatangkan faedah.. Macam adik Jai, tahun ni nak ames SPM, dok ngadap FB dari pagi sampai malam chatting n game.. Sok, dalam paper SPM, konfirm ada terselit FB dalam esei..ha3
elakkan soalan spm tanya apa kesan facebook kepada anda.. memg tak cukup kertas jawab..
Ha3,,, Cuba keluar esei pasal FB, confirm ramai angkat tangan minta kertas lebih..
Kalau tak silap aku,dua atau tiga minggu lepas
ramai yang kena spam cmni
memang betul set ke https tu
lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga
sekarang ada spam lagi kat fb..melalui invitation ke event..tapi link gi ke blog ntah pape.. tak secure gak fb skrg ni..
Thanx for the tip! semak tgk spam kt wall sndiri n wall orang lain
Nasib baik lah tidak akaun Facebook tentu bimbang akaun Facebook kena spamming
letih kena spam ni.. kalau spam bukan2,dah orang anggap lain..
facebook memang aku tak guna sangat.
layan twitter je buat promosi.
owh.. pe akaun twitter ali-ridha ?
bahaya gak ni, nak kena cek balik. aritu nyaris fb aku kena hack. tp security aku dah setting kot. lupa plak, anyway thanks bro, pepehal nak kena cek balik gak ni.
camane ko tau hampir kena hack?..ke hack yg member2 buat pastu post bukan2.. hack tu aku kena slalu..siot dak2 ni.. tapi setting ni,aku dah tukar pn still dapat spam berbentuk invitation..
bahaya ni. kena tukar cepat. :8
cuba mencegah..