Jom Kenal Sub – Parked – Add On Domain

apakah itu domain

Perjalanan aku dan WordPress memang banyak persoalan. Macam-macam aku tak tahu sampailah kepada persoalan ini iaitu tentang adik beradik domain ni. Masa mula-mula aku buka website hosting provider ada tulis add on domain, sub domain dan parked domain. Pening pale aku,pebenda pulak la ni. Entri kali ni ringkasnya mengenai trio domain-domain ini. Siapakah mereka ?

Add – On Domain

Dalam satu hosting,kita boleh letak lebih dari satu nama domain. Add On domain membolehkan kita tambah satu atau dua nama domain bergantung kepada pakej yang kita beli. Contoh :

www.izwanyusof.com
www.izwanyusofart.com

Dua-dua ni domain dan blog yang berlainan tetapi menggunakan hosting yang sama. Kalau nak beli hosting tu,korang mesti perasan perkataan Add On Domain Allowed. Itu bermaksud berapa banyak domain korang leh sumbat dalam hosting tu sebagai contoh pakej Seal Server yang aku beli ni boleh letak 2 domain. Ada juga yang boleh letak 5 domain seperti pakej hosting dari Shinjuru tapi mestilah harganya mahal sikit. Oh ya, nak buat Add On domain ni kenalah beli nama domain yang lain dan lagi satu dua-dua domain ni berkongsi diskspace dan bandwidth.

Parked Domain

Parked domain ni maksudnya kita ada dua atau lebih domain tapi ditujukan kepada arah yang sama. Contoh :

www.izwanyusof.com
www.izwanyusofart.com

dua-dua ni domain yang berbeza tapi nak ditujukan kepada satu URL je iaitu www.izwanyusof.com. So, kalau orang klik salah satu nama domain di atas,ia akan terus kepada link www.izwanyusof.com atau pun terpulang page mane yang korang setup. Parked domain ni kena beli dan bukannya percuma.

Tujuan parked domain ni aku kurang pasti, pelik gak kenapa nak ada 2 nama untuk satu tempat. Ada idea kenapa orang buat parked domain ?

Sub Domain

Ini kira macam pecahan kepada domain asal blog kita. Contoh :

www.izwanyusof.com
art.izwanyusof.com

art.izwanyusof.com merupakan sub domain kepada blog asal kita.Berapa banyak sub-domain yang kita boleh buat tu bergantung kepada pakej yang kita beli dan selalunya unlimited. Kalau nak specialize kategori dalam blog boleh setup blog lain dengan guna sub-domain. Kos untuk sub-domain percuma. Korang boleh buat sendiri sub-domain ni di Cpanel atau Direct Admin. Contoh aplikasi sub-domain ni banyak digunapakai oleh mereka yang ada Live Blog. Kalau korang tengok live blog ni kan URLnya http://live.domainame.com.

Selain sub-domain, ada juga fungsi yang hampir serupa iaitu sub-folder. Sub-folder ni kita install WordPress kat root dengan folder berlainan supaya tak berselerak root kita dengan fail kecik-kecik WordPress ni. Contoh blog aku guna subfolder /blog. Jadi aku install WordPress ni dalam folder blog.

Jadi, ni je la serba ringkas definisi ketiga-tiga domain ni dan fungsinya. Jelas ? Kalau tak faham silalah komen, kalau tau aku tolong jawab tak pun nanti ada blogger lain yang sifu’ tolong jawabkan..kan..kan..kan..

Sharing the knowledge and caring each others.  :)

Recent Related Posts

25 thoughts on “Jom Kenal Sub – Parked – Add On Domain

  1. baru tau parked domain tu apa, aku ingat tu add on domain.

    parked domain ni bagi aku lebih kepada seo. contoh ko beli domain yg dekat2 dgn domain saingan, jadi kalau ada user tersalah type, automatik dia akan ke blog ko.

    Ada juga yg buat camni, beli domainanda.net, domainanda.com, domainanda.my, domainanda.me etc, pastu sume redirect ke satu domain. Sebabnya:

    1. Diorang taknak saingan diorang beli domain yg mirip domain korang
    2. Diorang taknak hilang visitor yg tersalah taip domain, contohnya tertaip .net instead of .com
    Affan recently blogged about..Blogger tolong bloggerMy Profile

    • nice explanation !
      aku pun agak org buat parked domain ni nak kuatkan SEO.. betul gak tu kalau dia beli semua extension yg ada, boleh generate trafik tak sengaja..

      • aku nak try buat fb n rt button tu..tapi masalahnya bila aku bukak single.php kuar camni :

        This theme is Copyright (C) 2008-2010 Andrew Powers, PageLines.com (andrew AT pagelines DOT com)
        */

        require(TEMPLATEPATH.’/template.load.php’);

        dari dulu aku takleh nak edit theme ni sbb ni la.. takleh extract code..tak cam BS.. camane eh ?

  2. lagi sebab orang buat parked domain tu,

    bila nak berpindah ke domain baru, biasanya webmaster tu tak terus matikan alamat domain yg lama tp diredirect ke domain yg baru. dalam masa yg sama, visitor di inform kan yg domain diorang dah berubah. bila agak2 domain baru tu dah establish dan diketahui ramai, domain yg lama tu ditutup la…

    bila dua nama satu benda. contohnya portal sbpexcellant dengan info murid. info murid tu sbpexcellent, sbpexcellant tu info murid..dua2 sistem pemarkahan utk sbp cuma nama je yg lain..tak tahu lah macam mana boleh ada 2 nama.
    Mohamad Fairosza recently blogged about..Ranking Top 10 SBP MRSM SPM 2010My Profile

    • nice2.. boleh jadi gak tu.. yg sbp excellent ngan infomurid tu maybe utk tujuan korporat ke.. info murid utk tujuan dalam skolah,sbp excellent utk urusan rasmi..just teka je..

    • bese memg subdomain utk liveblog kan..macho gak letak live.domainame tu.. cam gempak..hehe.. setakat ni memg nak share pe persoalan2 aku masa nak tukar WP ni..hope sape yg pening2 cam aku dulu leh refer kat entri2 ni.. :)

  3. entry yg menarik… btw aku pun gunakan add on domain pada 1 hosting client aku haha…

  4. Add on domain, kena beli domain lain walap apa nama sekali pun tapi guna hosting yg sama
    sub domain…guna domain yang sama dan boleh cuma tambah directory atau fail baru je…

    itu yag saya faham le..
    PenaDigital recently blogged about..Terima Postcard dari GoogleMy Profile

    • dulu memang mencari info-info ni masa nak guna WP.. tapi tak pernah try lagi..WP ni banyak benda boleh explore..