Beberapa hari lepas aku online macam biasa. Nak dijadikan cerita petang tu aku online kat masjid sementara tunggu azan maghrib, masa tu baru lepas keluar library ( musim exam, poyo nak gi library ). Sedang aku belek-belek blog , tiba-tiba iklan ni keluar kat blog aku.
Kenapa Tiger Beer ?
Inilah yang menjadi persoalan, macamana iklan menjual arak boleh ada kat blog aku sedangkan dalam biodata yang aku isi, aku tak tick pun related-alcohol ads serta tobacco ads. Aku amat tak sedap hati dan kecewa bila perkara ni berlaku dan aku buang ketiga-tiga script iklan dalam blog serta-merta.
Mungkin tindakan ni nampak seperti cepat melatah kan ? Setakat iklan tiger beer je pun, bukan ko jual , pegang atau minum arak tu. Itu tak dinafikan tapi walaupun kita tak memegang arak tu, membantu penjualannya dikira bersubahat dalam melakukan pekerjaan haram. So, sumber duit pendapatan iklan tu nanti status halalnya nak kira camane ? Lagi satu, pembaca blog ni aku percaya rata-rata Muslim dan Melayu. Ada kemungkinan ke diorang nak klik iklan Tiger Beer tu ?
Aku ni tak hebat sangat ilmu agama, cuma ustazah aku cerita dulu kalau kita kerja cashier kat kedai jual arak, jadi drebar lori arak itu pun dikira haram inikan pula minum arak masa sambutan tahun baru 2011 kan ? Jadi aku amik keputusan untuk buang dulu iklan buat sementara waktu. Kalau aku tak nampak iklan ni, lain ceritanya. Ini terang-terang depan mata, jadi mengapa perlu aku menyokong iklan ini.
Untuk itu, buat kesekian kalinya takkan ada iklan kat blog ni. Takleh la korang nak klik-klik kan ?.. Hehe.. Okey, gurau je.. Patutlah siang tadi aku asyik survey-survey syarikat pengiklanan lain, rupa-rupanya petanda suruh tukar angin agaknya.
- lihat ulasan Kaizen Shinobi berkaitan Nuffnang Terlepas Pandang Iklan Arak.
- Iklan yang kekal itu merupakan iklan terbaru Nuffnang ( cost per action ), MuJE


mn name ada kat gmbr tu la…
im not one of the beer k..hehe
o ada ker..ikln beer tu?
xperasan lak…
fauziah hanum recently blogged about..life an architorture
ada nama dia baru nak komen ker.. hehe..
ada…tapi tak ramai yg prasan..kalau sy tak prasan, tak kisah sgt..tak tau…
hehe.. skrg misi tuk mencapup
nak mencapup dekat semua page blog…hoho
tp xda masa
fauziah hanum recently blogged about..life an architorture
sekarang bukan ke tengah ada masa..next week cuti lagi.. boleh r tu..komen bebanyak..
skrg line laju..duk bilik lembab so mls nk on9..
smbl discussion buat perkara x berpekdah..
kan ada org rindu pengomen tegar lak kan..
D
fauziah hanum recently blogged about..life an architorture
rasa nak strike je ayat last tu.. eh, komen la lagi kat sini.. haha
tau takut….
im still ur pengomen tegar k…
nak tengok lama mn blog nie bertahan..huhu
fauziah hanum recently blogged about..life an architorture
owh, ko tak tick pon still keluar lagi ekh? jadi same cam joegrimjow la ni… try ko hantar ticket kat nuffnang suruh dorang tgk nape jadi camni. kalo buat diam sampai bile dorang tataw….hehe
seb baek kat blog aku takde lagi nampak iklan ni… haih, macam2..
MuJE recently blogged about..Iklan CPA Nuffnang dah keluar!
aku tak pernah plak baca entri joe pasal ni.. malas nak tiket2, sebab earning aku guna nuff ni nak wt beli topup pun tak cukup even dah setahun letak.. haha..
ha tu kaizen dah reply kat bawah. boleh la letak balik. seyes ekh? haha… nuff ni pelik sikit. kena selalu keep in touch ngan die baru die sayang.. bukan cam innity.
lagipun aku letak sbb nak monitored blog aku jer..hehe alang2 tu buat duit sekali. lepas hosting pon jadi dah.

MuJE recently blogged about..Iklan CPA Nuffnang dah keluar!
adeh, nak kena wt entri pasal nuff banyak2 r ni.. haha..tak reti seh.. tu r, kalau dapat lepas hosting pun jadi, tapi aku topup pun tak lepas.. huhu
aku tak taulah kalau beer ads nie kluar kt blog aku..tak pasti lak..harap2 tak jadi macam kes bro nie..bahaya..
arrizz recently blogged about..Facebook untuk seks
ada kuar kejap rasanya ads ni.. lewat petang gitu.. kaizen pun nampak gak, dia dah hantar tiket.. aku malas crite, remove je dulu..
Izwan recently blogged about..Kerana Arak Itu Aku Sangat Kecewa
petang? waa aku selalu online malam..tak tau lak kalau2 ads tue keluar kat blog aku..risau gak nie..
arrizz recently blogged about..Facebook untuk seks
skrg takde dah kot.. sebab dah kuar iklan bola plak aku tengok..
diorang dah reply
Hi Khairunnizam,
Hope this email finds you well.
We happened to come across your blog post regarding the publishing of alcohol-related ads on your blog, and would like to apologise for this oversight. MilkADeal is a group buying site that promotes deals from various businesses in general such as clothes, gadgets, food and drinks but it so happens that the deal they are currently having is alcohol brand related. It was saddening for us to find out that you were affected by this despite our efforts to filter the ads so that none of our bloggers who are not comfortable with this carry the ads in their blogs.
Thus, we have canceled the ad for the deal concerned as soon as we found out to ensure there will be no more conflict of interest for you and your readers or any other blogs out there while we look into the system to ensure that this does not happen again in the future.
Thank you for sharing this with us as it takes active bloggers such as yourself to improve our blogging community. Only with bloggers like yourself, are we able to strive to be a better blogging community in Malaysia. Thank you.
–
Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.
kaizen recently blogged about..NuFFNaNG TeRLePaS PaNDaNG iKLaN aRaK Di BloG!!!
akhirnya.. thanks kaizen for sharing..
benda2 macam ini kena amik serius…
zik recently blogged about..Jepun Mara ke final Piala Asia 2011- bakal bertemu uzbekistan-australia
yup…susah gak kan..
tak sempat abes baca entri ni,terus cepat2 cek kat blog aku…seb baik ok..hehe..
tak pernah perasan pulak pasal benda2 macam ni…
kebetulan aku terperasan..
Banyak perkara kat negara kita ni bukan orang Islam yang punya. Kita orang Islam cuma tahu guna tapi tak mahu mengeluarkan barang / perniagaan berteraskan islam. jadi tak mustahillah orang Bukan Islam menggunakan Islam sebagai alat melariskan barang jualan mereka.
Allahu aklam!!
yup.. banyak dah benda camtu.. dari benda kecil hingga besar.. habis kalau orang kita baru nak naik sikit je dah kena hentam, dengki2 sane sini.. camane nak maju..susah, dari dulu lagi..
spjg suri bukak blog tak der pula..tapi klu ada time suri tak derer tak tahu plk..
harap2 tiada…
kalau tak prasan ok lagi.. nuff pun dah reply benda ni kat blog kaizen..
Kata orang nobody is perfect, tp sekarang dah tukar.. No system is perfect..ahaks..
deCrewz recently blogged about..Kering Idea Nak Buat Entry
hahaha..system pun buatan manusia..
Owh.. Buatan manusia ye.. errmmm.. tukar balik la.. Nobody is perfect..ha3.
deCrewz recently blogged about..7 Perkara Jangan Diamalkan Selepas Makan
bagus tukar je yg lain. hehe. ramai je blogger tak puas hati dgn nuffnang kot hehe
Affan recently blogged about..Belajar daripada Yahudi- Sebab kenapa pelajar Yahudi bijak
tapi ramai gak yg guna.. requirement dia senang.. janji ada blog..
iklan nuffnang pernah keluar juga
pada blog.buka kita tutup
iklan berunsur arak.tapi saja
nak cari publisiti murahan.
Ali ridha recently blogged about..Cinta ada 3 jenis
hmm.. tu lah..company tu ada byk produk, termasuk arak..
tahniah.. good job

syahirul recently blogged about..Wanita tua yang berbicara menggunakan ayat Al-Quran
Nasib bek ada silap dan da setel

Nizam6281 recently blogged about..PERIHAL FUTSAL DAN CRAMP
Dalam akaun nuffnang kita boleh check earning datang daripada iklan apa/rujuk nama kempen/campaign name. So, jika sesiapa dapat klik dari iklan arak nie. Hubungi segera utk maklumkan supaya buang earning dari ads tu. Erm, iklan tiger kat atas tu ‘campaign name’ nya apa ya?
Afiffuddin recently blogged about..Khasiat sabun susu beras – apakah khasiat sabun susu beras
owh.. benda ni pun dah dijawab kat blog kaizen.. kempen tu namanya milk A deal..
memang kena ambil serius benda macam ni
hope lepas ni kita lebih prihatin pasal iklan-iklan dari mana-mana syarikat
wazy recently blogged about..Pengambilan PSSTLDM Sesi 2011
tu lah pasal.. tengah nak try company lain plak..
kat blog aku tu jangan kata iklan arak, apa bende iklan pun xkuar2. Cuma nama NN aje yg ade. Alahai sedih tul.
Faizul recently blogged about..Memilih Tajuk Entri Secara Automatik
aku cam nampak ada iklan kuar dah kat blog ko..
aku x peduli sgt iklan apa yg kluar, sebab tu x tperasan pun
kyuubi recently blogged about..Fasha Sandha Tunjuk Bukti Berpisah Dengan Jejai- Nafi Kenyataan Nora
tak prasan ok lagi.. aku terperasan plak hari tu..
Aku baru perasan tadi iklan Milk Deal tu dah tukar Gambar (konsep warna masih sama) dan ayat:
dari “RM39 for 5 bottles of tiger beer abd tidbits at Gosh, Heritage Row, KL. (USUAL PRICE RM88)”
ke
“RM19.90 instead of RM40 for any word’s favourite + free flow of Non-Alco drinks at friendscino cafe, Damansara Perdana.”
atau iklan MilkDeal tu memang berubah2. Kejap iklan Arak kejap iklan Non-Alco?
Afiffuddin recently blogged about..Khasiat sabun susu beras – apakah khasiat sabun susu beras
stakat ni berubah2. sebab ada aku tengok iklan futsal, restoren dengan lain-lain lagi..sehari lain2 produk tak salah..
Izwan recently blogged about..Kerana Arak Itu Aku Sangat Kecewa
hello! haah orang perasan. tapi, dekat bloq orang laen.


btw, jumpa my page kat says.my ye?
i’ve joined this site btw.
fathiah recently blogged about..Award!
owh..memang banyak blog kuar iklan ni time tu.. thanks singah ke blog ni..

Izwan recently blogged about..Sekitar Hujan Lebat Di Johor-Mungkinkah Banjir Besar Melanda Lagi
hari tu (tak tahu hari apa hehe) memang nuffnang ada buat silap. habis iklan arak ni dia letak kat blog2 walaupon dalam akaun kita dah tick tak nak iklan tu….blog aku ada gak kuar iklan arak, tapi version lain, aku pon tak perasan yang kuar tu iklan arak sampai aku terbaca kat etry satu blog tu.
Amry recently blogged about..Drama Tiada Lagi – Jiwa Kelakian Ku Tersentuh!
ada banyak versi eh ?..tak pe r, sekarang dah ok dh tu..diorang akan remove kalau ada earning kat situ..
Izwan recently blogged about..Sekitar Hujan Lebat Di Johor-Mungkinkah Banjir Besar Melanda Lagi
aku dah tweet dorg time tu jugak…tup2 tukar terus dah iklan.anyway dorang terlepas pandang kot…huhu..
fendidahada recently blogged about..Baguskah YES wimax
kesilapan teknikal agaknya..
ups:
ye bro, hari tu ade gak sy baca dalam twitter, ada sorang pompuan yang bising gak kat nuffnangis sebab iklan arak ada kat blog dia gak… apa kes nuffnang nie? :p
samsulahmad.com recently blogged about..Kemalangan lori yang dahsyattt 18 SG
tak tau r.. kaizen shinobi ada post jawapan dari email nuffnang.. skrg takde nuff dah kat blog ni.. pakai says.my je.. hmm,nak CNY kot.. hihi
says.my? mcm menarik jer?
lbh krg cam nuffnang/innity gak ek bro?
samsulahmad.com recently blogged about..Kemalangan lori yang dahsyattt 18 SG
hehe, baru tgok, lbh lrg mcm churp2..
leh try nie..
samsulahmad.com recently blogged about..Kemalangan lori yang dahsyattt 18 SG
says ni dulu dikenali dengan youthsays.com.. big company gak, diorang ada wt event besar tiap tahun dipanggil Youth’10 ( 2010 ).. ada banyak iklan,kempen dari NGO.. kalau nak jana duit dengan klik,promote iklan tu ada harga dia.. 20 sen / 1klik.. kalau kmpul point byk leh dapat hadiah.. ala,aku pun baru2 je try..
kalau tak silap hari tu ada iklan ‘pork’ tapi rasanya dah ada orang komplen kat nuffnang. nuffnang kena pantau detail2 lah sebab rasanya dalam data pun dah isi tak nak iklan2 macam tu ada dalam blog.
LeeZha recently blogged about..Trend Bunuh Diri Di Miri
ada tulis ‘free pork’ kalau tak salah.. tapi iklan tu cam dari satu comapny yg ada variety products.. maybe tu yg terkeluar skali kot.. isu ni dah pn selesai rasanya..
dah rasanya..tapi bagi kita yang nampak ni jangan melenting teruslah, mungkin de kesilapan teknikal.
LeeZha recently blogged about..Haram Bercinta Lain Agama
yup…tapi ada perkara yang perlu diambil kira sensitivitinya kan ?..
haha..sensitiviti tu penting tapi jangan terlalu bengang sampai marah2 carut2..handle cara gentleman.

LeeZha recently blogged about..Facebookers – Dari 157- hanya 11 Syabas!