BERSIH 2.0 – Analisa Pendapat Tanpa Provokasi

Kuala Lumpur Convention Centre

BERSIH 2.0 yang berlaku semalam merupakan satu peristiwa yang mengajak kita untuk berfikir dengan lebih luas lagi tentang situasi yang berlaku di Malaysia. Dimana pro, dimana kontranya bila berhadapan dengan isu ni. Telah banyak yang kita baca di media-media,blogger-blogger yang mengupas tentang isu ini dan satu persatu sumber itu perlu kita teliti sebelum kita membuat konklusi awal.

Gambar berkaitan ( sumber : Al Jazeera )

penyokong bersih

semburan air

FRU

generasi muda

Love malaysia

lady of liberty 2011
… Malaysian Lady of Liberty – azah.my

Aku bukan orang yang mahir dalam isu politik dan tak layak nak olah isu sebegini. Cuma melihat isu semalam aku lebih suka untuk membaca pendapat pelbagai pihak,cari sumber-sumber dan fakta yang dikemukakan kenapa begitu dan kenapa begini. Dari sudut dunia blog, aku mengharap agar isu-isu sebegini tidak diprovokasikan lagi. Provokasi hanya mengeruhkan keadaan. Jika anda punya kepakaran dalam politik dan ingin mengulas isu BERSIH v2.0, wujudkan entri perbincangan itu lebih baik untuk mengajak semua orang berfikir dengan lebih kritikal tanpa unsur provokasi. Aku sangat berminat nak tahu pendapat orang lain dan kalau ada entri perbincangan tentang BERSIH 2.0 yang korang buat boleh kongsikan di ruangan komen.

Anak muda yang cintakan Malaysia, satu hari nanti generasi muda sekarang ini yang akan menerajui negara. Jika ingin memperbaiki keadaan masa hadapan,jom sama-sama memperbaiki diri kita sebagai belia generasi muda.

Beberapa point menarik BERSIH 2.0 :

1. Terkini BERSIH 2.0 Permulaan Satu Perjuangan

2. Top 10 Facts About BERSIH 2.0

3. Pengalaman Peserta BERSIH 2.0

4. BERSIH 2.0 Pandangan Dari Jiwa Marhaen

Recent Related Posts

45 thoughts on “BERSIH 2.0 – Analisa Pendapat Tanpa Provokasi

  1. aku menantikan komen-komen yang lebih terbuka, lebih banyak menggunakan akal..

    dari situ dapat kita nilai baik buruk.

  2. Rakyat perlukan demokrasi as negara kita negara demokrasi.Cuma lebih baik cara itu disalurkan dengan cara yang betul.:).Bagi aku lah,rakyat mula bersuara untuk mendapatkan kerajaan yang lebih baik.InsyaALLAH
    haiqal recently blogged about..Log In FB dapat RM100My Profile

      • yah betull… emosi akan menguasai akal fikiran.. emosi ni yg tak boleh dikawal.. akan memburukkan lagi keadaan… kalau setakat nak serah Memo dgn AGONG.. pergilah dengan 2 ke 3 org pengikut.. buat SIARAN LANGSUNGLIVE kat TV.. semua org boleh tengok benda tu dapat diserah atau tidak.. tak perlu dtg KL semata-mata nak tunjuk demo.. kan senang.. tdk menyusahkan org.. polis pun tak paya buat sekatan jalan raya.. semua org boleh buat kerja masing2.. boleh membeli belah di sogo.. masjid jamek.. dan sekitarnya.. org tak tutup perniagaan.. tak ada org takut nak dtg KL.. emmm sendiri mau ingatlah..

      • hehe sayang tak dapat nak kongsikan beberapa keping gambar menarik tentang apa yg berlaku di sebalik BERSIH ini..apapun,bersihkan minda dan hati agar dapat berfikir dengan matang.menarik bila lihat ramai anak muda yang ambil bahagian dlm sesi pendapat mcm ni,bukan perhimpunan tersebut :)
        izwannizam recently blogged about..Iphoneography 3My Profile

  3. Pingback: BERSIH 2.0 – Analisa Pendapat Tanpa Provokasi

  4. bg sy diaorang nak buat tuntutan buatlah..ini negara demokrasi..tp sy x setuju diaorang buat perhimpunan jalanan mcm ni..

    yg lebih pelik kenapa ada tokoh politik nak berhimpun sama..dah nampak mcm ada agenda lain pulak..

    maaf ya kalau komen sy menyinggung perasaan sesiapa..sy bkn pro mana-mana parti politik..just pandangan dari rakyat biasa yg sukakan keamanan..
    Rina AVAIL a.k.a cik betty recently blogged about..Nak Save Kod HTML Tak Boleh, Tolong Like Sekali Boleh?My Profile

    • komen yang menarik.. saya juga berpendapat yang pemimpin perlu berbincang tanpa melibatkan rakyat dan rasanya tidak wujud persepsi agenda2 lain kalau kita fikir apa yang terbaik.. politik sukar dijangka..

    • bila tengok balik gambar2 tadi rasa ia macam one-sided view.. lupa plak fotografi tu boleh berkata2.. dah remove yang kurang sesuai..kalau bro ada link gambar2 yang dimaksudkan boleh kongsi..

  5. aku harap ada perubahan dlm pentadbiran negara lepas ni. dari 8 tuntutan pihak kuning, aku suka 6 yang pertama. no 7,8 tu, sorry. sangat hinky dan tak relevan. 6 kondisi yang awal tu memang satu basic model pilihanraya yang ideal. dan pada masa election pertama aku nanti, aku dapat saksi semua tu. kekecohan demo jugak telah buat sprm senyap tanpa kenyataan.

    kerajaan yg responsif akan lebih disayangi rakyat. #kemonla
    faaizzdzul recently blogged about..scene nomadMy Profile

  6. saya dapat tngok dgn dekat dua2 kelompok yg pro and anti bersih kat bukit bintang. tapi tak dapat nak amik gambar.tak ada kamera lah katakan…huhuhu.ambil video pon pakai kamera telefon cikai je utk kenang-kenangan…=)…kalau aman kenapa kecoh kat low yat. dan time tu polis tak ada ya. maknanya tak semestinya polis yg huru hara kan keadaan.polis cuma jalankan tugas huraikan orang ramai dpd berlaku kekecohan.
    http://www.fairosza.net/2011/07/bersih-betul-low-yat-plaza.html

    btw, kalau sesape yg free, jemput la join pertandingan ni..blogger kan kreatif =)
    http://www.apisbp.net/topics/aktiviti-program/2011/pertandingan-mereka-header-sempena-bulan-ramadhan.html
    Mohamad Fairosza recently blogged about..Pertandingan Mereka Header Sempena Bulan RamadhanMy Profile

  7. banyak yang menutup muka tu.apa sebabnya?dah tentu la pekerja sektor awam jugak tu.takut kantoi,tu yang tutup muka.kalau dah takut, kalau dah tak suka dengan kerajaan,kenapa nak kerja dengan kerajaan?tukar kerja.korang jugak yang kata kerajaan makan duit haram.kalau pembangkang yang menjadi kerajaan,aku rasa sama je tindakan diorang dengan kerajaan sedia kala…

    takyah la nak salahkan orang lain tak buat itu, tak buat ini.kalau diri tu taknak makan dari sumber yang syubhah,cari kerja lain atau buat kerja sendiri.tak payah nak hipokrit.

    hanya sekadar kata2…
    Pacifista – X recently blogged about..Sikap Seorang SuamiMy Profile

  8. salam, lihatlah. apa yang terjadi di mesir libya tunisia.. akhirnya telah berlaku di negara kita sendiri.. dan aku rasa, sbg pndgn peribadi, masy dunia sudah sedar dan sudah membuka mata untuk melihat dunia islam sekarang ini. apa yang terbuku dihati masy dunia adalah ini. dan ini telah ditampilkan. namun apakah langkah sewajarnya yang perlu diambil? tepuk dada tanya iman:)

    • mesir dan negara timur tengah apa yang aku nampak dah jelas seorang yang perintah bertahun2..
      ketidakadilan negara timur tengah dan afrika lagi teruk berbanding kat sini..afrika pnye politik, lecturer aku cerita korupsi sana kita leh nampak depan2..cuma kes kat sini,aku rasa benda ni boleh dielakkan..
      tapi bila dah jadi cam ni,tindakan perlu diambil utk penambahbaikan..itu pun kalau ada kesedaran..

      tapi mungkin ada something kenapa ia tak dielakkan.. ijan a.k.a farizan ke?.. ko balik malaysia leh crite2..hehe..
      Izwan recently blogged about..BERSIH 2.0 – Analisa Pendapat Tanpa ProvokasiMy Profile

  9. apa yang aku nak katakan adalah tujuan dan tuntutan BERSIH tu tak salah. Cuma cara diorang yang adakan perhimpunan tu je yang salah.. dan akhirnya rakyat jadi boneka pemimpin..aku tau perhimpunan ni ada agenda untuk sembunyi sesuatu dari fokus orang ramai.. dan yang lagi teruk, yang menangani perhimpunan tu tak bijak untuk menangani perhimpunan tersebut.. ntah lah..berserah je pada Allah untuk tunjukkan kebenaran..

    P/s: Politik tu bukan keamanan. tapi perpecahan…
    .
    Fitrihadi recently blogged about..Luahan Hati Pembaca Fitrihadi.com Terhadap Video Sebenar Perhimpunan Bersih 2.0My Profile

  10. Salam to all,
    sebagai seorang pelajar perubatan di Mesir,
    tragedi 9 Julai di Malaysia cukup mengingatkan saya pada tragedi 25 January di Mesir
    Namun pada hemat pendapat saya,
    Tekad perjuangan yang berlaku di Mesir adalah sama sekali berbeza dari apa yang berlaku di Malaysia
    maka medium perjuangan juga mestilah berbeza..
    Rakyat Malaysia harus benar jelas terutama belia harapan ummah,
    di Mesir situasinya adalah TERdesak, tidak sama seperti situasi MENdesak di Malaysia..
    Hati mana yang tidak tersentuh melihat goyahnya perpaduan negara tercinta dari kejauhan.
    dan hati mana yang tidak pilu pabila negara Malaysia menjadi bualan ‘kasar’ oleh rakyat luar negara terutama di Mesir.

  11. Sebagai pelajar yang jauh dari negara tercintanya,
    saya amat menghrapkan agar rakyat di Malaysia terutama MELAYU + BELIA benar2 bijak menilai..
    usah buktikan ” MELAYU MUDAH LUPA ” adalah benar..
    Kami di sini hanya mampu menyaksikan keputusan yang rakyat pilih..
    JIKA IA BAIK UNTUK UMMAH TERCINTA , KAMI BERSYUKUR KEPADA ALLAH TAALA
    tetapi
    JIKA IA MEMPERGADAI MASA DEPAN UMMAH TERCINTA, MAKA KAMI JUGA MERASA TEMPIASNYA..

    Salam sayang buat Ummah tercinta.

  12. Pingback: Malaysia,Arsenal,Liverpool dan Sikap Tipikal Orang Kita | izwanyusof.com

  13. Pingback: 5 Sebab Twitter Lebih Seronok Dari Facebook