Review : Sebulan Bersama WordPress Self Hosted

sebulan izwanyusof[dot]com beroperasi

24 Disember 2010 yang lepas cukup lah usia blog izwanyusof.com genap sebulan.. Give a big clap guys !.. Baby boy is growng up now.. Hahaha.. Kalau korang scroll ke bawah, ada caption aku letak ‘officially launch on November 2010’. Ya, dah sebulan aku menggunakan wordpress self hosted, dan aku rasakan memang seronok dan takkan curang mencari yang lain… Ahaks !.. Entri kali ni akan menceritakan kenapa aku berpuas hati blogging di WordPress Self Hosted.

1. Hak Milik Isi Kandungan 100%

Maksud hak milik 100% ialah semua entri, gambar, video dan lain-lain ialah hak milik kita sendiri setelah kita mempunyai hosting dan domain sendiri. Dengan hosting sendiri, kita akan dapat satu data storage umpama hard disk yang membolehkan kita simpan pelbagai benda. Kalau nak letak fail apa-apa sebagai backup pun boleh.Point ni ada juga diulas di MrPiratz.com dalam entri 11 Sebab Kenapa Self Host WP Lebih Baik Daripada Blogspot. Selain tu, masalah hotlinking ( curi bandwidth dari gambar ) juga dapat diatasi sebab hosting provider ada sediakan software untuk itu. Pasal hosting ni aku akan cerita kat entri lain dengan detail, apapun point utama ialah segala isi kandungan Hak Milik Penuh tuan blog.

2. Theme Yang Cantik Dan Stabil

Menggunakan PHP berbanding HTML, theme wordpress kelihatan lebih menarik dan teratur. Bila pasang je theme apa-apa, setiap bahagian dari segi header,body,sidebar,footer dan lain-lain disusun dalam fail yang berasingan. Jadi kalau nak edit header,cuma perlu ke folder header dan takkan kacau keseluruhan coding atau theme blog. Mudah dan ringkas. Untuk lebih kepuasan dengan theme, boleh cuba framework theme yang membolehkan korang design theme ikut kemahuan dan citarasa tersendiri. Tapi kena ada sikit knowledge tentang programming la. Bila dah ada theme sendiri,bukan ke nampak smart sebab theme tu korang je yang pakai di antara banyak-banyak blog kat dunia ni. Theme aku ni theme percuma je, tak mampu nak beli yang berbayar.. hehe..

3. Menggunakan Fungsi Plugin Untuk Pelbagai Widget

Plugin dalam wordpress membolehkan kita memasang widget tanpa perlu pening-pening ubah setting kat HTML seperti blogspot. Hanya perlu download dan upload plugin yang kita nak seperti LinkWithin ke dalam hosting dan tekan activate, aplikasi tersebut boleh digunakan serta-merta. Kalau guna Blogspot, kita perlu tambah beberapa kod di theme blog dan kita akan berhadapan dengan risiko kecacatan rupa blog akibat tersalah letak code. Aku dah kena banyak kali dulu, penat gak nak setelkan problem coding tu. Tapi sejak guna wordpress ni,tak de dah masalah tu. Klik-klik je dah siap. Cuma untuk plugin wordpress, kena pilih juga yang mana sesuai. Tak semua plugin serasi dengan theme blog. Rating dan feedback user juga memainkan peranan supaya kita lebih yakin bahawa plugin tu dapat berfungsi dengan baik.

4. SEO Score Yang Tinggi

SEO score izwanyusof[dot]com… total score 96 %, guna plugin FireBug untuk Mozilla Firefox …

Berkait dengan fungsi plugin tadi, wordpress menyediakan plugin yang membolehkan kita optimumkan SEO blog. Contoh plugin untuk SEO ialah All – In – One SEO Pack dan Platinum SEO. Dengan plugin SEO ni kita boleh setup H1 dan H2 tag dengan mudah sebab dua-dua H tag ni punya peranan besar dalam SEO. H1 tag akan terangkan tentang nama blog kita dan H2 tag berfungsi untuk kita terangkan apa isi kandungan dalam blog kita. Tapi aku rasa plugin ni macam optimize on-page je,sebab setahu aku off-page SEO kena buat manual,tanpa plugin. Contest SEO berita sukan terkini dah bagi aku gambaran awal macamana SEO memainkan peranan. Nak cerita lebih tak reti, tanya mereka yang dah menang contest SEO ni di blog kimiraikonen. :)

5. Ruangan Dashboard Yang Lebih Tersusun Dan Terperinci

Aku suka dashboard wordpress ni biarpun masa mula-mula menggunakannya, memang..memang.. memang memeningkan kepala !.. tunggang-langgang juga nak fahamkan dashboard ni,tapi lama-lama okey dah. Dashboard wordpress lebih terperinci dan lengkap. Contohnya untuk setup Theme satu ruangan,Plugin,Pages,Comment masing-masing satu ruangan. Dalam setiap ruangan tu pula ada pecahan-pecahan kecil contohnya macam kat setting ada macam-macam benda kena setup. Lebih kurang blogspot tapi lebih terperinci lagi. Dan, lebih memeningkan juga.. hehe..

6. Support Team Yang Mantap Dari Blogger WordPress

support team kuat dengan wordpress

Point ni pasal komuniti blogger yang guna wordpress. Biasanya mereka ni memang ringan tulang dan murah hati untuk memberi bantuan kalau kita ada masalah terutama masa baru-baru guna wordpress. Pening giler kot awal-awal aku main wordpress ni, tapi ada juga senior-senior dalam wordpress yang sudi membantu seperti kujie2,azuanrazi,lazaac,piratz dan lain-lain. Kiranya mudah la nak cari tutorial atau bantuan tentang wordpress. Oh ya , bercerita tentang tutorial ada satu web komuniti baru yang mengumpulkan kesemua tutorial tentang blog,internet, photoshop, resepi memasak dan lain-lain. Memang fokus utamanya pasal tutorial. Web tu bernama Pakatan Blogger. Kalau nak cari atau nak sumbangkan tutorial, boleh la ke Pakatan Blogger.

7. Publisiti Meningkat, Status Tak Macho Bertukar Kepada Sedikit Macho

Ya, aku merasakan bahang publisiti ini. Balik kampus kawan-kawan tanya tentang blog aku yang dah berdomainkan [dot]com. Berapa aku bayar,buat macamana dan lain-lain. Dengan menggunakan domain [dot]com, branding sendiri pun dah ada dan mula merebak ke seluruh semenanjung Malaysia.. Hahaha.. Memang nampak lebih smart dengan domain ni,owh sungguh aku terasa elegen walaupun aku bukanlah lelaki macho. Huh, aku akui point ke – 7 ni agak mencapup dan ia merupakan publisiti murahan. Sila jangan amik serius ye.. Hahaha..

*******************************

Apa yang aku ceritakan tadi bukanlah entri yang berunsur bias kepada wordpress dan memandang rendah kepada blogspot, tidak sama sekali sebab aku juga bermula dengan blogspot. Cuma ni ialah pendapat aku setelah berada di wordpress self hosting. Nak cerita lagi,banyak tapi cukup lah 6 + 1 ni.. hehe..

Blogspot juga tidak kurang hebatnya, sekarang ni fungsi blogspot banyak dah upgrade dan lebih baik dari versi 2-3 tahun yang lepas. Jauh beza masa mula-mula aku guna blogspot dulu, masa tu tahun 2008. Ada sorang kawan pernah tanya aku platform blog percuma yang mana lebih baik, blogspot atau wordpress. Jawapan aku memang blogspot kalau nak yang percuma sebab lebih baik dan mudah. Tapi kalau dah minat nak pakai hosting sendiri, aku cadangkan wordpress.

Sebenarnya, tak kisah pun korang guna wordpress atau blogspot untuk blogging. Yang paling penting ialah isi kandungan blog tersebut. Itu perkara paling utama berbanding SEO. Sebabnya bila korang dah ada pembaca setia yang suka dengan isi blog korang, automatik tak payah optimize SEO pun orang akan datang blog tu dengan sendiri. Aku pun suka baca blog yang macam tu, rasa dia punya keikhlasan dalam penulisan tapi tak ramai yang aku jumpa. Segala-galanya bermula dengan.. NIAT.. :)

Recent Related Posts

46 thoughts on “Review : Sebulan Bersama WordPress Self Hosted

    • tu la pasal.. tapi aku belum merasa effect SEO ni.. mungkinkah entri aku tak update dgn berita terkini ?.. hahaha

  1. happy birthday to u… tiba2 kan..
    dah satu bulan erk..
    bangga la tu dah ada branding sendiri..
    brand=famous??=mencapub???
    k all back to niat..

    • yup..take time sket..sy pun tak terus tukar.. masih guna blogspot time tu dan pd masa yang sama study ttg wordpress..

    • exchange link kat blog je kan?..tapi ada orang komen kat post awk ttg facebook?..tak paham sgt.. anyway sy dah letak link blog awk kat page exchange link sy.. :)

  2. salam bro.. tahniah sbb bersama komuniti WordPress… lazaac mmg menyokong setiap apa yg bro katakan di atas dan memang terbukti sekiranya blogger inginkan kepuasan blogging sebenar seharusnya (tak jatuh hukum wajib :p) berpindah ke wordpress… cerita majoriti blogger WP semuanya hampir sama, bermula dengan blogspot, tapi jgn terkejut, cerita lazaac tak sama.. sbb lazaac bermula dengan WP… bila dah lama ckit, lepas 6-7 bulan menggunakan WP baru lazaac register blogspot pertama lazaac… langkah bendul la kata org.. :p belajar & guna WP dulu baru blogspot..

    p/s buat blogger blogspot : wp ada +- 9 juta, sy ulang 9 juta plugins yg boleh digunakan mengikut keperluan blogging kita.. hidup wordpress! :)
    lazaac recently blogged about..Traffic Update – Disember 2010My Profile

    • uish.. terbalik plak eh.. kira mantap r ni WP dulu baru BS.. hehe.. tapi dalam 9 juta plugin tu kena tengok2 gak nak pakai.. ada yg compatible ada yang tak.. kan ?.. cuma agak senang la nak pasang pape guna plugin ni..

    • tapi tak rasa maksimum lagi ni.. WP ni cam byk lagi leh explore.. cuma kena lebih masa utk itu..

  3. point yang menarik bro..meh sini aku komen lak, hehe..

    1. masalah curi bandwith nie aku takde hal sangat..aku tengok bandwith aku ciput jer..kih3..harap2 benda nie tak jadi kat aku..

    2. bercakap sal framework, aku akui memang best guna bende nie..but again macam ko cakaplah, kena ada knowledge tang proramming, coding..part nie aku memang banyak lagi nak kena belajar..tue pasal blog nampak simple habis, hehe..

    3. bab plugin aku memang puas hati sangat..memang ada plugin yang tak suit dengan theme kita..contohnya yang pernah terjadi kat aku..plugin WP-Cache kalau tak silap..latest entri tak keluar kat homepage..macam ter-hidden jadinya..

    4. part seo memang best kalau kat WP..handy, simple & easy..

    5. dashboard WP memang best..drag n drop function..aku guna 2 columns style untuk dashboard, hehe..

    6. waa nie aku memang akui..blogger2 senior ramai yang guna WP..nak cari tutorial, refer kat diorang jer..

    7. publisiti? hehe..aku setuju sangat2..feel dia tue lain sikit..ada kelas gitu, haha..

    p/s: dah macam buat entri sendiri lak..sorry bro panjang sangat..hehe
    arrizz recently blogged about..Best movies of 2011 – korang mesti tonton!My Profile

    • hahaha.. komen2.. panjang2 pun takde hal bro.. curi bandwidth kira ok dari curi artikel.. hehehe..

  4. Pingback: Apakah Itu Domain & Hosting ? | izwanyusof.com