Semalam setelah sekian lama (3 – 4 hari) aku menyepi di twitter,akhirnya aku berjaya login akaun twitter tanpa terlupa password.Haha. Mungkin ada yang rindu,mungkin tidak? Keh3.. Satu soalan aku dapat dari classmate aku berkenaan self hosted.
“Is it possible to self-host blogspot? mcm wordpress tu :O cc: @izwanyusof89 @andyhowtt”
Agak pelik kenapa dia tanya pasal self-host sebab dia ni free lancer untuk web design,biasa guna Joomla dan hosting. Mungkin nak buat eksperimen baru integrate Blogspot dengan hosting? Kalau jadi memang menarik tu! Okey, jawapannya bagi sesiapa yang masih kurang arif tentang hosting, kita tak boleh nak gunakan hosting di Blogspot melainkan jika Blogspot dan keluarkan platform sendiri untuk dipasang ke dalam hosting. Dipasang ke dalam hosting?
Yuran Pra-Sekolah Kanak-Kanak Mahal? Ini mungkin meringankan beban anda
Hosting merupakan satu simpanan data yang membolehkan kita memasang file WordPress di dalamnya. Aku ada ceritakan mengenai apakah itu hosting dan apakah itu WordPress beberapa bulan lalu. Agak penting untuk tahu perkara-perkara asas dalam hosting ini sebelum korang berhajat nak tukar platform blog daripada percuma ke berbayar.
Tidak seperti WordPress atau Joomla, fungsi Blogspot terhad kepada penggunaan nama domain sahaja dan bukannya hosting. Domain bermaksud alamat blog ( URL ) yang digunakan untuk orang akses ke web kita. Jika korang gunakan Blogspot,paling advance boleh pergi pun dengan menukar nama domain kepada domain yang kita mahukan. Tapi bagi pengguna blogspot elok juga beli domain awal-awal dan pasang di Blogspot sebabnya domain ni kalau lambat beli kita takkan dapat URL blog yang kita inginkan. Bila nak tukar ke WordPress, kita masih lagi boleh menggunakan domain yang telah digunapakai di Blogspot tadi. Itupun kalau nak gunakan lagi lah kan.
Become business partners with Hannah Tan with just RM20, You in? Sign up here
Hosting di blogspot yang aku baca terhad sehingga 1Gb bandwidth. Bermakna data ( entri, gambar, lagu atau video ) yang kita boleh simpan di Blogspot terhad sehingga 1Gb sahaja. Kalau korang betul-betul nak serius dalam blogging, elok beli satu domain dan hosting. Orang cakap mahal, orang cakap mahal dan orang cakap mahal. Banyak kali aku dengar. RM 80 setahun paling murah tu dikira mahal ke? Nak pakej lagi murah pun banyak tapi kualiti tak berani nak jaminlah kan. Apapun kalau nak beli hosting jangan bertangguh. Serius berbaloi bila korang dah cuba blogging dengan hosting sendiri. Banyak benda boleh belajar. SEO pun senang nak kejar. Hehehe..
Jadi memang tak boleh nak gunakan hosting di Blogspot. Yang ada setakat ini hanyalah memindahkan data dari Blogspot ke WordPress tapi serius itu banyak kerja sebab lepas pindahkan data tu kita kena edit entri lama-lama seperti size tulisan,gambar, kategori dan lain-lain. Aku tak suka benda serabut-serabut jadi tu letih nak scync balik data Blogspot dulu. Blogging best bila korang dah masuk ke komunitinya. Jom lah cuba. Sekali dah update blog hari-hari, confirm ketagih. Tapi bila dah seminggu tak update blog macam aku ni,confirm malas nak menaip entri. Heh~


MAHAL LAAAA HOSTING..hehehe
Tak ada mahal mana, RM100 setahun dah boleh dpt guna hosting. Tak salah melabur utk benda yg kita minat.
rasanya memang tak boleh kan..
buat masa ni tak boleh lagi.hanya sekadar domain je.untuk hosting tak boleh.memang terlalu terhad…
ic. nampaknya terpaksala tukar domain je. huhu
alang-alang ER tukar hosting terus.. sebab banyak upload gambar.. cuba dulu guna hosting berbayar,macam-macam boleh buat..
Ilmu yang baik..leh belajar kat blog ni
sama-sama berkongsi bro.. banyak lagi belum dipelajari..
Ada yang mengunakan hosting percuma seperti blogspot mampu mendapat pendapatan boleh tahan lumayan seperti blog Serius
diroang ada identiti yang unik.. content superb..
Hehehe…
Lbh serasi dgn hosting free
hosting berbayar lagi best.. perlu cuba!
blogspot? hosting? kah kah kah kah kah. #lawakmalamini
setakat ni belum lagi menjadi realiti..
Memula aku baca entri ingatkan ada technology baru pulak…
Haha~
hahahaha..
tak mustahil mungkin.. google kan gila sikit idea diorang..
setahu aku tak boleh. kalau boleh pun, aku rasa tak berbaloii..
yang boleh hanya transfer data ke Wp..