Bonus Guna Baucar Buku 1Malaysia Di Borders Bookstore

Petang tadi sempat keluar ke Kuala Lumpur,temankan kawan beli smartphone kat Lowyat. Hujung minggu kedua ni tak sibuk sangat,cuma lepas-lepas ni memang penat la jiwa. Confirm nak berjalan waktu weekend pun malas. Settle barang yang dia nak beli,kami ke Times Square cari surau dan jalan-jalan. Lepas solat tu tak tau nak buat apa..

“Jom pergi kedai buku,aku bawak baucar sekali ni”

Kat Times Square yang ada cuma satu bookstore iaitu Borders. Dah lama tak masuk Times Square, Mid Valley sampaikan lupa MPH Bookstore takde kat Times Square. Pusing-pusing Borders yang kecik tu adalah cadangan beberapa buku nak beli macam Internet Marketing,Wordpress,Social Network. Yelah, otak pikir nak kembangkan network internet je. Sampailah jumpa satu buku ni. Baucar ada RM 150 lagi,target nak habiskan RM 100 je sebab lagi RM 50 simpan untuk buku teks Applied Digitial Signal Processing ( RM 68 ). Ambil buku RM 100 tu dan ke kaunter. Teragak-agak juga nak beli sebab buku ni tebal,entah bila nak habis bacanya? :lol:

baucar buku pelajar IPTBagi baucar buku 1Malaysia 2 keping, tiba-tiba rasa diberi pelbagai benda pula. Tapi of course la sebelum tu kena tunjuk matrik kad dan kad pengenalan. Mungkin sebab terlalu banyak kes jual baucar buku 1Malaysia. Okey, antara bonus yang didapati dari Borders Bookstore :

1. Kad Ganjaran Borders Bookstore
Dapat rewards card untuk 2 tahun. Satu kad besar, 2 lagi kad sampingan tapi boleh guna salah satu antara 3 ni. Tarikh luput sampai 2014. Lepas ni beli barang kat Borders boleh la merasa diskaun sikit.

2. Baucar Beverages Starbucks
Ini sebagai tambahan kalau beli minuman kat Starbucks Times Square ataupun mana-mana lot Starbucks di dalam Borders Bookstore kita dapat air percuma. Ok lah,tak pernah lagi minum kat Starbucks,lepas ni boleh try.

3. Baucar Diskaun Maybank 15%
Beli buku di Borders Bookstore atau majalah dan tunjuk baucar Maybank kita dapat la diskaun sikit. Baucar ni hanya diberikan jika anda pemegang kad kredit/debit Maybank. Frankly speaking,saya memang suka berurusan dengan Maybank sebab mudah.

Bonus-bonus ni dapat dengan syarat kita belanja minima RM 100 di Borders Bookstore dalam 1 resit. Kalau nak total-up balik, semua ni saya dapat percuma. Yelah, baucar buku 1Malaysia pun percuma,tambah lagi bonus-bonus lain kira ok lah. Dan buku yang dibeli dengan RM 100 tadi adalah..

a doctor in house book priceA Doctor In The House – The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad

Lama dah tengok buku ni tapi sebab mahal tak beli la dulu. Akhirnya dapat juga beli. Saya bukanlah seorang yang rajin sangat baca buku,suka beli je sebab ada satu lagi buku beli waktu cuti baru ni pun tak baca lagi. Haha. Tapi buku-buku ni kalau terasa nak baca,memang capai je lah. Buku A Doctor In The House – The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat tebal, tak tau bila boleh habis. Harap boleh start baca segeralah. ;)

*entri ini telah dikarang pada 18 Febuari 2012 dan atas sebab teknikal ia baru dikeluarkan. Cerita seterusnya,kena blog ini ditinggalkan hampir sebulan lebih? Nantikan..

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    oo kat Borders boleh gune baucer nie..tak tau lak,haha..thanks for the info bro..masih ada baki rm100 nie..waa doc in da house..aku g cari kat mph mid aritu, tak jumpe..ingat dah sold out..rupenye ade g..minggu depan boleh try usha nie..hehe

  2. says

    hmmm aku pi Popular jeh, bapak bosan, benda aku nak beli tak taw..haha
    pastu bagi boucer ni kat mak dengan adik, nah beli la apa pun, abang bayar pakai baucer nanti tebus pakai wang balik ye..ganti..haha

  3. says

    aku pernah terserempak jer buku tuh.. nak godek bersampul dengan plastik… nak beli, tengok harganya.. cancel… suatu hari nanti aku akan beli..

    • says

      RM 100. memang mahal sikit,sebelah buku ni ada buku steve jobs warna putih tu. tapi guna baucar rasa macam dapat percuma. hehe

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam