Buat Bisnes Bukan Boleh Cepat Kaya!

Hai. Apa khabar? Terima kasih kerana sudi baca blog ini walaupun tidak selalu dikemaskini. Nampak sangat anda  minat sungguh dengan blog saya kan? Hehe. Ceritanya hari ni saya close deal untuk 1 unit kamera SJ4000 dan microSD simkad. Benda ni modal dan harga jualnya beza dalam RM 80 macam tu. Tak masuk lagi kos-kos lain yang saya gunakan macam Facebook Ads, wrapper, poslaju, duit minyak motor pergi hantar ke poslaju dan kos masa melayan prospek. Facebook Ads saya guna dekat RM30, Pos Laju RM 6, Minyak RM 2. Baki ada berapa je? Buat makan sehari dua, habis. Memang buat bisnes bukan boleh cepat kaya.
motivational quoteOrang yang memulakan perniagaan akan dipandang sebagai yang takde gaji tetap, takde jaminan kewangan, boleh rugi takde duit, boleh ke sara hidup anak orang (komitmen kahwin) dan lain-lain.

and you know what, I’m sick of those words. Kenapa perlu kita berfikiran negatif untuk maju? :lol:

Baca, Belajar dan Praktis

Terus terang saya katakan, saya buat bisnes kecil-kecilan macam jual powerbank, kamera SJ4000 dan apa saja (rakan-rakan Facebook saya tahu) memang margin untungnya kecil. sekitar RM10-30 satu produk tidak termasuk penghantaran, poslaju dan iklan. Tapi saya suka apa yang saya praktikkan.

Buat semua benda itu, melatih skill saya dalam perniagaan. Bukan mudah untuk menjual produk-produk yang marketnya hampir tepu tapi Alhamdulillah ada juga yang close deal dengan saya. Perniagaan bukan sekadar ambil barang bayar duit modal, jual dan tolak duit modal dari jualan dah kira untung. Perniagaan perlukan banyak skill yang saya sedar dari segi PR (public relation), belajar kenal market, pengiklanan, pengurusan dan lain-lain. Ilmu saya masih picisan dan sedang belajar.

Terima kasih kepada rakan-rakan realiti, facebook dan internet yang ohsem dalam berkongsi tips mereka. Satu benda yang saya suka adalah, baca tips mereka berjam-jam, stalk post lama sampai habis dasar digali, fahamkan ilmu mereka dan seterusnya apa lagi? PRAKTIS!

Dengan apa yang saya buat biarpun kecil marginnya, tapi seronok sebab dapat praktis ilmu tu dan saya tahu sama ada ilmu itu betul atau salah, cara saya betul atau salah. Ini cara saya belajar dan cepat faham. Untuk jangka masa panjang, of course saya mahu buat sesuatu yang besar bila tiba masanya. Itu kita kira chapter lain.

Buat Bisnes Bukan Boleh Cepat Kaya

Ya betul, saya sedar yang jika kita berbisnes dengan niat nak cepat kaya baik lupakan saja. It’s not easy! Ada orang pesan pada saya,

“kalau anda berhenti kerja dengan sebab tension kena maki hamun dengan bos kemudian anda buat bisnes dengan tujuan boleh jadi bos sendiri, hidup aman. Lupakan saja. Lebih baik sakit kena maki dengan bos daripada sakit berbisnes”.

Maksudnya, ramai yang sukakan short tem cash yang cepat daripada long term engagement. Perniagaan perlukan ILMU dan MASA. Masa untuk kita deliver nilai dan kelebihan, masa untuk orang tahu kewujudan kita dan duit akan datang selepas itu. Berapa lama masa itu saya tak tau kerana saya masih dalam proses content development dan sedang bersabar. Didoakan semoga hati ini tabah.

Kenal Diri Kenal Potensi

Benda ni kena cari sendiri, apa yang diri kita minat dan apa yang mendorong kita untuk buat ia dengan bersungguh-sungguh. Saya tak minat teori yang sembang banyak,tapi praktikal takde. Saya suka habiskan masa mencari dan belajar apa yang saya nak dan praktikkan.
motivational quote positive
Ceritanya dulu, saya suka programming sebab belajar engineering dan saya suka blogging. Saya habiskan masa 6 bulan pada tahun 2010 untuk belajar cara buat blog dengan WordPress dan bila dapat bina sebuah blog WordPress dengan tangan sendiri saya sangat puas hati. Begitu juga dengan fotografi. Bermula dengan ZERO pengetahuan tentang cara nak kawal DSLR saya pinjam DSLR kawan, pergi kelas, ikut orang shoot dan habiskan duit simpanan beli kamera pertama sedikit sebanyak ilmu itu bertambah dan perlu dicari lagi.

Orang yang dah pakar mungkin nampak benda saya buat tu senang tapi, dalam hati dan diri ni ada KEPUASAN yang tak terkata. Keyakinan diri pun boleh meningkat sebab dalam hati akan berkata,”oh! aku boleh buat juga benda ni macam dia”.

Anda boleh kenal diri anda sendiri, apa kelebihan yang ada itu perlu dicari.

Akhir sekali, apa yang saya sedar perniagaan boleh menjadikan kita kaya tapi bukan cepat kaya. Lain maksud dia tu. Banyak benda yang perlu saya belajar yang tidak terhad kepada duit saja. Percayalah, duit akan datang kemudian, ilmu perlu didahulukan, tujuan dan niat perlu dijelaskan.

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    betul tu. Berniaga bukan hari ni niaga, esok kaya raya terus.

    Banyak skills diperlukan untuk maju dalam perniagaan.

    Skill datang dari pengalaman dan juga ilmu.

    Yang penting tak berputus asa dan dare to fail.

    Semoga Izwan semakin berdaya maju :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam