Buat Roti Bakar Tanpa Toaster

Apa yang anda nak buat bila teringin nak makan roti bakar tapi toaster takde, tak mampu beli atau rosak? So jangan panik, beli je roti buku tu macam biasa, kaya dan gula secukup rasa. Sapukan kaya, letak gula sikit buat ada rasa dan lekatkan dua-dua permukaan. Potong roti macam segitiga bagi cantik sikit. So takde toaster kita guna apa?

cara buat roti bakar paling sedap

Kita guna la kuali dan dapur gas! Cuba fikir roti bakar tu dia guna apa? Elektrik dan haba. Bagaimana kita nak dapatkan haba? Dari dapur masak. Ambil kuali yang rata permukaannya, letak sedikit saja minyak dan panaskan kuali. Agak-agak dah panas tu letak la roti dan kawal supaya tak hangus. Roti siap dibakar dan buat teh O panas nak bagi lengkap. Fuh! makan panas-panas musim hujan ni memang best.

Melawan Arus Dari Kebiasaan Untuk Hasil Yang Sama

Apa benda yang kita buat tak semestinya kena ikut acuan yang orang lain buat. Mungkin orang akan cakap,

“takde toaster camane nak buat roti bakar. mustahil!”

“buat guna kuali dan dapur gas? kau ni gila ke apa?”

Kalau itulah yang dimaksudkan, kita tak faham lagi apa itu konsep asas nak lakukan sesuatu. Kan saya dah cakap, roti bakar perlukan haba untuk pemanasan, kita cari sumber haba tu nak gantikan toaster elektrik tadi.

Kalau besarkan lagi skop, dalam hidup ni bila kita buat sesuatu yang lain dari biasa orang akan pandang pelik. Sebab dia dah biasa dengan satu acuan hidup untuk jadi macam tu kena lalui ini itu dan ini. Walhal ada juga cara lain yang tak sama dari kebiasaan tapi hasilnya sama dan mungkin lebih baik. Yang penting, kita FAHAM apa yang kita nak buat dan apa PERANCANGAN untuk capai target kita.

Pengalaman guru terbaik kehidupan.

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam