Budak-budak mana tak suka duit raya. Saya pun dulu masa sekolah rendah kalau balik kampung memang akan ada pakcik-pakcik hulur sampul warna-warni kat poket. Malam je duk dalam bilik kira collection. Itu tak masuk ikut abah pergi baraan (marhaban) lagi tu pusing kampung. Memang seronok!
Itu normal,untuk kanak-kanak bergembira. Cuma apa yang terjadi sekarang ni bukannya tak boleh nak bagi duit raya cuma waktu tu tak sesuai. Sangat tak sesuailah.
Bayangkan baru lepas balik dari solat sunat aidilfitri, duduk kat kerusi tak panas punggung pun lagi dah dengar kat luar budak-budak bagi salam nak beraya. Ahh,why now? Kenalah beradap kalau nak berhari-raya di rumah orang,lebih-lebih lagi yang kita tak kenal. Hari raya pertama sepatutnya kita luang masa bersama keluarga,bermaaf-maafan,sarapan bersama dan ziarah saudara-mara.
Duit Raya Tradisi Ikhlas,Bukan Meminta
Pada saya takde salah mana pun nak kasi duit raya,itu perkara biasa. Tambah kemeriahan di Aidilfitri. Cuma nak beri dan terima biarlah ikhlas, niat bersedekah dan sebagainya. Bukan dengan cara terpaksa, meminta-minta tuan rumah duit raya kalau tak dapat duk mengata depan pintu rumah. Itu kurang adabnya. Tapi dah itu budaya di Malaysia, nak buat camana lagi?
Ibu Bapa Main Peranan, Menyatakan Konsep Hari Raya Kepada Anak-Anak
Dalam hal ni, saya rasa peranan ibubapa besar dalam mendidik hal-hal kecil sebegini. Anak-anak kecil hanya tahu bersuka-ria di hari raya. Jadi ibubapa perlu menerangkan adab-adab berziarah di hari raya. Waktunya bila sesuai, beri salam kepada tuan rumah, tidak meminta-minta duit raya dan yang penting niat.
Mungin ada yang amik remeh dengan berkata,“alah,biarlah diorang. Kecik lagi apa yang diorang paham”
Sepatutnya dari kecil lagi anak-anak ini dah diajar dengan perkara-perkara asas begini. Budak kecil lagi cepat fahamnya,mereka banyak bertanya dan kita harus bijak menerangkannya.
Apapun,tak salah kasi duit raya cuma ia perlulah sesuai dengan waktunya.
p/s: dah nak final year pun masih dapat duit raya,cecah RM100++ juga. Rekod! Mungkin sebab masih ada title ‘student’.

aku mintak kat syarikat-syarikat ajelah gayanya..
kalau dah keje ada bonus maaa..
untung la bro titan ada syarikat yang nak bagi duit raya.huhu
Betul tue.. parents mainkan peranan. Tak boleh nak salahkan bebudak tu 100%.
Diorang kena dilatih dan diajar supaya budaya aidilfitri tue tak disala anggap.
It’s a good culture what,,,
Budak-budak sekarang jarang singgah makan kuih raya tetapi hanya mahu duit raya jer.