Cinta Itu Punya Matlamat

cinta dan perhubungan

Selesai solat maghrib, termenung aku melihat papan kekunci laptop ni. Melawat GengBlogger hari ni, cerita-cerita tentang Valentine memenuhi ruangan Popular Post. Bagus juga dengan kesedaran yang timbul dalam kalangan blogger sekarang, diolah dengan pelbagai cara supaya kita sebagai umat Islam tak begitu teruja dengan sambutan Valentine serta lain-lain seperti Sambutan Tahun Baru. Cinta barat yang dirai ketika Valentine, apa matlamatnya ?

Terbaca entri Sejarah Valentine’s & Hukum Menyambutnya di blog Kesatuan Pelajar Islam Johor, Valentine’s hanya satu ruang untuk memenuhi fitrah manusia tapi bukan dengan caranya. Teringat dulu lecturer aku kat matrik yang ajar subjek Religion In Malaysia ( Mdm. Saodah ), dia cakap manusia ni akan buat apa saja cara yang pelik untuk memenuhi fitrahnya dalam anutan yang dia percaya. Semua mahukan kebaikan, harmoni dan cinta cuma caranya saja tidak kena pada fitrah Ilahi. Ramai juga yang mempersoal, jika kekasih yang kita cinta itu wajar dihargai kenapa perlu ada hari tertentu saja seperti Valentine ?

Aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang cinta ni dan memang takde pengalaman sangat lah benda macam ni, duk dengar orang cerita je. Sejak masuk ke UIA pada 2007, macam-macam aku dengar pasal cinta & perkahwinan dalam islam. Dulu masa sekolah takde la tahu sangat pasal cinta dalam Islam dan sebagainya, yang aku tahu dulu cinta lepas tu couple dan kahwin. Tapi lama-lama aku fikir syok time bercinta je,lepas kahwin jadi camane ? Apa yang aku fikirkan tu terhenti di persoalan tersebut. Aku biarkan saja persoalan tu tak terjawab.

Cinta Bermatlamatkan Perkahwinan & Tanggungjawab

ciri-ciri keluarga islamik

Perkahwinan satu tuntutan dalam agama. Ia fitrah setiap ciptaan Ilahi yang hidup berpasangan. Dari aku kat matrik sampai kat Gombak ni, ramai juga rakan-rakan yang bercerita tentang cinta dalam islam. Itu ini begitu dan begini. Ringkasnya ia punya matlamat untuk membina keluarga yang mana keluarga itu nanti akan menyumbang sesuatu pada umat Islam. Kahwin bukan perkara mudah, bercinta seronok tapi bila akad nikah dimetrai tanggungjawabnya perlu diambil kira. Persefahaman,tolak ansur dan segalanya perlu datang bersama-sama dan seiringan. Lelaki dari segi ilmunya,satu hal juga. Aku pernah ditanya,”kalau ko jadi imam dalam keluarga nanti takkan hari-hari solat maghrib nak baca surah lazim je ?”.

Matlamat dalam cinta, penting juga. Kalau tidak ia umpama belayar tanpa hala tuju. Nak ke sana kemari ikut suka berhenti dimana. Kalau tidak kena perhentiannya, apa akan jadi pada masa depan ? Apa matlamat cinta dan perkahwinan itu, sama-sama kita renungkan sendiri. Apapun, secara praktikalnya perkahwinan tak semudah teori yang ditulis. Jauh beza. Hidup ni tak macam teori buku kejuruteraan yang mesti mematuhi hukum ilmu sains. Hidup adalah praktikal, dalam praktikal tu macam-macam boleh terjadi. Kalau buat eksperimen dipanggil ralat. Peh,semua ko nak bantai engineering wan.. Pe cite ? Hahaha.. :[

Oh,cukup dah coret-coret aku kali ni. Apa yang aku tulis hanyalah dari apa yang terlintas di fikiran aku sekarang.Kalau ada pendapat yang lain untuk dikongsi, boleh la korang kongsi kan sekali. Lepas ni, ada meeting MRC plak. Nak buat banner untuk esok. Last minute preparation kan.. Hehe.. Apa ada dengan esok ?

15 Febuari 2011 : Sambutan Maulidurrasul 1432H peringkat UIAM.

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. kaizen says:

    cinta memang punya matlamat…

    tapi tak semua orang boleh setia dengan cinta… aku dikecewakan dua kali…

    dan matlamat cinta aku selepas ini ialah… cintaku hanya kepada isteriku…

    • Izwan says:

      yup..lelaki kecewa dengan cinta tak nampak.. bese diam je.. pmpuan ye ketara reaksinya bila kecewa… dah kawen nanti fokus betol2.. hehe.. 8)

  2. cinta oh cinta
    feeling aku sekarang bro
    rindunya.. :) :)

  3. Fariq says:

    maaf bro.. tak pernah bercinta.. target market tak jumpa lagi.. kehkeh.. tunggu ade kerja tetap baru pikir pasal cinta.. then nikah terus.. wink2

  4. cinta? hurm….
    apa itu cinta sebenarnya?

    • Izwan says:

      definisakannya dari perspektif art @ yang mane sesuai ?..

      • xtau la cinta nie apa..
        tp lumrah manusia suka dihargai,dibelai mcm kucing.. suka berteman, suka 100% people on her or him

        atau bak kata seorang blogger nie;
        “cinta ibarat hantu.. hanya org yg terpilih menjumpainya”

        atau bak kata orng yg couple ;cinta itu tido xlena,mandi tak basah, makan tak kenyang~

        atau saya kata: cinta tu subjektif..its up to us.. but all of us believe theres love~

        bak kata izwan;
        cinta tu buta dia tak nampak tapi dia boleh rasa~~

  5. azizan4444 says:

    ramai yang bercerita tentang valentine’s day tu.kalau masih ada yang buat juga tak xtahu la nak cakap pe kan..

    psl cinta ni, cinta pada seseorang atau bahasa lebih menarik kekasih ni aku belum merasai..kalau cinta lain sudah ada..hehe..mmg setiap perkara yang kita lakukan dlm hidup kita ni ada matlamatnya tersendiri termasuklah cinta.yang pasti kita perlu capai matlamat tu dengan cara yang betul..

    • Izwan says:

      moga ada sedikit kesedaran dari crite valentine’s tu sume.. yup, matlamat tu perlu.. cuma kadang2 jelas tak jelas je..

  6. Ezany-Kun says:

    cinta boleh membuat seseorang tu jadi gila.. :D

  7. faaizz says:

    patutlah status fb berbaur jiwa,
    sudah punya matlamat rupanya. . ;P

  8. Ed Kousuke says:

    wah menarik post ni.. cinta oh cinta.. dtg la padaku.. haha

  9. decrewz says:

    Cinta yang palimg hakiki ialah cinta pada Allah…

  10. Ali ridha says:

    cinta tu setiap pun ada.ia bukan datang
    pada hari tertentu baru boleh kasih-sayang.

  11. Amry says:

    sangat best entry ni bro….entry yang membuatkan aku terpikir seketika… :)
    aku tak pandai uas bab ni, tapi kaau cinta berlandaskan nafsu, habis lah….
    aduh. susahnya nak terjemah perkataan CINTA ni. hehe

  12. Zik says:

    bila cinta ini.. (lagu lagenda budak setan, tiba2 lak).. cinta kepada Allah matlamatnya adalah untuk kita ingat kepada penciptanya..

Trackbacks

  1. [...] mesti diri tak tenang dan motivasi menurun. Contoh macam tak dapat jawab exam, kena marah mahupun putus cinta. Putus cinta? Wow!. Ok, 6 perkara ini tip ringkas yang mungkin terbaik bagi aku dan mungkin terbaik [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam