Cita-cita, Kerjaya dan Persepsi

Dah dekat 2 bulan saya tamat pembelajaran kat UIAM. Surat ke majlis konvokesyen pun dah dapat. 18 November 2013 nanti majlis konvokesyen untuk graduan fakulti kejuruteraan, yang nak datang boleh bawak bunga ke coklat ke. Hehe. Banyak yang bermain difikiran sekarang lagi-lagi bila saya pilih jalan bukan sebagai seorang jurutera.

jalan hidup berbeza

Different path by NaraSaud of Deviantart


Dulu Cita-Cita Nak Jadi Apa?

Saya tak pernah terlintas langsung apa saya buat sekarang lain dari apa yang saya impikan satu masa dulu. Minat dalam bahagian sains dan matematik, saya bercita-cita kearah seorang saintis atau perekacipta. Tapi saya juga minat dalam fotografi sampai sanggup jual ASB nak beli DSLR pertama. Bermula awal tahun ni saya serius untuk memulakan bisnes sendiri dalam bidang fotografi. Tak tau la camane boleh tukar bidang tapi saya ada matlamat sendiri dalam fotografi dan perjalanannya agak jauh.

Tak Rugi Ke Buat Degree Engineering 6 Tahun Tak Jadi Engineer?

Tak. Tahun 2006 zaman SPM saya ada impian “aku nak dapatkan degree in mechatronics engineering dari UIAM,jadi aku perlu masuk pusat asasi UIAM”. Alhamdulillah selepas 6 tahun saya berjaya capai impian saya dengan taraf akademik sekarang. Mungkin tak setinggi PhD tapi buat masa ni saya puas dengan impian tercapai dan mahu lebih jauh lagi. Dalam engineering kita belajar juga aspek ekonomi,pengurusan,teknikal dan ia sebagai added value untuk saya ceburi bidang lain. Kelebihan ijazah sarjana muda kejuruteraan membolehkan saya masuk ke mana-mana bidang sebab saya pernah cerita nak ambil MBA.

Kerja Dulu Jadi Engineer Kumpul Modal Lepas Tu Baru Bisnes

Terima kasih kepada yang memberikan cadangan ni terutama rakan-rakan dan kenalan keluarga. Dulu saya punya mindset macam ni. “Kerja dulu la 10 tahun baru bisnes kaw-kaw”. Tapi awal 2013 mindset saya berubah. Bila saya lihat ada mereka yang berumur lebih muda dari saya sudah stabil dalam bisnes dan bila saya start serius dalam bisnes saya nampak ia perlukan lebih masa untuk kita berada dalam industri. Kalau saya start lagi 10 tahun waktu tu mungkin dah berkeluarga,ada isteri dan anak-anak jadi komitmen lebih besar. Kenapa tidak saya mulakan diusia sekarang ketika masih bujang bina jenama betul-betul sebab kalau dah kahwin malam-malam pun sibuk kerja bising wife nanti. :lol:

*menarik nafas panjang sekejap

Banyak lagi yang bermain difikiran. Saya pernah dikritik oleh orang-orang sekeliling yang tidak yakin dengan apa yang saya lakukan sekarang tapi lepas explain ada yang faham la. Yang lain-lain tu buat tak hirau je sebab saya suka kerja ni. Saya sedar yang skill dalam bisnes secara serius dan professional perlu dicari sebanyak yang boleh. Bacaan tentang cara bisnes yang betul, join group bisnes yang betul (bukan MLM) dan praktikkan ilmu yang dipelajari. Semalam saya baru lepas sertai sesi perkongsian santai Ainon Business School (ABS) chapter Wilayah Iskandar dan memang berbaloi walaupun itu sesi rewind. Bulan depan saya target nak sertai bengkel Business in Photography oleh Iskandar Ibrahim.

selesai bincang dan fahamkan apa itu Business Model Canvas

kursus atau sesi perbincangan BMC yang menyeronokkan!

Sebulan atau dua bulan saya boleh pergi satu kursus saja sebab nak bayar mahal. Jadi adalah kerja-kerja lain kat rumah saya buat untuk cari duit ke kursus semua tu dan memang saya elak dari guna duit deposit client photography atas sebab-sebab financial security.

Orang mungkin nampak saya sibuk buat itu buat ini, ke sana dan ke sini padahal client tak ramai pun dan sales sikit je. Memang, saya buat macam-macam cara tahun ni tapi bukan nak target sales terdekat sebab KPI saya adalah 2015. Persiapan yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menghadapi tahun 2014 dan seterusnya. The whole year of 2014 will be my freshie year. 2014 juga ada satu lagi plan kerjasama dengan sebuah syarikat fotografi di Kuala Lumpur insyaAllah kalau jadi baru saya hebahkan. Plan ni kita simpan dulu dari umum. Hehehe.

Kerja sendiri ke kerja makan gaji ke ada pro dan kontra. Saya tak berpendapat yang bisnes sendiri lebih baik dari yang makan gaji dan sebaliknya. Masing-masing ada cara dan pendapat untuk memulakan kehiduan sebenar yang penting kita cari sumber rezeki halal. Rakan-rakan saya juga telah ramai yang bekerja sebagai jurutera di lembah klang dan sekitar dan boleh dikatakan graduan UIAM mendapat pasaran kerja kurang dari 6 bulan.

Saya? tetap dengan pendirian untuk menjalankan perniagaan sendiri, buat kerja yang saya enjoy, minat dan cari ruang belajar cara yang betul. Yakin 9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan tetapi perlu betul caranya. Mungkin cerita blog ni akan bertukar dari kisah blogging, campus life, final year project, engineering student dan sekarang ke arah memulakan perniagaan fotografi. Yelah zaman undergraduate pun dah habis, haaa sedihnya.

Kepada pembaca setia, terima kasih atas sokongan anda! Kalau ada ruang untuk memantapkan ilmu bisnes, geran dan sebagainya boleh kongsi di ruangan komen untuk hebahan bersama. Sape-sape tak apply lagi geran GMBO baik buat cepat nak habis tahun 2013 ni. :-)

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    betul nak bertapak dalam dunia bisnes perlukan masa. ada seorang junior saya, ambil course aircraft maintenance, tapi lepas grad, buka kedai jahit tudung. mula2 dengar, cam pelik gak… tapi sekarang dia dah berjaya… buat rekaan tudung sendiri, ada kilang tudung sendiri dan siap boleh jual borong lagi… apa pun semoga berjaya didalam bidang yang diceburi..

  2. says

    insyaAllah pasti berjaya bila ada perancangan dan sasaran yang rapi.. pelaburan menuntut ILMU adalah yang paling berharga berbanding pelaburan lain.. semoga berjaya… :)

  3. says

    Tahniah..semoga berjaya..

    Kalau di reverse masa balik saya nak belajar sampai peringkat paling tinggi, kelulusan sya setakat degree sahaja lepas sya stop belajar..skrg ni pun lain yg belajar lain yg saya buat..totally out from circle..

    Bisnes bukan mudah, mental & body kena kuat. Tapi jika ada usaha dan minat InsyaAllah yang kecil boleh jadi besar..rezeki ada dimana-mana kan ;)

    • says

      biasa je jadi kan belajar lain,tapi buat kerja lain. minat la kot mendorong kearah begitu. semua kerja tak mudah. terima kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam