Bertolak, Tiket Bas dan Masa Perjalanan

tiket bas cuti perayaan

Selama dekat 4 tahun aku duduk kat Selangor ni, setiap kali balik cuti perayaan atau apa-apa cuti umum di Malaysia, tak pernah lagi aku sampai lewat ke stesen bas. Paling lambat pun setengah jam sebelum bertolak, kalau beli tiket on the spot tu lain ceritanya. Tapi hari ni, aku punya tiket bas bertolak jam 12 tengahari tetapi 5 minit sebelum jam 12 tengahari tadi, aku masih dalam Star LRT. Apa cerita ni ?

Aku keluar dari UIA agak awal hari ni, jam 10.15 pagi. Kira dah timing baik la kan nak sampai Bukit Jalil sebelum jam 12. Tapi masa banyak habis semasa tunggu bas RapidKL T231 lalu depan kolej kediaman aku nak ke Stesen LRT Putra. Dekat pukul 11 baru aku sampai kat Putra LRT. Okey, ada lagi sejam tapi debar dah ni. Kawan aku cakap,” bas ni tak tunggu banyak plak lalu, time ditunggu satu pun tak de”. Selalu macam tu kan ?

sistem LRT di Malaysia

Nak ke Bukit Jalil dari Gombak ni kena ke stesen LRT Masjid Jamek dulu, lepas tu beli tiket STAR LRT ke Bukit Jalil. Sepanjang aku dalam LRT, mata melilau tengok papan tanda bilangan stesen kat atas LRT dengan menjeling jam kat tangan. Sibuk sungguh kira masa dengan bilangan stesen sebelum sampai kat Bukit Jalil. Oh ya ! berhadapan papan tanda tu ada sorang wanita, aku tengok papan tanda bukan tengok dia, tapi dia asyik jeling-jeling plak. Eh, saya tengok belakang ye kak bukan tengok awak. Hahaha..

Tiba di Bukit Jalil aku berjalan kaki dengan cepat ke platform 12 nak cari bas. Entah sapa-sapa aku langgar dengan beg ni, maaf la ya. Mujur ada classmate aku bagitau bas pukul 12 ni belum gerak lagi jadi sempat la aku naik bas tu. Kebetulan, dia ada kat sana sebab hantar ‘orang rumah’ balik naik bas. Dia ngan ‘orang rumah’ dia pun classmate aku gak sebenarnya.. Hehehe.. Jam 12.15 tengahari, akhirnya roda bas berputar meninggalkan Terminal Bukit Jalil. Kenapa lewat sangat ! Penat aku berkejar-kejaran. Dah la aku tak sarapan lagi, nak beli makanan kat stesen bas takut tak sempat. Huh, akhirnya lapar sorang-sorang dalam bas nak ke Air Hitam, Johor…

*cuti pertengahan semester selama seminggu, dah 2 bulan tak balik rumah. Mahu makan Asam Pedas dengan puas, tunggu keropok ikan Terengganu 3hb Ferbuari nanti dan.. semua lecturer pakat kasi assignment banyak-banyak.. Okey.. :o:

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

    • says

      bukan tnggu sy..tunggu ape benda ntah..sampai 15 minit.. nak turun beli roti karang dia jalan plak..tahan je la lapo.. bukak movie.. :((

  1. says

    lama tu suri tak naik bas heee.. dulu masa anak dara kje kl dllu hujug bulan naik bas..skrg dah dok ipoh naik bas2 bse je hiii..

    smoga slmt pergi dan pulang dgn slmt lalalaa..

    masakan mak ..kluga sdik brdik mmg sedpkan dri kat kedai makan hiii

    • says

      yup..thanks.. moga selamat juga.. cuti raya cina kan skrg ni ?
      memang sedap..free plak tu..makan cafe tambah nasi kena tambah duit.. hihi

  2. says

    eh..stesen bus tak tukar2 dekat tbs lagi ek?
    setuju!kalo ditunggu bas tu memang buat sakit hati je…tak sampai2
    bas gunung lambak yg nak g bandar kluang ni pon sama je

    • says

      mesti r anak mak dan ayah aku.. haha
      seminggu ni macam2 kerja weh.. tak serupa cuti.. lecturer kasi ‘bekal’ kaw2 punya..

    • says

      kalau tertinggal bukan nanges sebab tertinggal bas.. nanges sebab kena kuarkan duit RM31 lagi sekali.. RM31 buat makan steamboat, kenyang woo.. haha

    • says

      pulak..aku tanya kaunter naik kat ne,still kat bukit jalil..sabtu ni aku balik bas terus g TBS tapi senang lagi turun bukit jalil..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam