Dah 4 Bulan, Bukan Senang Nak Cari Tempat Praktikal

EIT supporting letter IIUMSaya dah memulakan gerak kerja memohon tempat praktikal sejak bulan 12 tahun lepas lagi. Masa tu tak tahu yang pengambilan bermula bulan Mac dan April tapi dah deparment bagi briefing dan prosedur segala,kami proceed je lah.

Semester pendek nanti bagi pelajar tahun 3 diwajibkan menjalani latihan industri (LI) dengan kapasiti 4 jam kredit. Kira ni salah satu syarat untuk graduate selain daripada melengkapkan Final Year Project (FYP) tahun ke 4 nanti. Ideanya LI dibuat sebelum kami memasuki tahun akhir adalah untuk mendapatkan gambaran bagaimana industri kejuruteraan beroperasi dan boleh dapat idea untuk FYP nanti. Fuh! It’s gonna be a tough life soon. :)

Nak dijadikan cerita dah berbulan-bulan saya menanti permohonan,update dan terus menghantar permohonan untuk melakukan LI di merata-rata syarikat kejuruteraan dalam Malaysia. Kat luar negara je tak mohon lagi, kalau dapat pergi Jepun lama dah setuju. Hahaha. Macam-macam bermain difikiran kenapa susah sangat nak dapat tempat. Takde kriteria sebenarnya yang menjamin seseorang tu senang atau susah dapat tempat LI ni kalau tengok member-member yang dah dapat. Belum ada rezeki lagi kot.

Antara soalan-soalan cliche yang saya benci nak jawab adalah..
“kau dah dapat tempat praktikal?”
“kau mohon kat mana?”
“kau pilih tempat yang gempak sangat kot”

Benci nak jawab sebab saya tak dapat lagi tempat praktikal, mohon tu merata-rata dah sampai tak ingat kat mana dan memang tak memilih tapi tak memilih pun perlulah logik lagi-lagi kalau melibatkan elaun. Fuh serius penat nak jawab soalan macam kat atas ni.

Demand Sangat Ke Nak Elaun? Pengalaman Tak Cukup?

Dalam perancangan saya perlu menimbangkan soal elaun ni sebab :
1. Jarak tempat LI dengan rumah sewa (kos minyak), makan, kos rumah sewa dan lain-lain keperluan asas.
2. Perlu mengambil kira perbelanjaan bulanan dan memikirkan berapa jumlah elaun boleh tampung + simpanan.
3. Takkan nak habiskan simpanan yang tak seberapa semata-mata untuk LI.

Tapi,satu jawapan pun saya belum dapat lagi macamana nak tahu demand ke tak kat jumlah elaun. Reply letter hari-hari check website pun takde lagi. Hahaha.

Dalam batch kami (mechatronics) ada lebih kurang 150 orang yang akan menjalani LI semester pendek nanti. Sebenarnya masih ramai lagi yang tak dapat tempat LI dan masih berusaha mencari alamat,nombor telefon pegawai berkenaan dan apa-apa usaha yang dirasakan perlu. Tipulah kalau tak rasa sedikit give-up atau penat mencari tempat tapi life must go on. Mesti ada punya kat mana-mana tempat tu,kena terus cari jangan putus asa. Pesan lecturer kami merangkap penyelaras program LI mekatronik. :)

Panggilan Temuduga Di Hari Bekerja

Kelmarin dalam lab Control System saya dapat satu sms untuk semak email. Alhamdulillah dapat satu panggilan temuduga di Johor pada hari Khamis depan. Takde feel apa-apa pun,baru panggilan temuduga. Tapi agak kelakar rasanya sebab permohonan ni melalui JobStreet je,upload resume lepas tu letak cover letter sikit. Ia memang hari yang bakal memenatkan sebab rancangnya Rabu malam balik rumah, Khamis tengahari gerak ke Skudai petang habis sesi balik rumah dan tengah malam balik KL semula. Hari Jumaat ada presentation so kena balik malam tu juga,kalau tak saya buat ‘study week’ awal dah. Haha. Disebabkan satu ni je yang respon setakat ni,redah jelah bukan selalu. Khamis depan takde quiz atau submission rasanya,boleh la langgar je. :lol:

jari jemari kehidupan

picture - http://saturninus.deviantart.com/

Sepanjang 4 bulan terus mencari tempat praktikal ni macam-macam konklusi dalam fikiran saya,terlalu banyak dan semua persoalan berpusing-pusing depan mata. Entah,setakat ini buat dulu apa yang perlu dan latihan industri ni sesuatu yang penting dalam hidup saya adalah sebabnya kenapa. Sepanjang 4 bulan ni juga,saya buat satu konklusi “mahu berada dalam industri kejuruteraan sampai umur 30++ sahaja” ..

…kalau anda ada tempat yang memerlukan pelajar berlatarbelakang mekatronik,elektronik,elektromekanikal,mekanikal bolehlah kita berhubung ye… :)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Best part:

    “mahu berada dalam industri kejuruteraan sampai umur 30++ sahaja”

    Aku pun rasa macam tu. Kerja dulu, bina kewangan + contact list. Bila dah ramai kawan, masuk business. Ayah aku dulu pun camtu. Haha.

  2. aku pon baru je dapat tempat praktikal kat Ampang company network dan sesuai dengan bidang aku. sebelum ni punya la susah nak dapat dan banyak resume aku hantar takde respon. ape pun usaha lagi bro. sikit je lagi nak jmpe tempat praktikal tu. jangan putus asa lg.

    • ampang,dekat lah kalau dengan tempat aku. start bila? aku ada masa sebulan lagi sebelum tarikh praktikal. aku start 13 Jun sampai 5 September.. masih lagi terus manghantar dan update sekarang ni..

      • aku start 18 june sampai awal september. semua sekali 12 minggu, sama mcm ko jugak kot. takpe teruskan menghantar. insyaAllah nanti ade la dapat tempat LI tu.

  3. aku dulu praktikal kat penjom gold mine. lombong emas terbesar kat malaysia. elaun dekat 1k. tapi bukan praktikal dah tu..itu dah tahap bekerja dahh..maklumlah..elaun aku dah potong pekerja lombong kat sana..

    apapun, belajar elok2 masa praktikal. banyak benda baru yang jarang jumpa. masa ni la belajar betul-betul..

    • peh,banyak tu elaun dekat 1K. yup,banyak benda baru dan mesti ramai juga manusia yang pelbagai ragam nak hadap. real world

  4. Perghh.. Dah mcm running man dr johor ke kl, dr kl ke johor…huhuhu.. All the best!

  5. Nampak sesuatu perlu dilakukan. Sebenarnya tidak rugi siswazah untuk latihan industri berpeluang merasai pengalaman sebenar pekerjaan sebenar.

    Macam majikan saya pun susah hendak mengambil siswazah latihan industri walaupun saya sering bangkit hal ini. Kalau ambil, elaun pun tidak beri. Majikan di Malaysia(segelintir mengambil dasar tutup pintu) perlu tukar mind set untuk tanggungjawab sosial. Jangan hanya hendak buat aktiviti yang hendak naik imej koperat dan glamour sahaja.

    • tanggungjawab sosial dengan keuntungan syarikat mana lagi menjadi pilihan oleh mereka-mereka yang basic economy. mesti keuntungan,pengeluaran. minded engineering dan economy beza dalam hal management company. lagi tak best bila ada kes minoriti yang gunakan pelajar praktikal untuk buat kerja office boy.

  6. gud luck bro.. moga dpt tempat pratikal yg terbaik…

    cam kenal je kuliyah engineering tu.. hehe

  7. cari orang dalam, hahaha link mesti mau kuat, hahaha

    anywho, gud luck bro, aku pun practical jugak shortsem nih, haha

  8. Nak cari tempat praktikal agak sukar. Nak kena banyak bertanya. Tersilap pilih tempat nanti waktu praktikal tak belajar apa-apa.

    Pernah dengar ada pelajar yang datang kerja waktu praktikal, cari port untuk tidur…

    • pernah dengar kes macam tu. jadi office boy je masa praktikal. ikut pada kredibiliti company juga rasanya. kalau pelajar sendiri yang tidur waktu praktikal itu dah makan elaun buta. haha

  9. Moga2 ko dapat tempat praktikal melalui entri ini.
    Insya-Allah, ada saja yang akan ambil ko praktikal nanti.

  10. yap. ini real world yang sebenar. Alam pekerjaan tak semanis seperti yang kita inginkan ketika waktu belajar. Masa nilah kita akan tertonjolkan tahap kematangan. Cara nak handle pekerja lagi tua..cara nak memujuk..cara nak ambil hati..dan memacam lagi. Kerja dengan swasta..apa yang mereka mahu adalah result yang cemerlang.

    Aku kena marah dengan orang putih first time masa praktikal ni la. Terkojot gak dibuatnya. haha..

    • yes! setuju. sedikit sebanyak pengalaman dalam persatuan yang ada ni boleh apply masa waktu praktikal. nak deal dengan orang,handle orang yang perangai macam-macam. real world is cruel. haha

  11. 4 bulan? lama gila bro..anyway semoga dapat tempat LI sepertimana yang diinginkan..update nanti ye?hehe

  12. ooooooooooo..syukurlah dah dapat tempat. bersusah susah dulu, untuk dapatkan hasil dikemudian hari…moga dipermudahkan segalanya

    • amin. memang susah nak dapat tempat ni. baru praktikal,belum graduate lagi kalau nak masuk industri kena work hard juga.

  13. looking for trainee…
    pls email your resume to hr.alltec@gmail.com
    location: bukit indah, ampang. asap

    from: kak eni

  14. I found a great new e-book that answered alot of my questions on this subject. Very easy to read and worth the time to download it! There is also a great mini-ecourse that gave me a few ideas I never thought of before!

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam