Kelmarin kami buat satu sesi photoshoot. Untuk batch kitorang je la,organise sendiri-sendiri je bukan bawah students society. Ini gerakan bawah tanah! Underground! Hahaha. Tak ramai yang hadir, organiser buat pengumuman tukar masa last minute. Tapi kira okeylah ada kenangan sebelum menamatkan zaman ‘undergraduate’. Masa ni lah rasa kejap je masa berlalu, dah nak habis belajar dah rupanya.

Kami dah habiskan masa 6 tahun sejak asasi sampai degree kat sini. Eh kejap! belum habis lagi, bakal menghabiskan 6 tahun keseluruhan. Member-member satu sekolah ramai dah graduate tahun lepas dan dah ada kerjaya pun. Kami lambat sebab asasi 2 tahun. Tapi takdelah rugi mana sebab banyak masa kat sini macam-macam boleh buat. Ada orang kata rugi, biarlah apa orang nak kata.
Gambar kat atas ni classmate sejak tahun ke dua, masa tu baru mula masuk majoring. Macam-macam ragam la dah kenal 3 tahun ni. Setiap seorang mereka ni ada bidang masing-masing dalam study ke dalam life ke itu normal kot. Zaman undergraduate ni rasanya zaman paling happening selepas sekolah menengah. Kalau buat masters pun tak sama feeling macam ni. Mungkin sebab waktu ni umur baru nak up nak buat macam-macam.
Apa plan lepas ni? Mungkin ada yang sambung belajar, mengembara, jadi pensyarah, bina kerjaya, kahwin dan lain-lain. Saya suka nak tahu setahun lepas tarikh gambar ni kalau jumpa lagi agak-agak masing-masing sebagai apa dah waktu tu?
Perancangan saya lepas ni? Itu tak perlu cerita dulu. Kalau blog ni ada lagi,anda akan tahu.
Kepada classmates, Good Luck & Terima Kasih semoga jumpa lagi lepas grad nanti! ![]()
hang yang mana satu haa??
save gambar ni nanti kita jumpa depan2 tau la yang mana satu.
Masih lagi gaya skema. Gambar free style tak ada? Budak Engineering memang gaya begitu kot.
ada kat website photo. kat sini upload satu je.
Ambe setuju tu. Time2 studylah time paling best!
Gmbr2 camni elok bro simpan. Sila tgk balik lepas 3-4 tahun..serius nostalgia rasanya nanti
mesti disimpan dan diprint siap2.
nanti saat ini lah akan paling dirindui…
waktu belajar adalah paling best sekali..
masuk alam pekerjaan. stress..
ke nak jadi fulltime blogger? he he
DT nak jadi full time blogger ke?
saya nak pilih kerjaya dengan bidang belajar dulu. cari kerja kukuh dengan financial income tetap. buat modal utk apa2.
selamat menempuh dunia yang lebih penuh pancaroba..
pancaroba tu. haha. betul2.
zaman sekolah, matrik n undergrad adalah yg terbaik. bila dah masuk master/phd, ko akan lebih stress. mcm kerjalah..ada fix time, ada cuti tahunan. itupun kalau nk smbunglah kan.hehe
masa praktikal pun dah dapat rasa stress bekerja. hahaha. time tu kena mindset seronok la dengan kerja yang kita buat. environment lagi..
sudah cukup lama juga ya,,,semoga semakin sukses!!