Diskspace Limit,Defacement,Blogging dan Photography

canon EOS sling bagSebelum nak tulis panjang-panjang,saya nak bagitau yang saya sangat rindu untuk update blog setelah ditinggalkan lebih 2 minggu! Walaupun blog ni biasa je tapi kelainan tu memang terasa bila kita update atau tak update blog ni. So,entri terakhir bila tu? 11 April 2012.

2 hingga 3 entri terakhir saya memang berfokus pasal SEO sikit. To be frank, ni lah cara nak maintain visitor bila kita tau kita tak dapat nak update blog kerap sangat. Hehehe. Tapi bab tsunami tu,selain SEO ia jelas mesej yang nak saya sampaikan memang berkenaan informasi dunia internet. Biasalah berita gempak semua orang nak buat entri cepat,boleh boost up trafik. Blog ni saya tak fokus entri SEO sangat,lagipun tak sesuai. Okey jom! cerita pertama.

Bermula dengan Diskspace Limit.

Satu kelemahan WordPress self-hosting macam ni lah,bila diskspace atau bandwidth dah habis memang kita tak boleh buat apa-apa kat blog. Nak update,upload gambar,upgrade versi WordPress semua tak boleh. Harddisk dah penuh. Sejak last entri lepas,saya ada 3 midterm exam berderet. Tak jengah dah blog ni,duk biar gitu je.

Sampailah satu hari tu baru perasan limit yang diset ke infiniti semasa diserang virus bertukar balik ke pakej asal 1Gb. Ingatkan dapat pakej infiniti diskspace sampai habis. :lol:

Sejak dari limit tu kapasiti hosting saya 3.4Gb per 1Gb. Terlebih 2.4Gb. Tadi petang godeh-godeh fail hosting ni,dah detect kat mana fail yang makan space yang besar. Fail tersebut dah dipindahkan dan sekarang baru boleh update macam biasa! Fuh mujur,kalau tak dah hampir nak beli hosting lain dah tadi. Bukan setakat hampir beli hosting baru,siap plan nak delete blog ni start balik semula.

Defacement File Injected.

Hasil daripada penjelajahan saya ke setiap fail di Cpanel,jumpa satu fail bernama melaka.htm. Download dan buka fail itu,rupanya ia cubaan untuk deface blog ini ataupun dengan kata lain ‘hack’. Tapi memang dah kena pun,kalau tak macamana fail tu boleh diletakkan dalam root WordPress saya. 2 daripada 3 blog saya ada fail Melaka tersebut. Dah delete dah pun.

defacement blog index pageIsu ni memang dah dijangka sebab kebelakangan ni Seal Server sering diserang virus dan digodam. 2-3 orang rakan yang guna hosting Seal Server pun kena sebab pakai shared-hosting kalau satu blog kena hack blog lain pun berhadapan risiko sama. Minggu lepas Seal Server dah upgrade sistem mereka,harapnya kejadian ni tak berulang.

By the way,there is no fully secured system in internet network.

Mode Blogging Memang Terganggu.

Bila tak dapat update blog memang bosan sangat,ditambah bila hari kemalasan study datang. Macam hari ni,ye hari ni.
Terasa rugi pun ada sebab dah bayar hosting tapi tak boleh buat apa-apa walaupun hosting telah ditaja :D . Dan lagi satu saya tengah develop satu photoblog untuk letak gambar-gambar yang saya rakam dengan Canon EOS 600D. Diskspace limit tu menggangu proses nak bangunkan photoblog dan lepas ni boleh la sambung balik. Yes!

Photography,Honeymoon Kat Cameron Highlands.

Istilah honeymoon orang baru kahwin je ke boleh pakai? Saya nak bercuti ke Cameroon Highlands esok,so boleh juga la guna istilah honeymoon. Tempat tu kan sejuk,romantik plak tu. :lol:

Okey,sem ni kalau saya ada cerita saya ambil kelas skill co-cu fotografi. Tugasan final kami,kena outing ke satu tempat dan majoriti kelas kitorang pilih Cameroon Highlands sebagai destinasi utama. Bagus la korang,bukan senang ke Cameron percuma naik bas UIA.

Patutnya program ni berjalan minggu lepas tapi disebabkan bas UIA dah habis stok ia ditangguhkan ke minggu ini. Jam 2 pagi, 29 April nanti kami akan bertolak ke Cameron. Itu yang sedia jaket siap-siap. Plan nak shoot sunrise di sana dan tak tau bagaimana keadaan pagi di Cameron sebab tak pernah pergi. Harap doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang.

So,dah habis dah nak cerita rasanya. Nak keluar makan dan bersiap apa yang patut sebelum jam 1.30 pagi. Blogsphere sekarang meriah je, ada contest SEO lelaki kacak dan Digi WWOWW award. Saya tengok abang EqbalZack betul-betul plan strategi promosi. Tahniah! kagum dengan sikap beliau. :)

Kepada yang minta exchange link,saya dapat email anda tapi tak boleh buat apa-apa. Lepas ni saya update senarai,cuma link blog ni kena ada dulu la ye. ;)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. hebat la dia, main SEO, aku punya tak de apa apa dah. UV pun dah sikit :D
    lama jugak kau tak update eh, eh aku pun sama la..haha, malas ok..! tp rajin BW..

  2. akubiomed says:

    Cantik beg sling kamera DSLR. Beli asing? Kalau ada kursus pendek bolehlah beritahu kepada saya melalui email.

  3. Firdaus says:

    tension dan hampir putus asa bila blod asyik masalah kan ? Aku pun dah delete blog wp sebab 3 kali down sebulan. nak tukar hosting rasa malas pulak. harap bersabar la ye.

    • Izwan says:

      kalau putus asa aku tak terfikir dah nak beli hosting lag. haha. nak update giler2 kot tapi tu la kena cari solution hosting. lepas ni update je la cam biasa. selagi ada idea.. hehe

  4. rakan2 yang perlukan khidmat setup hosting+domain+wordpress ley hubungi aku. Pakej terbaik aku sediakan.

    http://goo.gl/7RiwZ
    Guna kupon kod ni:eic52837

  5. Tu sebenarnya bergantung pada hosting yang kau pakai,kalau x mantap mmg senang la nk kena hack.

  6. Joblogger says:

    wahh.. ni mesti otai nih!
    saya pun xtau sgt pasal mende2 ni

  7. Alhamdulillah hostig aku sekarang okey… dah meragam sangat… :-)

    Bila masalah dengan blog geram pun ada sebab bila nak update blog tak boleh nak update. Tapi bila blog okey tak ada apa yang nak ditulis… :D

    • Izwan says:

      betul. bila dah okey takde idea nak update. otak lama tak update jadi slow kot. time rancak update ligat je idea datang. :)

  8. arrizz says:

    aku paling takot bab terpaksa delete blog dan restart..mintak2 dijauhkan benda2 macam nie..

    • Izwan says:

      kalau jenis tak kisah SEO tak pe la. kalau yang jaga SEO ni,bila delete risiko plak domain banyak broken link ke,error 404 ke. sakit tuh.

  9. Kalau dah blogger tu, bila lama tak update blog mesti tak boleh duduk diam. Cameron Highland merupakan tempat kegemaran aku. Tarasa rilex bila dekat sana.

    • Izwan says:

      memang tak boleh duduk diam,lagi mengenangkan dah bayar tak buat apa-apa rugi je. yup,sangat rilek kalau tak ramai orang.. haha

  10. Aku rasa dah sebulan blog aku tak update. Problem? Hahaha.

    ps: “2 daripada 3 blog bla3…” Ehem. Blog apa agak2 nya tu? :p

  11. titan says:

    hoho..aku dah penat sebenarnya menulis blog ni..ikut hati..malas dahh..

  12. Sealserver memang sentiasa memberi masalah. Bro masih di sealserver lagi ke? Saya punya blog masih internal error la.. sampai sekarang. Saya cuba contact ticket takde balasan. Nak call takde nombor. Aduuuuuuuuuuuu

    • Izwan says:

      hmm. belum ada masa lagi nak migrate atau sebagainya. semalam website seal server kena deface..

      • Yup betul tu. sampai sekarang blog saya masih tak dpt nak login dek kena serang kali ke tiga semalam. Reset password pun tak boleh. Hantar tiket dan sms masih belum ada jawapan. Geram yang amat nih.. Ada sesiapa boleh tolong tak.

        • Salam all,

          Ingin kami maklumkan bahawa masalah yang dihadapi pihak tuan merupakan security leak daripada patch WordPress dan bukannya datang daripada pihak hosting. Ianya merupakan satu yang di luar pengawasan kami dan boleh juga terjadi di mana-mana hosting. Pihak kami hanya mampu ambil langkah berjaga-jaga sehingga perkara ini di’fix oleh pembangun CMS tersebut.

          Sebagai contoh, masalah ‘Internal Error’ yang dihadapi CikguHairul.com boleh dipulihkan dengan hanya login ‘wp-admin>options>permalinks>save changes’. As for date, tiada lagi defacement sehingga data-data hilang kecuali main page (index.php) di’replace kepada defacement page. Ianya juga boleh di’fix dengan patch WordPress terbaru.

          P/S: Untuk Cikgu Hairul – As far for today kami masih tidak menerima sebarang SMS daripada tuan. Tuan sendiri ada maklumkan tiada nombor telefon kami sepertimana di atas.

          Kami suka dengan pandangan tuan Izwan – “By the way,there is no fully secured system in internet network.”. Pihak kami berpandangan bahawa sokongan daripada semua pihak dan tidak lupa kualiti daripada perkhimatan yang telus dan teliti amat penting dalam menjadi platform hosting terbaik untuk semua. Justeru, kami berusaha bersungguh-sungguh deminya.

          Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Sekiranya anda ada sebarang pandangan/komen/maklumbalas/pertanyaan, kami sedia menerimanya di : http://sealserver.net/submitticket.php?step=2&deptid=1

          Semoga kita sama-sama berjaya

          Terima kasih,
          Sealserver Network

  13. the opportunity to break up into small groups and explore a particular topic. We’d discuss whatever the subject it was, brainstorm etc. and then present our conclusions/findings to the rest of the class when the time was up.

  14. Ayie says:

    sekarang ni, mereka main cpanel tau. jadi berjaga2 ya.. 2 rakan saya yang masih baru pandai menggunakan wp, sudah kena deface :D

  15. Hi to all, as I am genuinely keen of reading this webpage’s post to be updated regularly. It includes pleasant material.

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam