Fotografi Perjalanan Empat Purnama

Diam tak diam dah empat bulan perjalanan dengan fotografi ni. Kalau ikutkan waktu study degree dah satu semester dah. Alhamdulillah sedikit demi sedikit permintaan tu kian bertambah.

Julai 2013
Bulan ni baru bertekad daftar perniagaan secara sah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berbekalkan modal RM 70. Lepas tu try cari job, develop website, kemaskini fanpage tapi agak kalut sebab banyak benda nak setup. Saya utamakan imej dan penampilan.

Ogos 2013
Wedding job pertama di Benut, Johor akhir bulan Ogos. Itulah first job dari roomate saya masa kat UIAM. Majis resepsi tempat lelaki. Waktu tu ada dua official photograher termasuk saya (sorang lagi cover adik dia). Bila berhadapan dengan photographer lebih berpengalaman saya jadi sedikit rendah diri dan tenggelam dalam majlis. Perasaan sendiri kot.

September 2013
Ada satu job official sendiri punya iaitu majlis nikah anak saudara kenalan saya. Pakej sekali dengan frame besar dan pendrive. Mencabar sangat majlis tu sebab kawasan ruang tamu sempit dan kecil. Itu je la job yang ada, satu-satunya official direct dengan saya.

Oktober 2013
Waktu ini sudah mula dapat job luar Johor. Kami ke Kuala Selangor untuk merakam gambar nikah dan bersanding kenalan UIAM. Dia ambil saya jadi photographer dari majlis tunang lagi sampai ke majlis kahwin. Satu-satunya yang boleh saya katakan loyal customer dan orang pertama support apa yang saya nak buat. So itu je la job yang ada, sebulan sekali. Akhir bulan tu alhamdulillah ada rakan UIAM yang book untuk bulan 11 dan saya apply juga job lain dari satu group di facebook.

malaysia wedding photographer

kegigihan bukan lakonan! har3

November 2013
Bulan yang full tiap-tiap minggu. Minggu pertama saya ke Jelebu shoot wedding sebelah perempuan, minggu kedua sambung shoot di cheras sebelah pihak lelaki. Job ni saya dapat hasil dari hantar quotation bulan sebelumnya. Minggu ketiga ni akan ke UIAM shoot konvo dan seterusnya hadir ke majlis konvokesyen diri sendiri. Yeay! Minggu keempat akan ke Bentong, Pahang shoot satu majlis lagi. Miggu kelima.. Hmm.. sepatutnya ada, tapi dibatalkan pada tempoh 3 minggu sebelum majlis. Mungkin bukan rezeki saya disitu.

Disember sehingga Mac 2014 sudah ada booking biarpun sebulan sekali. Kira ok la baru-baru start sudah boleh mendapat tempat di pasaran. Hehe. Tapi, permulaan ni saya tak expect tinggi sangat. Masih jauh masih sukar jalannya. Bulan ni agak letih, ulang alik KL – Johor hampir setiap minggu. Tapi saya suka, sebab saya bukan jenis duduk diam saja.

*domain nak expired menandakan blog ini telah beroperasi masuk tahun ke 3. tak sangka!

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam