GengBlogger – Komuniti Blogger Anda Telah Kembali

Dah lama aku tak bukak komuniti blog Geng Blogger ( GB ) ni. Ada lah 2 – 3 bulan gak sejak GB kena serang malware dulu. Masa tu tak de sapa dapat access Geng Blogger. Punah gile harapan blogger baru macam aku nak mempromosikan blog. Hinggalah malam tadi, aku jumpa ada blog pasang widget GB, aku klik.. Eh, dah boleh masuk?? Berkelip mata aku dekat lima hingga enamploh kali seminit.. Akhirnyaa..

Geng Blogger ni merupakan satu website yang bercorak komuniti, tempat blogger-blogger Malaysia berkumpul untuk mempromosikan blog. Dengan GB ni, kita boleh ping blog kita dan kemudian tertera kat main screen. Kat situ la nanti pengunjung akan tengok apa post-post terbaru blogger lain, kalau tajuk korang cun ada lah orang akan klik nak baca. Kalau diorang terpikat maka korang dapatlah seorang pembaca yang.. hah,sila sambung.. yang setia.. pandaiii pun.. ish,pelik je aku wat ayat camni.. hahaha

Ehem, selain tu kat sana ada ruangan forum. Biasanya forum ni tempat orang nak tanya soalan atau memperkenalkan diri. Kalau siapa yang rajin nak blogwalking ni, lepak kat GB je lama-lama. Jelajah satu GB tu tak habis punyalah blogwalking. Banyak blog kat sana, boleh pilih nak baca entri kat kategori apa. GB ni memang sesuai untuk blogger baru macam aku sebab boleh luaskan sikit pemikiran. Yela, macam merantau gak, pergi tempat orang tengok cara diorang macamana. Nanti mesti korang jumpa blogger-blogger yang sehati sejiwa dengan korang punyalah.

Camane nak Log In ?

Log in kat GB guna akaun Facebook. Sape kat Malaysia ni takde Fb sekarang kan, PM pun pakai FB. Login je lepas tu akan ada ruangan setting macam kat bawah ni. Haa, letak la URL blog korang tu kemudian klik URL Tambahan ( aku mungkin URL tambahan sebab aku dah daftar blogspot aku dalam GB dulu ).

Nak PING blog ?

Perhatikan kat atas sebelah kanan, sebaris dengan FB Logout, ada Hi Izwanyusof ( nama boleh set,ni nama aku ), Rumah, Setting. Klik kat rumah dan kemudian post terbaru korang akan ada kat situ. Pilih kategori yang sesuai, klik PING. Selesai.

Okey, selamat berjumpa kenalan baru dan jangan nakal-nakal di sana.

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Nice!
    sy baru join GB nie arinie…
    skali ternampak entry nie…
    thanks bg info =)

  2. sy pun baru je join GB, tp mmg best gler, sebab dari GB ni lah, blog sy yg xde komen tu, akhirnya ade komen! hehe..suke2..

  3. GB ni tempat cr traffic dan kenalan jugak. Tempat cr ilmu jugak. Mmg best la…

  4. ahaks
    lama gak aku tak lepas sana..
    pasni mungkin..

  5. gb sangat cool!

  6. lama tak singgah sana… rindu pun ada …keke..

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam