Hari Pertama Di Tempat Praktikal Sungguh…

latihan industri Oriental SP SteelworksBaru habis 3 exam terakhir setiap hari 6,7,8 Jun 2012 dan terus bergegas pulang ke Johor sebab 13 Jun mula praktikal. Penat tak habis lagi sebenarnya,cuma berharap lulus la paper kali ni semua. Cerita pasal tempat praktikal hari tu,saya dah dapat tempat di SP Oriental Steelworks di Gelang Patah. Lepas saya confirm tempat dengan company ni, dapat 2-3 offer praktikal melalui entri ini. Tak sangka! Terima kasih,apapun saya dah pass kat member-member offer tersebut. So,first day training. How was it?

Perkara pertama difikirkan semalam,nak pakai baju apa ni? Nak playsafe,hari ni pakai je formal kemeja, slack dan kasut hitam. Lepas jumpa akak HR, dapat safety shoes,tshirt company dan ape ntah alat nak protect telinga tu,lupa kotak dia. Oh ya,saya dapat kat bahagian production department. Company ni produce besi-besi untuk basement,piling dan lain-lain. Apa kaitan mekatronik dengan buat besi? Ahaa,member yang dengar dulu pun pelik.

Saya ditugaskan untuk satu projek. Besi ni bergerak di atas roller sebelum diangkat menggunakan magnet lifter. Jadi projek ini memerlukan kami mengubah roller itu supaya ada sistem haidraulik dan sensor. Bila besi tu dah siap potong,sensor detect dan haidraulik supply/remove minyak dan separuh bahagian roller akan menyeget,jadi besi tu akan jatuh ke tepi. Kira kurang la sikit jarak lifter tu nak angkat lepas ni. Okey,nampak gempak? Eh,banyak pulak soalan kepada pembaca.

perbincangan projek kejuruteraan

hasil perbincangan dan draft oleh engineer raju

Jujur cakap la belajar engineering 3-4 tahun pun bila masuk industri sangat lain. Kita belajar subjek satu-satu tiba-tiba nak buat satu sistem ape tak menggelabah jiwa raga. Hahaha. Saya lepak-lepak dengan brader maintenance team,engineer jalan-jalan kilang pun diorang perasan,”kau jangan stress sangat,buat rilek je. Benda ni pengalaman,belajar”. Oh,mungkin tertunjuk muka serius ke kot. Hehe. Tapi pagi tadi dengar briefing,macam benda besar menimpa. Well,first timer. Plus,saya seorang je dari UIA kat situ. Saje nak mencuba kelainan.

Alhamdulillah,balik tadi petang dah nampak apa yang perlu dibuat. Seharian ikut brader Azhar dan tengok sekeliling,masih lagi berfikir dan menyesuaikan diri. Sebelum balik tadi bincang-bincang Gantt Chart untuk projek ni dengan engineer Raju agak berasap tapi cuba slow-slow nak fahamkan konsep. Konsep projek ni nampak dah cuma nak buat satu-satu dulu. Target bulan 9 seminggu sebelum habis praktikal projek ni siap.

Untuk hari-hari seterusnya,tak tau lagi. Harap boleh siapkan kerja ni sehabisnya. Masuk kerja ni memang aplikasikan ilmu kelas dan ilmu luar kelas. Dunia realiti tak seperti Zon Selesa dunia kampus. Ramai kawan-kawan buat status pasal EIT (engineering industrial training),dah macam baru balik tadika semua. Apapun,selamat ber-EIT kepada semua member di Kuliyyah of Engineering!

..officially entitled as ‘brader kilang’ now. har har har..

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Ramai kawan2 aku yang luah perasaan macam ko dulu sebab belajar lain,buat kerja lain. Sebab tu pengalaman penting, bukan setakat empat rata je tiap2 sem.

  2. Syafiq Kamil says:

    Selamat Menempuh alam kerjaya bro .. :D

    Slow and steady .. amik masa blajo semua skills yang ada, ilmu tu ..

    Rajinkan sambung ‘connection’ .. kenal ngan ramai org .. leh jadi ‘kabel’ tu .. hehehe ..

  3. gud luck utk praktikal yee..

  4. Thisisbestbero

  5. dh dpt tangkap idea nya..project pertama ni :)

    sy stdy len..praktikal kilang len..kerja skang pon len..hehe

    • project pertama gak la. diorang cakap senang, tapi bagi freshie kat fieldwork ni macam berat. haha. wah,banyak r experience gitu.

  6. uik dah start praktikal ke ? Aku start 18 ni. baca post ni buat aku saiko plak dan takut nak hadapi praktikal. Dah la dalam kepala otak satu habuk pun tak tahu tapi tu la pergi dengan niat belajar dan timba pengalaman. Kalau ilmu penuh dan dah tahu nak buat ape, x namanya belajar pulak

  7. Kutip pengalaman sebanyak mungkin kerana latihan industri ini tidak panjang. Alangkah bagus kalau dipanjangkan selama setahun nanti bila graduasi sudah ada pengalaman setahun.

    Setahu Politeknik Shah Alam ada buat program yang dipanggil Work Based Learning(WBL) untuk program diploma lanjutan dimana pelajar akan ditempatkan industri selama setahun sebahagian proses pembelajaran dan mereka sudah boleh dianggap berkerja. Biasanya lebih mudah untuk majikan serap mereka ini bekerja kerana sudah faham proses kerja.

    • 3 bulan pun ada company yang berat nak ambil. tapi company ni ok la. memang banyak benda baru. hari 1st je pening lah jugak. kat tempat saya ada yang praktikal hampir setahun di QC dept dan ada sorang final year UiTM buat thesis praktikal 5 bulan kat sini.

  8. praktikal, aku dapat A-. aduh..sikit lagi nak A..

  9. waa memang gempak projek ko nie bro..lek bro, jangan serius sangat, haha..good luck praktikal

Trackbacks

  1. [...] lepas,ingat lagi masa tu tengah praktikal di Gelang Patah. Selesai berbuka puasa saya terus bertolak pulang dari Johor Bahru ke Simpang Renggam, memandu [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam