Hidup Kampus & Populariti Nasi Koboi

… Nasi Koboi …

Campus life ni macam-macam ragam ada. Daripada ragam duit elaun yang banyak di awal sem sehinngalah menu nasi koboi bila masuk akhir semester macam ni. Nasi Koboi, pernah dengar ? Yang aku tahu menu ni popular kat cafe mahallah ( asrama ) lelaki, kat mahallah perempuan mane makan nasi koboi ni. Maklumlah, jaga badan kononnya ea. Nasi koboi tak sedap kan.. hahaha.. Apa itu Nasi Koboi ?  8)

Senang je nak bayangkan nasi koboi ni ialah nasi putih, telur dadar, belacan, timun 2 hiris dan dilengkapi dengan semangkuk sup ayam yang takde ayam. Harga cukup murah dan berpatutan iaitu RM 2.00. Dah boleh nampak rupa camane nasi koboi ni ? Fenomena nasi koboi ni kat mahallah aku cukup popular sekarang. Dah akhir-akhir semester ni student lelaki biasalah.. kan..kan.. Tu sesape yang kuat belanje awek dulu awal sem sape suruh.. Karang kahwin korang gak yang kuar duit belanja,cube la mintak awek tu belanja korang selalu.. Oh ! nanti dicakap tak gentleman plak.. Aish, wanita..wanita..  :cool:

Kelebihan nasi koboi ni yang paling utama dapat mengurangkan perbelanjaan harian kepada 50 %. Katakanlah tengahari amik lauk biasa + sayur + ayam seketul + air balang harga RM 4.80. Malam pun menu yang serupa cuma tukar jenis sayur dengan amik ikan plak, darab dua dah jadi RM 9.60. Tu tak masuk beli air kotak ke, gula-gula ke dan lain-lain supplement waktu tengah malam. Cuba order Nasi Koboi. Tengahari dan malam order nasi koboi baru RM 4.00, air plak buat sendiri kat bilik. Dah jimat berapa banyak tu ?

Tapi, serius cakap makan menu nasi koboi ni hari-hari boleh menutup selera. Lagi satu kuah sup tu kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap ! Aku baru sedar yang aku ni tak boleh makan lauk sama berulang kali dalam masa seminggu. Paling kurang order menu sama 3 – 4 hari je lepas tu bosan,nak makan makanan lain. Biasa kalau gi kedai makan aku suka cari menu yang nama pelik-pelik. Saje nak try. Kalau korang tengok balik style nasi koboi ni, macam menu harian rumah bujang la kan. Asalkan dapat makan tak kebulur.. Nak masak senang, cepat dan tak kisah la kuah sup + telur mata + kicap je pun janji jimat.. Haha..  :)

Dan aku cukup suka tengok abang yang jaga kaunter ni panggil, “ koboi siap..koboi siap”.. Tak rasa cool ke makan Nasi Koboi. Cool beb, nampak sikit status bujang tu terserlah. Hahaha..Apepun, bak kata member-member lain.. “ Ko nak makan ni jangan berkira..Benda lain takpe berkira,nak makan beli je ape nak makan “  :D

Hmm.. Kalau camtu, malam ni order Chicken Chop la !

*warna-warni hidup kampus..

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. jangan tak caye,antara makanan feveret saya ialah nasi putih+telur mata lembu+kicap…huh sgt mengiurkan..nyum nyum…

  2. farah says:

    kt mahallah ruqayyah ada gk ngn kos nasi:rm 0.80, telur dadar: rm 0.80, sup kosong : free. jumlah : rm 1.60… biasanya kami mkn waktu dh xtaw nk makan per lg…jemu sgt ngn mknan mahallah.

  3. Nur Areefah says:

    aik tak pernah plak dengar orang panggil nasi koboi. kat cfs ni panggil nasi bujang.hehe

  4. kaizen says:

    bro… nih bukan nasi bujang ke? ngeh3

  5. Mohd Isa says:

    kalau kat perlis, dak2 unimap popular dengan nasi bujang. nasi puti+telur dadar+sup kosong atau kuah kari+sambal ng ulam skit. RM2.50

    • Izwan says:

      sama gak r tu nasi bujang..tapi kat cni takde kuah kari + sup..just sup je.. hjung bulan ni aku ada program kat perlis..kat kg. wang besar.. baktisiswa..ada satu subprogram tu kenduri..makanan perlis r majoritinya..

  6. faaizz says:

    satu je gua nak komen, sup dia kadang2 sedap, kadang2 macam air tambah garam.
    tak konsisten.

  7. chempaka says:

    eh, nmpk sedap la plak kat gmbr atas tuh… boleh try request kat Maryam plak…. kalau tmbh nasi, brape posen?

    • Izwan says:

      lupe..gambar kat atas tu google..handset aku kan dah hilang..tak dapat nak amik gambar dah.. tambah nasi tambah 50 sen.. aik,kuat makan ko eh ?.. hehehe

  8. Affan says:

    owh, taktau lak macam ni bentuk die.
    tapi kalau rm2 tu ok lah kot, lagi2 kalau nak saving duit hehe

  9. peh! aq ingat kt poli aku je ada nasi koboi nie.. tapi nasi koboi korang masyuk la.. siap ada kuah kicap je.. kitaorg punya telur dgn sos je semata2.. haha

    Entri Panas! Pakej Lengkap Nuffnang :
    Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 1)

    Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian Akhir)

  10. Fariq says:

    kat area tempat aku sewa ni lak panggil nasi bujang.. dulu slalu la gak makan sebab nak save duit.. skrg ni mcm dah tak bley masuk lak.. ngeh

    p/s: lama tak singgah sini.. tuan blog sihat gamaknye..

  11. wazy says:

    perghhh
    terus lapar balik aku tengok nasi koboi ni
    agak-agak kat area simpang ada jual ke tak ek

  12. cai_pecai says:

    pergh nasi koboi memang sedap. teringat aku masa stdy dulu selalu gak pekena nasi koboi ni untuk menjimatkan perbelanjaan kekeke.

  13. durakhyar says:

    bila nak makan drumstick eh? :p

  14. durakhyar says:

    duit dah semput tmbh2 akhir sem.. tmbh2 nt nak pi travel..lain kali la yer..

    haha sampai bila la nak tertangguh erk..

  15. mutiara says:

    salam..

    oh mcm tu ye nasi koboi..

    kat umah sy, kalau cakap ‘nasi goreng koboi’..’mee goreng koboi’..and lain2 koboi, tu bermaksud makanan tu tak cukup rencah, xde ayam@daging@sayur@telur@ikan bilis..

    nway, zaman study mmg sgt2 best n d rindui..
    so,gunakan sgala peluang yg ada kat sane..

  16. Ali ridha says:

    sedap ke makan nasi biasa ni.
    berjimat la tu.aku dulu makan
    roti je.nak beli nasi tiada masalah.
    bila malam, memang aku takut nak
    keluar rumah.

    • Izwan says:

      sangat berjimat..tapi time teringin nak makan sedap, steamboat terus kat danau tu.. haha.. owh,duk rumah sewa la dulu ?..kalau rumah sewa lagi best leh masak..

  17. arrizz says:

    haha..setuju ngan kata2 member ko tue..time aku ada duit lebih sikit, aku makan mewah2..time sengkek, makan nasi ikan keli ngan air kosong jer..haha..kalau datang uia nanti, boleh la try makan nasi koboi nie..tengok pun dah berselera dah..hehe

    • Izwan says:

      sebelum tu nak clarify yang gambar diatas dari google..hehe..tapi konsep lebih kurang la.. nasi,telur,sup.. orang laki,asal makan jadik je nasi koboi pun..nak makan kat tempat sedap kat cafe mahallah perempuan..

  18. akubiomed says:

    Saya tidak pernah makan nasi Koboi tetapi dapat memahami kehidupan seorang siswazah kerana elaun tidaklah banyak mana. Kalau dapat makan alas perut pun sudah bersyukur :-)

  19. abrablog says:

    kali pertama dengar. Tapi memang biasa makan nasi dengan lauk telur. DUlu, masa belajar, makan nasi dengan kicap aje. Itupun dah cukup heaven..

  20. sayacomel says:

    hehe..waktu kat universiti dulu, layankan aje. kekadang, tapau nasi pun dengan ayam goreng seketul. masuk bilik, keluarlah budu, serunding..kicap..sos..

    haha..jimat gakk..

  21. nasi koboi ni kalau kat utara pggl nasi bujang

Trackbacks

  1. [...] diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam permohonan ke IPTA tahun ini. Suasana di IPT sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda jauh berbeza dengan suasana pembelajaran semasa di peringkat [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam