Murah! Banyak masa lapang! Murah! Ahh, macam takde modal lain kenapa pergi kursus pra-perkahwinan waktu di kampus. Tapi memang agak murah dengan harga RM 45 disediakan nota,buku dan makanan sepanjang program. Ini program tahunan UIAM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk staff dan pelajar.
Hujung minggu yang panjang. Lepas berpenat-penat menyelesaikan hal subjek, final year project, final report industrial training, hari ni kena pula pergi kursus. Dah bayar kan, bangun pagi tadi memang amat malas nak pergi. Penat tak hilang lagi.
Okey, pengisian kursus pra-perkahwinan meliputi prosedur daftar perkahwinan, hukum-hukum seperti penceraian,rujuk,talak, pengurusan stress dan konflik, pengurusan kewangan dan lain-lain hal. Benda-benda macam ni ramai yang dah tahu, cuma kena revise semula je sebab ia berkaitan dengan hidup. Dapatlah juga gambaran awal perkahwinan tu camane. Kadang-kadang orang amik mudah je hal perkahwinan, dah suka sama suka kahwin je apa susah. Tapi life after that will be more challenging. Betul?
Sijil kursus pra-perkahwinan ni sebagai satu syarat undang-undang di Malaysia. Jadi, nak kata dah pergi kursus boleh kahwin terus, betul juga tapi persediaan lain pun kena diambil kira. Pada saya perkahwinan satu yang diluar batasan biasa. Saya lebih memandang kepada penerimaan keluarga dan diri masing-masing. No point la orang tu kahwin kalau tak boleh terima keseluruhan keluarga satu sama lain. Ada kes-kes macam tu kan?
Kenapa saya meletakkan penerimaa keluarga point utama? Saya perhati dan dengar banyak kisah orang bercinta. Konklusi ringkas yang saya dapat buat,bila hubungan itu tidak mengutamakan keluarga ia agak sukar untuk dilaksana. Namun jika keizinan keluarga diberi keutamaan,pasangan itu lebih senang dan mudah dalam urusan mereka. Perkahwinan itu bukan dengan pasangan sahaja, tetapi dengan seluruh ahli keluarganya. Kita mungkin kenal dia tapi bagaimana dengan adik-beradiknya? Saudara-maranya? Pakcik-makciknya? Tiada penerimaan dalam keluarga,komunikasi akan teruk dan sukar.
Penerimaan keluarga tu salah satu skop sahaja. Kalau nak betul-betul olah,terlalu banyak lagi aspek yang terungkap dalam istilah perkahwinan. Sebab tu kena perlukan dua orang untuk menggerakkannya, bukan seorang. Kan?
**********
“eh,nak pergi kursus ni kena ada pasangan ke?”
Pagi tadi ada seorang member tanya macm ni. So jawapan saya,” mana ada! Mengarut. Aku pun takde lagi. Rilek sudah, pergi je”
Habis je program ni,dapat sijil dan simpan. Fokus kat kerja-kerja yang banyak minggu depan. Wah,macam nak jadi workaholic je. Orang cakap kalau workaholic sangat lambat kahwin? Ye ke? Hahaha.

persedian awal ni bro…:) nanti senang takde la terkejar nak buat kursus kahwin lagi
yes. dah kerja weekend untuk berehat.
Sya pun nak pergi kursus ni juga time study. boleh dapat murah. sebelum ni fikir tak best kalau pergi tapi belum nak kahwin lagi. Tapi masa dah kerja dulu, terfikir pula, kalau dah pergi masa student dulu boleh jimat duit. hehe… sem lepas terlepas nak pergi sebab member tak free. harap sem ni dapatlah pergi, sem last dah pun. huhu..
tapi,kontranya kalau pergi time study dan takde plan nak kahwin terasa tak serius dengar ceramah ni. fokus kurang. hehe