Bila nak masuk suku akhir setiap tahun waktu ni rancak kalendar persekolahan dengan musim peperiksaan. Tarikh Peperiksaan PMR ( Penilaian Menengah Rendah ) 2011 bermula dari 4 hingga 11 Oktober 2011. Tahun ini adik aku yang last sekali akan menduduki PMR. Aku pun tak tanya dia jadual macamana sehinggalah aku jumpa Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2011. Teruknya eh. Ish.. Ish.. Ish..
Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaaan PMR 2011 yang tinggal sebulan sahaja lagi :
4 OKTOBER 2011 – SELASA
- Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10am – 9.10am)
- Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50am – 11.50am) Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30pm – 4.30pm)
5 OKTOBER 2011 – RABU
- Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10am – 9.10am)
- Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50am – 11.20am)
- Geografi Kertas 1 (2.30pm – 3.45pm)
6 OKTOBER 2011 – KHAMIS
- Science Kertas 1 (8.10am – 9.10am)
- Science Kertas 2 (10.30am – 12.00pm)
- Sejarah Kertas 1 (2.30pm – 3.45pm)
10 OKTOBER 2011 – ISNIN
- Mathematics Kertas 1 (8.10am – 9.45am)
- Mathematics Kertas 2 (10.40am – 12.25pm)
- Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20am – 3.50pm)
11 OKTOBER 2011 – SELASA
- Bahasa Arab Kertas 1 (8.10am – 10.40am)
- Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2 dan Bahasa Punjabi (8.10am – 10.10am)
- Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10am – 9.25am)
- Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10am – 12.10pm)
Disini aku nak kongsikan tip-tip bagi menjawab peperiksaan PMR 2011 yang pernah aku gunakan dulu. Aku ulas secara umum dan mengikut setiap subjek. Walaupun mungkin terdapat sedikit perubahan yang tidak ketara tapi rasanya cara ini boleh dipraktikkan.
1. Banyakkan menjawab koleksi soalan-soalan PMR tahun lepas. Dari situ dapat lihat bagaimana bentuk soalan dikeluarkan. Rajin-rajin tengok analisis soalan yang telah disediakan di buku tersebut.
2. Dapatkan soalan-soalan peperiksaan percubaan dari negeri-negeri lain,sekolah berasrama penuh dan MRSM. Ini benda biasa wajib buat lepas dapat soalan tersebut.
3. Bagi kertas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk karangan baca balik latihan dan peperiksaan yang dah dibuat. Yang penting banyakkan input supaya dapat mengolah isi karangan nanti. Kurangkan kesalahan tatabahasa dan format. Elakkan menjawab karangan yang mempunyai format rumit seperti surat rasmi sebab risiko ditolak markah amat tinggi.
4. Untuk Geografi tiada tip khusus. Buat je soalan-soalan dalam buku rujukan dan koleksi soalan sebenar PMR. Pastikan anda tahu kedudukan benua tu kat mana dan ciri-ciri umum tempat tersebut. Fizikal,populasi penduduk,tanaman ruji,gaya hidup,cuaca dan lain-lain.
5. Sains ini subjek kritikal. Perlu banyak latihan dalam mengenalpasti proses sains yang berlaku. Formula kena hafal dan faham apa kaitannya. Daya,pembakaran dan sebagainya. Tiada cara mudah selain membuat latihan yang kerap. Kalau nak masuk kelas sains,ini subjek penting.
6. Sejarah ini mudah. Mengikut pengalaman aku hanya hafal soalan dan jawapan dari koleksi peperiksaan sebenar sebab selagi silibus tak diubah fakta tetap sama dalam buku tu.Aku tak suka baca buku sejarah sebab huraian dalam bentuk karangan bukan dalam point. Jadi aku suka baca buku rujukan dan baca soalan serta jawapan kertas peperiksaan. Apapun cikgu aku pesan dulu Sejarah ni belajar guna buku teks saja sebab point banyak kat situ.
7. Matematik amat seronok jika minat. Sama seperti Sains, tiada cara lain selain daripada membuat latihan yang banyak. Perlu diingatkan dalam Matematik konsep asasnya sama cuma pembuat soalan hanya mengubah sedikit konsep seperti klu-klu untuk dapatkan jawapan. Sebab tu kena banyak buat latihan sebab gaya soalan tidak tetap.
8. Kemahiran Hidup teknik sama seperti Sejarah sebab ia soalan tertutup. Buat je soalan-soalan tahun lepas sebab setiap tahun dah tiada benda nak disoal dalam Kemahiran Hidup ni.. Hehe..
9. Bahasa Arab Komunikasi. Ya,dulu aku ni belajar Bahasa Arab jangan tak percaya. Tiada formula berkesan selain hafal apa yang diajar oleh cikgu korang. Untuk karangan dulu aku buat macam biasa ada permulaan, 3 isi kandungan dan penutup. Disebabkan tak reti nak karang sangat paling maksima satu perenggan aku buat 3 baris ayat. Kalau idea banyak sikit dapatlah 4 ke 5 baris. Makna perkataan masa tu kena banyak ingat dalam kepala. Apapun Bahasa Arab Komunikasi ni seronok, rindu nak belajar dengan Ustazah Siti Azline lagi. Hmm.. Hmm.. ![]()
10. Akhir sekali menghampiri peperiksaan dalam seminggu macam tu kurangkan tekanan, ulangkaji ringkas saja dan paling penting jangan berbincang selepas menjawab peperiksaan.
Rasanya aku boleh buat 2 entri pasal ini satu tentang Jadual PMR 2011 dan satu lagi tentang tip menjawab soalan PMR 2011 tapi malas nak fikir banyak kali,gabung je lah semua. Hehe.. Selamat menduduki Peperiksaan PMR 2011 kepada semua calon di seluruh Malaysia. Tip kat atas ni ringkas je. Cara belajar ikut keselesaan masing-masing. Raya pun raya juga, jenguk-jenguk lah buku tu walaupun sekejap. Tapi mesti mustahil la kan korang nak study waktu Hari Raya Aidilfitri ni. Hahaha..
[box type="download"] Muaturun Jadual Peperiksaan PMR 2011[/box]


aku tgk kat pic FullMetal Alchemist yang tunjuk tuh, teringat gila aku kat chemistry, sebijik dia amik.. hahaa
ehem, PMR. senang! kalau hang naik form 4 nanti, memang menyesal kalau PMR takleh score.. aku mujur dapat straight A dlu.. kikiikiki
PMR mudah lagi banding dengan SPM.. terer lah kau straight.. aku English tak pernah lepas..
rahsia kejayaan? hari2 tengok sejadah waktu sblom subuh dan tgk citer english.. sekian
Dah lega zaman peperiksaan lama dah berlalu. Mungkin ada lagi? Maybe akan lalui lagi dlm peperiksaan lain
peperiksaan bertulis mungkin dah takde.. tapi ujian dalam kehidupan sentiasa ada kan..
PMR memang mudah sikit. Bantai aje soalan2 tahun lepas. Pastu, latih tubi. Insya-Allah, leh dapat 6A dan ke atas..tapi kalau malas..tak dapat la nak cerita..
SPM tu..memang susah sikit. Itu kena usaha lagi lebih..
selepas SPM pun susah gak.. makin lama makin mencabar..
good luck kepada yang mengambilnya pada tahun ni.especially anak murid aku.hehe…
dah kasi kaw-kaw latihan dah?..hehe
aku dah bagi latihan umpama di neraka.haha…
lepas ni nak bagi soalan trial dari negeri lain je…
eh..Kemahiran hidup mana ada soalan soalan tahun lepas….dia orang takkan bagi kita bawah balik kertas soalan itu…setiap tahun soalanya sama je….
memang takde contoh yang sebenar.. yang ada contoh ramalan soalan menyerupai soalan sebenar.. KH takleh buat soalan lain dah, pusing2 benda sama..
Memang terbaik la tips dari abg 8A ni .. hehehe
Good Luck untuk adik ko paling last aka adik bongsu ..
huh.. tak tahu lah.. adik aku tu biasa-biasa je..
salam.. abang izwan.. yg mendapat 8A itu.. sya alif.. form 3.. ckp perkataan aq je lah oke ? segan nk tipu diri ckp saya.. hoho.. k ?
aku dah buat tiap2 malam.. latihan objektif.. geo , sj , bi , sc , math . dan BM .. pi . skali .. dlm satu subjek tu.. kdg2 sya buat sejam . atau setengah jam. saja .. okey tak.. abang izwan ?? respon pls @@
usaha + ketenangan + yakin + tawakkal insyaAllah berjaya.. saya dulu tak pernah target keputusan sebegitu..saya tak suka target lebih2.. hanya target 2A sahaja.. selebihnya buat seperti kebiasaan dan apa yang kita tahu..