Jodoh

Satu tahap dalam kehidupan yang mana manusia itu rasa ia peringkat yang besar untuk ditempuhi. Satu peringkat yang mana orang akan fikir siapakah orang itu, dimanakah dia dan lain-lain la. Nak cari teman serumah sampai tua mana boleh pandang ringan ye tak. Tapi bagaimana cara orang itu berusaha mencari jodohnya tak sama.

Ada yang lalui jalan mudah. Ada yang lalui jalan sukar. Mungkin ada yang tersilap menyayangi orang lain atau sebagainya. Ada orang cakap kalau sukar itu ujian nak pastikan hati seseorang itu pada siapa sebenarnya. Proses filtering? Heh, terlalu sains sangat terma tu.

Kita kalau cari seseorang biasanya nak yang ikut kehendak kita. Macam biasa bila tanya lelaki, nak yang cantik, putih gebu, tak gemuk tak kurus, tak rendah, comel, kelakar, pandai masak pandai itu dan ini. Wah sangat pentingkan ukuran fizikal pulak. Tapi hakikatnya, mencari teman adalah seseorang yang mana mereka boleh melengkapi antara satu sama lain. Kelebihan kita menampung kekurangannya dan sebaliknya. Kelebihan dirai kekurangan sama ditempuhi. Bila kita tulis atau cakap memang senang, tapi nak hadap bukan senang. Patutlah bila orang akad nikah tu mesti nangis-nangis.

Bercerita pasal jodoh jangan sampai lemah, jangan sampai lupa kerja hakikat yang ada. Bila diterima dan menerima cara menghargai itu penting. Jangan berjanji yang indah-indah kalau sekadar menyedapkan rasa. Ikhlas kot itu terma yang tepat nak disampaikan. Sebab itu ada orang tulis pasal Jodoh, Jodoh, Jodoh. Sampai Lembik!


Bukan mudah nak jumpa orang yang boleh menyantuni kita. Bila bertemu tu damaikanlah dua-duanya. Persepsi ini mungkin betul mungkin tidak. Maklumlah saya tak kahwin lagi. Hahaha. Dan pada saya tidak ada jodoh yang terlalu sempurna, yang ada hanya bagaimana kita melengkapi kehidupan kedua-duanya.

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. SDC says:

    Dah lama tak tengok IzwanYusof menaip :)
    Nice post bro.

  2. Kujie says:

    jodoh adalah apabila tertemu orang yang tepat pada masa yang tepat…

  3. Datin Tyka says:

    DT nak kurus pun sebab jodoh..
    seperti izwan tulis, “tak gemuk tak kurus” itu memang pilihan hati lelaki…
    jadi DT sekarang sesi mengecilkan ukuran badan.. mana tahu kita ada jodoh..
    ehhh.
    hahahahha

  4. zool says:

    saya masih mencari jodoh ni.

  5. titan says:

    ko dah nak kawin ker. hehe

  6. Denaihati says:

    setulah bro, dalam filem hindustan pun takde jodoh yg sempurna kot. moga bro cepat ditemukan jodoh juga.

  7. Syada says:

    Sesuai untk sye entry awk nie.. Mmg sgt memerlukan bile smthng happen…

  8. wah..bab yg xnk rendah 2 serius qiela sedih. klu semua xnk rendah, abis la qiela..x kawen la agaknya. Ish~

  9. ohcikgu says:

    masih mencari jodoh. Ohhh…

  10. akubiomed says:

    Susah-susah cari jodoh suruh sahaja orang tua tolong carikan. :-)

  11. Luthfi says:

    jodoh,maut dan rizki Allah yang mengaturnya,,

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam