Kalau Sampah Di Depan Mata Kenapa Tengok Saja?

Ingat cerita entri lepas yang pasal saya terbang di udara tanpa sesi regangan? Alhamdulillah dah pulih dah,selepas muntah-muntah 3 kali malam tu. Hahaha. Okey,aktiviti kat kem morib 2 minggu lepas bukan setakat itu saja,ada satu lagi tak cerita iaitu cleanliness campaign Flashmob. Jom! Tonton video dari kami dulu.

Nampak ceritanya? Kami pergi di laman rekreasi pantai Morib dan buat-buat seperti orang awam dengan baju tema hijau. 1 plastik berisi sampah diletakkan betul-betul bersebelahan tong sampah,ulang balik video tadi. Lihat berapa ramai masyarakat kita yang prihatin untuk masukkan sampah tu ke tempat sepatutnya? Benda-benda macam ni tak ramai yang ambil peduli,mungkin ramai merasakan ia kerja ‘cleaner’.

Kalau anda perangai macam tu jenis tak peduli kebersihan,fikir-fikir baliklah benda basic macam ni. Tengok balik bilik kat rumah kita,tandas dan sebagainya. Kalau anda boleh hidup dengan keadaan kotor tak taulah jiwa camane nak kategorikan. Saya tak pernah lagi bebel dekat orang pasal kebersihan ni,tapi kalau nak tengok siapa master mengemas pergi rumah saya dan kenal mak saya. Benda sepah,kotor sikit memang kena bebel. :lol:

flashmob di pantai morib

Akhirnya,terima kasih kepada pakcik yang kutip sampah itu. Anda juga mesti mahu jadi seperti dia kan? Bila lagi nak prihatin dengan sampah sarap yang kita sendiri buat? Tak lupa terima kasih juga kepada semua krew dan peserta yang terlibat.

p/s : adakah diorang tak ambil sampah sebelum ni sebab perasan ada 2 kamera tengah wat recording? ;)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. akubiomed says:

    Tidak susah sebenarnya untuk mengekal kebersihan kalau semua bertanggunjawab. Bagi saya pendidikan bermula dari rumah akan bawa-bawa keluar.

  2. kaizen says:

    macam kat taman layang2 je kat belakang tuh~ hoho, aku lak masih lagi practice untuk buang sampah kat tangan aku ke tongsampah, sikit demi sedikit la, hoho honestly, untuk pungut sampah depan mata yg bukan dari aku yg buang, susah sikit, maybe belum banyak practickan benda2 baik seperti pungut sampah depan mata kot? :p

  3. Jena says:

    haha terkrjut pakcik tuh.. nway… great job!

  4. titan says:

    pehh..gi pantai morib kerr..

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam