Kanak-Kanak Tak Perlukan Populariti

Pagi ini kelas Digital System Design dibatalkan. Sangat cool disitu,aku terus pergi warung belakang UIA pekena roti canai dengan air teh segelas sambil tunggu nota yang diphotostat. Tengah makan,tengok satu rancangan realiti TV yang melibatkan kanak-kanak. Ala,rancangan nyanyi-nyanyi macam tulah. Sedap suara budak-budak ni,comel-comel semuanya. Tapi aku tak rasa yang kanak-kanak dalam lingkungan umur mereka ini perlu untuk popular.

Mungkin ada yang anggap dunia populariti ini biasa bagi semua peringkat umur dan aku takdelah nak anti sangat hiburan sebab dalam laptop ni pun semua jenis genre lagu aku dengar. Cuma dari dulu lagi aku kurang setuju sangat dengan populariti yang melibatkan golongan yang masih muda macam mereka ni. Antara sebabnya adalah mengenai tekanan hidup dalam populariti,masa depan dan corak pemikiran. Bukankah sepatutnya umur macam mereka ini dalam tempoh atau proses untuk kita mencorak diri mereka di masa hadapan?

kid and adult

Tekanan dunia populariti dengan dunia kanak-kanak biasa jelas berbeza. Lazimnya kanak-kanak dalam proses mengenal cara hidup ini akan mempunyai banyak persoalan yang nak mereka rungkaikan.Bila dah masuk dunia popular,bekerja dengan orang dewasa yang tahap pemikirannya lebih tinggi mampukah untuk seorang kanak-kanak itu menghadapinya dari segi cara hidup seorang artis. Jadual yang padat,latihan dalam persembahan dan lepas tu ditemukan dengan wartawan yang dah memang kerja diorang cari cerita-cerita panas. Mungkin boleh cultural shock diorang ni.

Lenovo Ideapad Tablet K1 menanti kanak-kanak minda Kreatif!

Masa depan pulak tak bermaksud jadi artis takde masa depan. Ada je contoh-contoh artis yang berjaya dalam hidup tapi jumlahnya tak ramai. Biasanya dari rancangan realiti ni sekejap je ada lepas tu senyap. Kalaulah adik-adik ini yang masih dalam persekolahan nak hadap benda-benda melibatkan populariti macam ni, tak pasti boleh atau tidak mereka fokus dengan tugas utama dahulu. Cari ilmu dan belajar,basic. Memang ada yang cerita persediaan dari segi pengurusan masa dijaga dan sebagainya tapi ruang waktu macam ni sepatutnya mereka diberikan lebih peluang untuk mengejar cita-cita. Kalau disenaraikan cita-cita dan apa yang nak dilakukan oleh golongan muda ini,confirm tak cukup satu kertas A4! Banyak impian yang nak dicapai.

i want to touch the sky… inspired by an ambition …

Terlalu sosial aku nampak bila dah capai populariti dan pemikiran pun dah tentu nak up-to-date dengan dunia artis dan hiburan. Bersosial tu pada aku kita punyai ramai kenalan dan bergaul dengan semua lapisan umur. Tapi sosial dalam dunia populariti mesti berbeza punya. Masa tu pendirian kena kuat nak tahan tekanan yang bakal dihadapi dan gosip terutamanya. Kalau pemikiran kanak-kanak dah dicorakkan oleh orang luar,peranan ibu bapa pula nanti macamana? Ada kes aku baca artis yang masih bersekolah dah ada masalah dengan keluarga dan sebagainya. Betul atau tidak takdelah menjadi persoalan tapi kalau benar,kenapa dalam usia muda sebegitu adik-adik ini masih lagi dibawah jagaan keluarga sepenuhnya.Tak sedap lah kalau dengar cerita macam tu kan.

Kalau nak cakap pandangan aku ni tak realistik sebab aku pun tak berkeluarga lagi atau dunia popular itu benda biasa itu takdehal punya. Tak kisah. Cuma sekarang ini dunia semakin mencabar,tanpa batasan. Budak-budak kecil pun sekarang direct cakap semakin kurang ajar sesetengahnya. Kalau masih lagi kurang pendedahan yang membina pemikiran,sahsiah ini generasi akan datang apa akan jadi? Dunia kanak-kanak masih belum luas lagi,cabaran dunia sebenar belum bermula. Mereka perlu diberi persediaan untuk hadapi itu semua. Okey, nampaknya kalau nak berkeluarga itu bukan kerja mudah kan? Hehe.. ;)

live for present

[box type="info"] .. Betul ke perkahwinan yang gah dan terlalu popular biasanya tak kekal lama? .. [/box]

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    sedih kadanng melihat kanak-kanak yang belum kenal erti dunia sebenar tapi dibiarkannya kenal dunia populariti. sememangnya ia takkan bawa kemana.

    • says

      banyak perkara yang hebat dalam dunia sebenar ni.. duduk kampus pun belum tentu boleh tahu apa ada dalam “dunia sebenar”..

  2. says

    Malaysia tidak sama macam di Amerika atau England kalau anak-anak kecil ada bakat akan digilap menjadi profesional.

    Anak dekat sini kalau genius Matematik belum tentu diterima kerana sistem pendidikan kita mewajibkan mata pelajaran lain turut diambil dan tidak boleh hanya Matematik sahaja.

  3. says

    Kak Jie juga tak bersetuju kanakĀ² didedahkan secara terlaluan dalam dunia sosial. itu bukan pelajaran yang perlu untuk mereka.

    • says

      yup setuju kak jie..:)
      sama lagi la tak setuju ttp masalanya budaya sekarang ada mak bapak yang teringin melihat anak menjadi penyanyi…

  4. SS says

    generasi kini ramai budak yang hidup dengan identiti celup semata-mata nakkan populariti. ikut sana, ikut sini tak tentu hala
    mana perginya keunikan tersendiri

  5. says

    Budaya zaman sekarang ni, lebih nak kejarkan populariti berbanding pada kejayaan. Direct cakap lah, terutama bidang seni dekat realiti TV, Tengok jer lah, baru rasa suara sedap, nak masuk interview walhal nak UPSR, tahu main gitar, dah buat recording lagu, ikut jejak artis padahal next year nak SPM..

    Janganlah semua benda kita nak keterdepanan tanpa ada kita ikuti perkara tersebut dengan utuh, kalau hari ini kita berbangga anak kita terkenal sebab berjoget dan bersosial diatas pentas, tak mustahil satu hari nanti, kalau tak ikuti betul-betul, mereka mampu bersosial di kelab malam malah “berjoget” di hotel-hotel di Genting Highland..

    Biarlah mereka dengan zaman ceria kanak-kanak mereka. Diorang tak tahu mana baik dan buruk dan tugas kita yg dewasa ni perlu didik mereka. Bukan biarkan mereka mencipta nama sewenang-wenangnya.

    • says

      yup,setuju dengan Omar.. orang dewasa memang kena didik betul-betul dalam mencorakkan peribadi kanak-kanak.. kadang2 benda macam ni dianggap mudah..

  6. says

    tapi kalau yg jadi suara latar kat upin ipin ngan boboboi tu kire artis jugak ke?? kalau x de diorg, puas plak org dewasa kepit2 suara.. huhuhu..

    daripada kejar populariti, nyanyi2 tuh, lebih baik parents anta gie kelas renang kot… x pun kelas menjahit ke.. ada gak hasil..

  7. says

    memang aku pun tak setuju hal-hal camni. Apakah mak bapak diaorang ni bangga kalau anak-anak mereka menjadi artis. Jangan salah didik anak-anak dengan tindakan sebgini.

  8. says

    Sebenarnya mak bapak yg nak popular…judi kan bakat anak-anak.Zaman sekarang zaman duit,mungkin salah satu sebabnya,anak popular bermakna duit masyuk!

  9. says

    risau mereka akan lalai dan seronok dengan dunia populariti yang tidak kemana. memang tak wajar didedahkan dengan populariti dan dan sosial di peringkat umur seperti itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam