Sejak masuk tahun 3 ni sampailah nak masuk ke final year saya baru perasan perangai-perangai ‘constant’ bagi mereka yang baru masuk kampus sampailah nak graduate. Sejak jadi freshie, 2nd year, 3rd year sampai final year ada fasa-fasa berbeza tahu. Betul atau tidak,anda baca dulu habiskan! ![]()
Menjadi Freshie Yang Takut-Takut
Normal bila jadi freshie ni muka mesti innocent. Tahu apa itu muka innocent? Suci dari segala perangai gila-gila,datang awal ke kelas,pakai kasut hitam dan baju kemeja macam kat pusat asasi (bagi bekas pelajar asasi UIAM),gantung matrik kad,selalu pakai tudung putih (tudung minggu pengenalan) bagi pelajar wanita,jalan ramai-ramai berkumpulan (united we stand!) dan juga mata sentiasa tengok papan tanda. Hehehe.
Biasanya first year jarang menonjolkan diri di khalayak ramai. Tak tahulah mereka ni lari-lari ke bila jumpa orang atau habis kelas terus balik tanpa hidup sosial. Saya sejak tahun 3 ni jarang nampak student first year berlegar-legar di fakulti. Oh! saya tak ingatlah masa saya first year perangai macamana. ![]()
Bila Second Year Kenal Hidup Sosial
Selalunya bila dah masuk second year ni,hidup terasa yakin di alam kampus! Hoo yeah,dah senior sikit,dah ada adik-adik nak dipanggil ‘kamu freshie’. Hahaha
Yang saya perhatikan,pelajar tahun 2 baik lelaki atau perempuan dah pandai berjalan dengan gaya yang yakin. Kalau dulu waktu tahun 1 jalan pun takut-takut, dah tahun 2 ni gaya berjalan tu memang sedikit stail. Semakin segak bagi lelaki dan semakin cantik dan anggun bagi gadis-gadis. Takde dah seluar slack baju kemeja kasut hitam. Pakai t-shirt,seluar jeans, kasut pun branded uptown Danau Kota sana (cap ayam pun okey) bila ke kelas.
Bagi yang suka berpersatuan,dah mula cari platform untuk bertapak. Nama kat mana-mana poster mesti ada. Kalau mesej waktu hujung minggu ataupun status facebook hari ahad malam mesti berkisahkan “baru selesai program sekian sekian sekian”. Baru nak naik la katakan. ![]()
Dah Tahun Tiga Hidup Sosial Dan Masa Depan
Dah third year ni lain sikit. Berjalan dengan yakin,tampan dan anggun bergaya tu antara ciri-ciri yang terus di-carry forward dari tahun kedua. Mungkin tambahan gaya yang semakin matang,percakapan pun disusun dengan baik dan emosi mudah dikawal sedikit. Tapi masih ada ciri-ciri aggresif orang muda.
Hidup sosial berpersatuan biasanya sudah mula memegang jawatan besar dalam sesebuah badan pelajar. Ramai rakan-rakan saya masuk tahun 3 dah pegang mainboard untuk persatuan itu dan ini. Nampak la peralihan zaman tu sebab masa tahun 2 diorang jadi sub-committee je bila masuk tahun 3 ramai yang jadi ‘orang besar’, ‘YB’ di kampus.
Satu lagi, ahh ini paling penting. Topik kahwin,persediaan menjadi suami atau isteri, bila nak pergi kursus kahwin sudah menjadi antara topik utama. *wink wink wink
Waktu tahun 3 ni ramai yang dulunya single sudah jadi double. Faham tak maksud double ni? Ada yang dah kahwin dan ada yang dah bertunang dan on going untuk kahwin. Kadang-kadang jumpa soalan pasal “calon”, “status” atau baik sikit “zaujah” tu akan ditanya. Saya? Bila saya jawab single member-member nak tak nak je percaya. Y U NO BELIEVE? FFFUUUUUU.
Oh ya,bila dah akhir tahun 3 ni kebanyakan yang aktif berpersatuan akan mula slow down dan undur diri. Dah mula serius terhadap masa depan dan diri sendiri.
Final Year Student LIKE A BOSS-lah!
Yes! Like A Boss! Masuk final year ni mula berfokus kepada hidup realiti alam lepas belajar, improve diri sendiri, bagi yang nak kahwin tu terus buat preparation study dan diri, ada juga yang dah fokus kat mencari pendapatan sampingan. Paling penting fokus kat study dan final year project bagi pelajar kejuruteraan.
Sikap semakin cool dan relaks. Bila berjalan pun nampak dah gaya final year. Camana nak beritahu ek, tengok sendiri boleh tahu la. Tak begitu ambil peduli hal-hal remeh berlaku. Selalu pakai jaket hijau ‘Kuliyyah Of Engineering’, sibuk FYP lah katakan (mereka di KOE,IIUM mesti faham). Hahaha.
Tak banyak nak dikatakan,masing-masing dah ada perancangan hidup masing-masing dah menghitung hari untuk membawa haluan sendiri. Mungkin ada part sedih sikit sebab lepas ni takde lagi dah lepak dengan kawan-kawan, buat kerja gila-gila dan lain-lain.
Even i’m in 3rd year now, i can imagine when there is no more friends to do ‘kerja gila-gila’ after graduate.
* * * * * * * * * * * * *
Entri ni bukan bias terhadap mana-mana tahun pembelajaran,ia tak lebih dari idea yang datang secara tiba-tiba berdasarkan pemerhatian sekeliling. Seronok hidup alam kampus ni,macam-macam benda nak buat dan pelbagai halangan kena lalu. Kepada yang baru dapat UPU tu, elok-elok lah bawa diri kat kampus. Create something meaningful,plan your life during 4 years there. Kalau tak cuba macam-macam rugi! Tapi jangan lari dari tujuan asal nanti menyesal. Kepada yang nak jadi senior ni,tak perlu nak ‘ek’ sangat dengan title senior. Kadang-kadang jumpa senior yang poyo ni saya wat tak tahu je sambil berkata,“hek eleh dia ni,apehal?”. Hahahaha.
Ahh,mengantuk. Baru siapkan 1 part daripada 5 projek yang perlu dihantar, tu datang idea ni. Nak buat Kopi O panas pula kalau rajin lepas ni. Inipun satu life yang korang jangan miss! Tak tidur sambil minum air panas. Seriously interesting!

Kalau Zida lepas tahun 3 tu kena tambah lagi 3 tahun. Oh myyyy~
ps.rindu plak kat UIA bila baca entry ni.sobsobb
Nak jadi doktor perlu tambah tempoh pembelajaran.
Haah, betul tu. Sabar jelah kan demi nak capai cita-cita..
zida study uia ke dulu?
Haah, 1 sem before datang Mesir, sebab masa tu abah yang ajak masuk UIA, abah mengajar Chemistry kat CFS
biasalah tu. ni lom lagi fasa bekerja lagi. hoho..
Kalau masa fasa bekerja kosong balik seniority tersebut.
start from… freshie.. kena baik2 dengan pekerja2 senior tu.. haha
tahniah.. lepas ni masuk pula ke alam pekerjaan
Masuk alam pekerjaan seronok dapat pegang duit gaji pertama.
gaji pertama kena bagi sikit kat mak kita baru berkat.
betul. bagi ke belikan barang2 rumah pun okey..
gaji pertama. kena fikir saving sikit tuh..
alam pelajar lagi best rasanya..
masuk tahun empat nak kena fikir kerja pulak~
adakah tempat kerja pegang lampu masih memerlukan farah? ataupun.. dah ke arah artis sekarang.. setakat keluar TV tu mainan je?
Hmmm… Bestnye dah nk dkat hbs… Sy stop masa final year due to tekanan…
tak dekat. setahun tu macam2 ada. owh,takde hal. tak semestinya kena masuk U baru berjaya. jalan,peluang kat dunia ni luas..
bila dah biasa kat tempat orang..
lama-lama berubah la prangai tu.. makin buat innocent..haha
haha. itu perkara biasa. dah selesa..
wah, dah tua rupanya hang ni :p
tahun 3 agak-agak berapa umur? dah beberapa tahun dah aku tinggalkan umur belasan tahun. haha
Aku baru tahun ke dua nak masuk tahun ketiga..so kena fikir pasal nak jadi “double” r ni ..haha
dah ada calon2 nak double ke? haha
Indahnya zaman itu.. Rasa macam nak kembali ke zaman keseronokkan di kampus dulu. Sekalipun sambung ke peringkat Master, tak dapat lawan pengalaman masa diploma dan first degree..
kalau dah buat master banyak buat hal sendiri,research. duduk pun bilik bukan ramai-ramai, duk sorang-sorang. mostly lepas UG ramai kahwin,jadi kalau masuk kelas PG pun mesti beza.. dari segi suasana,pemikiran dan sebagainya.. stage of life..
Sebenarnya aku jeles kalau bab2 berpesatuan ni.
Kat sini aku join Malaysian Student Assoc je lah, Chemical Engineer club etc suma aku tak join. Serius susah nak ngam dgn diorang. Kalau kat Malaysia mungkin aku aktif macam masa f5 dulu hehe
susah nak ngam tu dari segi camane? mostly student malaysia gak yang handle kan? ke campur2 yg chemical engineer club tu?
Semlm bersms dgn Angah, dia jadi president kelas…mcm tahun2 lepas kt mrsm – bab kemeja , tali leher tu dah biasa dia sbb masa tunggu spm dia belajar kt kolej komuniti.
seronok dapat berpeluang merasai frasa perubahan anak2…dan aktif dgn kehidupan dia org
bila dah masuk ipt kena ada pakaian formal 1 set. saya pun beli sebab kena pakai. kalu tak,tak minat pakai tali lehar segala. panas. haha
aku rasa time 1st year tu dah hipster.
mau taknya, asasi 2 tahun dah kenal KL.
gahaha.
1st year matrik dengan 1st year direct intake jauh beza.. haha
aku dari tahun 1 sampai tahun 3 orang duk kata dengan gaya nerd. tapi dari segi pergaulan, tempat makan, self confident tu semua ada berubah pada setiap tahun dan semuanya bertambah baik. hopefully final year elok juga. kalau x elok memang knock out final year project nanti.
p/s : nice post, teringat zaman freshie, second year dan comparison sekarang
benda tu aku dulu pun tak reti. sejak masuk U banyak join program,meeting,organize event jadi banyak bercampur orang. lama2 kita reti la nak komunikasi dengan orang lain.
tahniah n good luck untuk final year. kehidupan di u memang seronok dan mencabar, bila bekerja nanti lebih mencabar dan lebih independent.
nak praktikal pun dah rasa memang akan mencabar.
biasalah, selalu freshie mula2 skema skit. belum familiar dengan suasana sana kan.. memang best pengalaman sewaktu belajar..
best jugak tengok freshie.
Even i’m in 3rd year now, i can imagine when there is no more friends to do ‘kerja gila-gila’ after graduate.
huuuu tetibe je rase sedihh..kalo sume terlebey matang nanti..huhuhuhu
betol3..1st year baik..skema je..jln pon tunduk..bila dh final year,pakai flip flop je gi kelas..tetiba rasa sebak nk tinggalkan alam uni..sobss :”(
Good Luck ya! Buat yang terbaik, dan kaut sebanyak mungkin ilmu fromatl dan tak formal. Tidak semua ilmu formal akan dipakai di alam pekerjaan, namun begitu setiap ilmu akan tetap memberi manfaat.
I think that it is very complicate to get the first year in the final year as there are almost two or three years will be taken for that.
klau dah jdi senior ni, mesti tau smua tmpat di campus, nnti tak pasal junior tanya tak dpt jwb plak hehe
Memang seronok kehidupan di kampus. Tiap-tiap hari ada je xtvt dgn kwn2. Rindu zaman buat kerja ‘gila-gila’ dgn kawan2 dulu. Sekarang ni nak jumpa pun dah susah, jumpa di muka buku je.
Something which happens in the colleges between the first year and the last year students is the seniority and juniors always respectful towards the seniors.