Kenali Komponen Asas Sebelum Membeli Hosting

server provider

Hosting merupakan perkara penting dalam dunia blog. Beberapa minggu lepas aku ada cerita tentang Apakah Itu Domain & Hosting, kali ni elemen dalam hosting pula mengisi tempat. Secara ringkasnya, apa yang perlu kita tahu tentang hosting ?

1. Saiz Diskspace

diskspace server hosting

Diskspace merupakan tempat segala dokumen kita disimpan. Macam yang dicerita pada entri yang lepas, diskspace ni tempat nak simpan isi hosting. Apa-apa yang kita upload untuk blog akan mengurangkan jumlah saiz seperti gambar, lagu, video, theme dan plugin. Selain tu, kalau korang buat email sendiri menggunakan Cpanel, email-email yang diterima atau dihantar juga akan memakan mengurangkan diskspace.

cukup ke 1Gb diskspace?

Sebelum ni, Fariq ada tanya tentang diskspace yang aku gunakan untuk blog ni yang saiznya hanya 1 Gigabyte. Cukup atau tidak ? Sebelum korang pilih saiz ni, tentukan dulu blog korang jenis apa. Kalau jenis peribadi macam aku ni 1Gb sudah memadai sebab blog macam ni tak menggunakan gambar, lagu serta video yang banyak. Sekarang ni pun aku baru guna 100Mb++ daripada 1Gb. Lama lagi tu nak capai limit.

Kalau korang nak buat blog yang memang target ramai pengunjung seperti port-port download, cerita tentang artis, tempat simpanan video perlu untuk memilih saiz yang besar sikit. Ikut kepada kesesuaian jenis blog. Takpun kalau pakej hosting boleh letak 4 – 5 domain, pilih la saiz besar sebab semua domain tu akan berkongsi diskspace. Antara cara nak kurangkan penggunaan diskspace ialah upload gambar kat image provider percuma seperti PhotoBucket, Katak Beku ( imageshack ) atau Blogspot. Kalau nak buat email yang ada alamat domain sendiri, boleh guna Google Apps.

2. Bandwidth

Nak kasi faham secara ringkas, bandwidth ni jumlah data yang dimuatturun bila pengunjung buka blog korang. Sape pakai broadband ? Tengok tak kat meter tu tiap kali bukak website, akan ada jumlah data yang dimuatturun. Semakin banyak data yang dimuatturun, semakin berkurang bandwitdh samaada bandwidth tuan blog ataupun si pengguna broadband.

Sebab tu ada kes dimana korang akan nampak ‘bandwidth exceed’ kat sesetengah blog sebab jumlah pengunjung terlampau ramai. Makin ramai orang bukak blog, makin sikit bandwidth blog. Sampaikan 50Gb bandwidth pun tak cukup. Tip top blogger tu ! Saiz bandwitdh ni tak macam diskspace sebab bandwidth akan reset sebulan sekali. Bermakna kalau korang pilih pakej 30Gb sebulan, bulan berikutnya korang dapat balik 30Gb tu.

Macam memilih diskspace, ikut keperluan blog. Kalau blog gosip artis biasa popular kan ? Amik la saiz besar sikit. Takpun ada projek besar dengan blog ke, pakai diskspace dan bandwidth besar. Tapi sepanjang aku menggunakan saiz bandwidth 30Gb kat blog ni, aku sure takkan ada kes ‘bandwidth exceed’ sebab tak ramai visitor. Jadi, 30Gb pun dah memadai. Hmm,teringin nak bandwidth exceed la.. Hihihi..

3. Fungsi Cpanel atau Direct Admin

control panel in hosting

Ini merupakan control panel untuk hosting korang. Kira macam software kat komputer la. Kat sini korang boleh tengok jumlah visitor, penggunaan diskspace, bandwidth, buat email sendiri, access FTP ( file transfer protocol ) untuk muatnaik data, re-direct URL, letak sub-domain dan lain-lain. Aku menggunakan Cpanel, seperti gambar contoh diatas. Direct Admin tak tahu macamane tapi fungsinya sama je dengan Cpanel. Pendek kata Control Panel ni membolehkan korang menguruskan data-data dalam hosting dengan teratur. Tu yang orang cakap best pakai hosting sendiri sebab semua kita boleh susunatur sendiri.

Cukup dulu 3 point yang perlu tentang hosting. Biasanya orang akan tengok bandwidth dengan diskspace dulu. Ada juga orang tengok ciri-ciri lain seperti berapa jumlah add-on domain boleh letak dan sebagainya. Eh,apa itu add-on domain ? Cerita kat entri lain la eh.. hehe.. Berkenaan saiz bandwidth dan diskspace tu, kalau dah habis korang boleh minta hosting provider korang tambah tapi duit pun kena tambah gak. Jadi, sebelum memilih hosting, pastikan dulu korang dah ada tujuan kenapa buat blog dengan hosting sendiri. 8)

*ada kemusykilan lagi ? Meh la kasi komen dan kita bincang. ;)

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    dulu masa mula2 nak beli hosting bukan main buat survey sampai berhari-hari. bila dah pakai hosting ni baru tahu apa yang penting : customer support service… hehe

    btw, blog aku sebulan tak sampai 5GB pon guna bandwith.. :)

    • says

      haaa.. customer support ! lupa nak cerita.. takpe la, diskus sini je.. hehe.. memang tu core point gak nak beli hosting ni.. aku pun berminggu2 gak baca testimoni sana sini..google itu ini.. sama la, bandwidth aku pun tak jejak 5Gb..

  2. says

    Salam, smart, point2 semua menarik pasal space n bandwith…suka baca nih ..tunggu entri baru pulak nanti…thanks 4 share :)

      • says

        Itulah bro.. kene alaminya dulu baru faham..
        tp menarik entry ni.. blh jd panduan utk meraka yg baru nak bermula self hosted mcm ko dulu.. :)

        • says

          stakat terangkan basic2 je..dah tu je aku tau.. hehe.. nak kasi pendedahan awal.. kalau tak cuba n explore sendiri memang tak tau.. ko r sifu aku kan.. :)

  3. says

    uit bro.. lagi skali thumbs up utk entri ni.. 1 je soalan.. disc space tu kalo penuh mmg kena upgrade la ye?? nmpknye. lepas berhosting kena kurangkan entri la.. wakakaka

    • says

      kurangkan entri ?.. kurangkan perenggan kot.. hehehe.. yg aku baca dari blog2 lain diorang ada yg topup space n bandwidth..tapi aku tak pernah try lagi.. nak tahu lanjut,contact support mane2 hosting provider..diorang akan jawab..uji diorang punya support pun salah satu nak tahu syarikat tu bgus atau tidak..

  4. says

    masih blur2 aku dengan selfhosting ni. aduhaii…kita kalau beli domain, tak bermaksud kita beli webhosting sendiri kan? Tapi ada pakej tu kan? aku pening. ko paham tak bro soalan aku. sebab aku tak paham apa jenis soalan kah yang aku bagi ni. agh!

    • says

      paham2 soklan tu..aku pun dulu blur gak tentang tu.. ada pakej yg menawarkan free domain.. maksudnya dapat domain la.. kalau dia state hosting, domain allowed = 1.. maksudnya pakej tu boleh letak 1 je domain..nama domain beli lain harga..biasanya macam tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam