Kenapa Jadi Forever Alone?

Forever Alone. Orang anggap kita ni suka bersendirian. Takde kawan-kawan,takde teman wanita dan selalu jalan sorang-sorang. Tapi itu bukan peliklah, takde yang salah pun menjadi forever alone atas sebab tersendiri.

tiket wayang MBO ice age 4

– selesai tonton wayang cerita Ice Age 4 petang tadi. Sorang-sorang pun jadi.

Saya jenis yang macam ni,suka jalan sorang-sorang. Kat kampus pun selalu pergi mana-mana seorang diri. Makan pun biasanya sorang-sorang. Bukan takde kawan, ada je kawan dan boleh dikatakan sangat ramai cuma seorang diri itu keselesaan.

Ada Plan Sendiri Setiap Hari

Kalau berjalan seorang diri tu maksudnya adalah perkara-perkara yang saya nak uruskan. Pergi sana, pergi sini dan tak memerlukan untuk orang lain turut serta. Yelah urusan kita kan? Waktu makan pun sama juga sampai saya dah lali dengan orang tanya macam ni,”eh wan,sorang je?”. Tapi ada waktunya saya makan beramai-ramai dengan rakan sekelas atau ahli mesyuarat meja petak. Tapi paling menjengkelkan ialah soalan ni,”eh wan,sorang je? Bila nak berdua?”

Selesa Buat Pilahan Destinasi

Satu lagi situasi yang saya suka jadi forever alone bila keluar beli barang atau ke bandar. Kiranya berkait dengan point ada plan sendiri setiap hari. Kadang-kadang lepas saya selesai urusan di satu tempat contoh kat Pertama Complex, tetibe rasa nak pergi Lowyatt lepas tu rasa nak pergi KLCC. Bila berjalan seorang diri ni bebas nak buat pilihan destinasi, tak terikat masa dan puas hati. Tapi ada masanya juga saya berjalan dengan kawan-kawan.

Tak semua sama. Ada yang suka berteman ramai-ramai dan ada yang suka menjadi forever alone begini. Ini keselesaan saya, sampaikan praktikal pun redah je sorang-sorang dari UIA kat company tu. Tapi foreve alone pun ada masa kita kena raikan rakan-rakan kita. Ada lagi sesiapa yang suka style macam ni? Mesti sebabnya juga lebih kurang sama. :)

Forever alone lebih pandai berdikari. Betul ke?

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. izwan says:

    yep.boleh decide mana nak pergi,jangka masa pergi dan balik sesuka hati..bila berdua atau lebih,kena bagi komitmen pada dia pulak.dapat pulak kawan yg suka merayau entah mana2.spoil program lain yg dah dirancang lama

  2. Azah says:

    lelaki senang nak forever alone. pompuan payah sikit. nk g mana2 sume nk kena berteman, maklumla malaysia sekarang ni dah x berapa selamat lagi dah.

    tapi kalau pegi mana-mana sorang2 kan best, x de terkejar dek kemahuan orang lain.

    • Izwan says:

      yup. rasa gitu gak. pmpuan jalan sorang-sorang ni orang suka amik kesempatan. boleh ramai-ramai tapi tujuan sama tak jadi masalah.

  3. Aku suka gi beli barang sorg2, lg selesa nk jalan hehe

    • Izwan says:

      #foreverAlone. tapi pergi melancong tak boleh sorang-sorang kan? :lol:

      • Kalau aku, tak berani lagi kut.
        Tapi ada gak kawan2 aku jenis boleh berjalan sorang2, g UK sorang2. Pastu pandai2 lah die contact students Malaysia kat sana.

        ps: Kalau berjalan berdua je dgn isteri mcm syok gak kan? Haha

        • Izwan says:

          kalau pi UK sorang2 tu lepas tu sampai sane lone ranger lagi mantap. haha. jalan berdua dengan isteri? tunggu lah bila dah beristeri. :lol:

  4. Suka #foreveralone bila pi lowyat, jln2 cr barang2 sendiri sebab bebas nk amik masa berapa lama sekali pun! :)

  5. Firdaus says:

    sebenarnya syok bersendiri lagi sebab bebas dan takde terikat kalau nak pergi mana2 dan buat something. aku pun suka bersendiri kalau nak buat something yang aku teringin nak buat.

    p/s : edit gambar guna software ape ? photoshop ke ?

  6. meuz says:

    biasenye yang aku nampak, forever alone ni term utk yg takde awek.. ok, boleh gaj guna utk yg takde kawan2.. yg aku nampak la, sape2 yg berperangai mcm taik biasenye akan dipulau, takde sape nk lepak sama :)

  7. amirulfaiz says:

    We can’t never be forever alone, for there are always Raqib & ‘Atid to record our deeds. :)

  8. wazy says:

    #foreveralone is #ohsem

  9. shraqs says:

    Nak forever alone tu dah tak bleh la,.. kadang2 jer,.. setiap dari kita perlukan masa utk bersendirian. IMO

  10. Zida says:

    Hai brother wan, sorang je ke? bila nak berdua?

    hahaha mengjengkelkan ke tak kalau tetiba zida tanya? :P

    well, zida pun kekadang forever alone jugak bila keluar pegi shopping mall dekat area rumah (sebab takde member punya pasal) tapi lebih feveret dengan member la sebab boleh pau sikit diorang tu #eh haha~

  11. chempaka says:

    nikmati lah masa2 berseorangan…

  12. titan says:

    aku dah lama jadi forever alone ni. dah bosan. nak masuk geng-geng duet plakk..

  13. Hafizul says:

    Haha..sama la ngn aku..suka jalan sorg2..bebas dan tak byk kerenah..tapi kadang2 modd nk jalan ngn kwn datang, memang kena ajak kawan la..haha

  14. chii says:

    gerak sorang2 lg mudah..leh decide nak g kemana2 tanpa perlu tunggu keputusan org lain..
    selain tu dpt create kwn baru..sbg contoh naik bas soang2..nampak awek/jejaka ; leh la ajak sembang2 tanpa perlu memikirkan kawan di sebelah kan.

    tp kalau nak beli brg..better bawa someone..sebab perlukan buah fikiran dan pandangan ttg apa yg ingin dibeli

  15. hafizmd says:

    ehhee…aku rase mmg jenis yg berdikari..dapat staff camni mmg best..takde nak pening semua nak kena ajak dan tunjuk…hehee

    pe2pun bro, akan sampai jugak masanya nanti utk tak alone…hehehe

    so, enjoylah masa sendiri ni yer….hehehe

  16. spudin says:

    hurrmm..myb nak menyendiri atau tak ada kawan ? myb cara kita nak cari kawan salah…based on my experience :)

  17. Yatee says:

    Saya seorang diri sebab penyakit. . . :(

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam