Pantai ni macam tempat yang paling relaks kat dunia. Dia punya bunyi ombak, angin bertiup kuat, tengok anak-anak ketam berjalan tepi pantai rasa macam terlupa segala masalah dunia. Manusia yang diciptakan dari tanah lebih dekat pada alam semulajadi mungkin,cuba kalau lepak lowyat ke times square ke snooker ke tak rasa feel macam pergi lepak kat pantai lagi-lagi bila duit takde!
“cuba kau tengok belakang tu, penuh kereta sesak sana sini. Penuh bangunan segala,sesak. Lepas tu kau pandang depan, lapang je kat pantai ni. Kosong. Hilang semua kesibukan dunia” – friend
Makin hari makin banyak benda nak fikir sebenarnya. Kerja-kerja duniawi dan hakikat yang kena settle tak kiralah camane sekalipun. Otak sesak. Jadi perlu satu tempat yang mana boleh lepaskan segala-galanya. Kalau boleh nak buat rumah tepi pantai la kot, tapi jangan takut dilambung ombak la kan. Hehe.
Satu lagi tempat saya suka pergi tanah tinggi. Setakat ni saya pernah sampai ke Bukit Fraser dan Cameron Highlands sebab ada program. Program bawah universiti, jadi ia percuma. Tinggal bawa duit shopping je. Hehe. Tanah tinggi takde pantai,air ke apa tapi iklimnya yang sejuk itu mendamaikan.
Kadang-kadang nak pergi tempat macam ni tak payah plan pun. Rasa macam bosan,serabut giler “jom! Keluar”. Itu saya selalu buat walaupun bila dah balik tahu banyak lagi kerja nak kena siapkan. Hahaha. Tapi berbaloi, buat saja. Tak kisah duit minyak ke apa ke yang penting puas hati. Mungkin bila dah kerja nanti tak mustahil saya akan tiba-tiba travel ke mana-mana secara tak sengaja. Travel tak sengaja eh? Kena fikir balik tu.
- all pictures by izwanyusof.








bestnya dapat travel ni..
kalau nak travel secara tak sengaja, duit kena lah sentiasa ada dalam poket tu.. kalau tak memang susah lahh
kadang2 travel tak perlukan duit sangat. simple2 je tapi bermakna. hehe
bajet sentimental ah tu.
hik.
;P
biasalah.
jiwa-jiwa sket cuti2 ni. hahaha
gua memang suka gi pantai. best. ramai awek. haha..
time ni baru lepas hujan,takde awek-aweknya. haha
Petang tadi pergi pantai Puteri Melaka kononnya hendak membidik matahari terbenam tetapi telah dihampakan kerana langit berawan.
p/s: Semakin mantap bidikan bro.
waktu saya shoot ni pun baru lepas hujan. tu yang langit putih. so just main kat effect2 ombak,batu je. nak main landscape tak sesuai. kalau ada bot lagi best. hehe. masih belajar lagi. ikut2 skill orang je.
pantai memang mendamaikan
dan menenangkan..
dan bila kurang sihat, segeralah ke hospital pantai, heh
#gurausajer
hospital pantai, jika mampu membayarnya. hohoho..
Kalau tepi pantai,aku selalu pergi seaside Pontian,boleh tahan juga pemandangan kat situ
aku pergi kat tepi taman baru tu,dekat dengan stesen bas. kalau pekena ikan bakar sekali mantap gak tu.
Kat pantai memang best. Saya suka pergi pantai tapi bukan tengok awek la. hahaha. Paling suka pergi pantai petang-petang, tengok matahari terbenam. Indah ciptaan Nya.
petang dengan pagi. pagi kalau dapat shoot sunrise waktu merah2 tu sangat kagum dengan ciptaan Ilahi.