Keputusan Permohonan IPTA sesi 2011/2012. Tahniah!

semakan keputusan upu 2011

Hari ini keputusan semakan permohonan UPU ( unit pengurusan universiti ) telah dibuka jam 12 tengahari tadi. Keputusan kali ini sangat penting bagi mereka yang lepasan STPM 2010, matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011, Lepasan STAM serta Lepasan Diploma/setaraf. Aku juga diantara salah seorang yang menyemak keputusan permohonan UPU hari ini. Nak tukar universiti ke? Hehe.

Tadi sebelum solat Jumaat sempat aku semak keputusan permohonan IPTA untuk adik yang baru tamat matrikulasi perakaunan di Johor tahun ini. Alhamdulillah permohonan dia berjaya untuk ke Universiti Putra Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Pilihan kedua tu, pilihan pertama dia letak Universiti Malaya tapi dah rezeki kat UPM agaknya, itupun satu pencapaian yang bagus. Untuk semakan keputusan permohonan IPTA 2011 boleh diakses melalui link dibawah.

http://intake.utm.my/semakan/

atau

http://upu.mohe.gov.my

atau SMS

UPU RESULT [No. Kad Pengenalan] ke 15888

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam permohonan ke IPTA tahun ini. Suasana di IPT sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda jauh berbeza dengan suasana pembelajaran semasa di peringkat matrikulasi, asasi dan STPM. Dalam masa 3 – 4 tahun akan datang ni berdikari atas usaha sendiri sepenuhnya. Masa sekolah semua diberikan, masa kat asasi pun semua dibekalkan tapi dah masuk IPT dah takde semua tu. Semangat kena lagi kuat di sana. Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Tahniah kepada yang berjaya. Pengalaman baru akan bermula.

Kepada yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, jangan anggap anda dah jumpa jalan mati. Rezeki Allah ada dimana-mana dan jika betul sumbernya anda juga boleh berjaya. Kalau tak sambung pelajaran, cuba ceburkan diri dalam perniagaan. Aku nampak industri perniagaan ini memang boleh berkembang maju. Islam pun menyatakan 9/10 rezeki itu dari perniagaan. Kalau nak berniaga buat kelainan dan jangan sekadar ‘asalkan berniaga’ saja. Cari lagi peluang yang ada dalam hidup ni, tak berjaya ke IPT bukan penamat segalanya.

Selamat menghadapi alam kampus pada bulan September nanti. Kesian korang, raya kejap je tahun ni kan. Heh!
;)

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. myFirdaus says:

    tahniah buat sape yang dapat peluang sambung belajar.

    p/s: pic tu mcm x berkaitan jer ngan entri. hehehe

  2. cx's says:

    yeah. congratulation pada semua!! 41,267 calon ditawarkan di IPTA

  3. lubuk says:

    adik2 blaja elok2..masuk U nanti jgn cari pumpan nanti tak terbelajar jawabnya..terimalah pengalaman org yg sudah melaluinya..hohoho..padan muka aku..lawat2 la blog teman kalau nak cari henpon baru atau beli baju kurung untuk raya..tq

    http://lubuk-barang-murah.blogspot.com

  4. chempaka says:

    tahniah ye kat adik tuh, ye.. nnt bleh balik simpang sama-sama ngan abang.. huhu ^^

  5. syafiq kamil says:

    Tahniah buat adik ko… amik akaun rupanya… mantap ! ..abg engineer, adik akauntan..

    ‘Adik’ aku dapat UniSZA, hahaha

  6. farah says:

    nama saya tak dalam senarai…

  7. masa dulu2 nak tau keputusan mana ada guna online atau sms.semua jenis hantar surat ke rumah.rasa nostalgia pulak bila dikenangkan balik.rasa macam nak cari balik aku punya surat tawaran masuk U dulu.mana ekk aku letak?

  8. izwannizam says:

    tahniah buat adik.tambah lagi seorang budak akaun :p

Trackbacks

  1. [...] Penuh: Di sini Tags: keputusan permohonan UPU [...]

  2. [...] Yayasan Bank Rakyat 2011 Posted by Izwan on Jul 22, 2011 in Pendidikan | 0 comments /**/Setelah keputusan permohonan UPU dikeluarkan pada 15 Julai yang lalu ramai yang sedang mencari biasiswa untuk dimohon. Baru-baru ini [...]

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam