Tips : Kesan Tajuk Entri Terhadap Pembaca dan Trafik

tips berblogging pilih tajuk yang sesuai untuk entri

Hye. Dah 5 hari aku tak update blog dan itu merupakan satu jangkamasa yang lama. Hahaha.. Hari ni baru je selesai hantar assignment book review untuk subjek Engineering Ethics Safety & Environment dan belum hilang penat lagi dah dapat satu take-home mid term exam kena jawab dalam masa 24 jam. Style kan subjek ni? Exam jawab kat bilik je. Sambil jawab exam boleh tengok movie,makan serta layan twitter.. Heh! teruk seh.. Okey, kali ni terlintas nak cerita pasal pengaruh tajuk entri blog terhadap pembaca dan juga trafik. Nampak macam mudah je sekadar letak tajuk tapi banyak juga kesannya.

Tak semua orang boleh menulis entri dengan baik dan menarik dalam blog. Aku pun tak reti nak tulis entri yang sangat-sangat menarik ni. Apa ada dalam kepala aku taip je. Disebabkan kekurangan tu, penting untuk kita membuat pemilihan tajuk yang sesuai supaya persepsi pertama pembaca dapat tangkap apa yang nak disampaikan dan tak rasa tertipu. So, ada 3 point yang akan dikongsi kali ni :

1. Elakkan menggunakan tajuk “ tiada tajuk”

Guna tajuk “tiada tajuk”? Macamana kalau dah tajuk tu maksudnya tiada tajuk. Pening, aku pun tak tau nak terangkan apa tajuk tu. Dapat tangkap kan ? Penggunaan ayat ‘tiada tajuk’ dalam entri ni membuatkan pembaca pening apa yang kita cuba nak sampaikan. Nampak macam takde tujuan buat entri jadi macamana orang tertarik untuk baca entri kita. Ayat ‘tanpa tajuk’ ni juga menggambarkan kita ni tak serius dalam menghasilkan blog. Blog yang tanpa arah sekadar ada blog, juga mempengaruhi keyakinan pembaca. Apa tujuan berblog ? Boleh baca 6 Sebab Kenapa Buat Blog. Jadi bila tajuk tak menarik perhatian pembaca, trafik pun kurang.

2. Tajuk tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek

Tajuk memberi persepsi awal kepada pembaca. Bila orang baca tajuk tu je dia dah tangkap apa isi kandungan entri ni. Jadi ayat yang terlalu panjang untuk tajuk tidak digalakkan sebab orang boleh letih membacanya. Nak fahamkan lagi tajuk pun satu hal juga. Tajuk terlalu pendek pula macam terlampau umum dan agak samar-samar. Contohnya kalau guna tajuk ‘KLCC’ agak kabur apa maksudnya. Mungkin boleh diubah kepada ‘ 5 Lokasi Menarik di KLCC’ ataupun ‘Kejuruteraan Mekanikal Disebalik Pembinaan KLCC’ tetapi ia bergantung kepada isi entri dan mestilah saling berkaitan.

3. Tajuk tidak menipu pembaca

Seperti yang diceritakan kat point kedua tadi, tajuk mestilah berkaitan dengan isi entri. Sesetengah tajuk di blog sekarang ni lebih menumpukan kepada tajuk-tajuk ‘panas’ supaya orang terburu-buru nak klik. Benda-benda nampak ‘hot’ ni memang cepat je naik kat Malaysia kan. Hehe.. Bila ia digunakan sebagai taktik menarik trafik dengan cepat padahal isi entri tersebut sangat berlainan dengan tajuk asal, pembaca akan rasa tertipu. Bila rasa ditipu, berapa agaknya kebarangkalian dia nak datang balik ke blog kita? Haa, agak-agak je la ya. Mungkin diawalnya kita dapat trafik tinggi dan mendadak tapi tak konsisten. Lebih baik tumpukan kepada pembaca setia daripada mendapatkan pembaca segera. Harap-harap boleh faham apa dimaksudkan dengan pembaca setia dan pembaca segera. Kalau rajin main SEO boleh tackle dua-dua. ye tak ?

Keseluruhannya, tajuk entri merupakan elemen penting untuk menghasilkan sesuatu blog yang menarik. Aku pun tak reti sangat, masih mencuba dan kadang-kadang stuck 10 – 15 minit hanya disebabkan tajuk entri sahaja. Apa pun asasnya ialah cuba untuk memastikan tajuk dengan isi kandungan entri itu saling berkait dan maksudnya sampai. Practice !

Promo :

1. Tune Talk nak kasi promosi untuk  BlackBerry® Curve™ 8520 | BlackBerry® Curve™ 9300 | BlackBerry® Bold™ 9780  | BlackBerry® Torch™ 9800. – info

2. Pengguna Blackberry dah cuba BB Messenger ? Berhubung dengan cepat dan pantas ! – info

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. setuju, selalunya title blog mempengaruhi orang nak baca ke tidak..
    kalau tajuk tut, elak2 kan lah, buat je tajuk straight to the point..bukan ke tu menipu reader namanya..

    • Izwan says:

      tajuk tak straight pn salah satu skill penulis..tapi itu kalau penulis yg betul2 reti main tajuk dengan isi post r..

  2. Jai says:

    Biasanya tajuk yang menipu pembaca tu banyak…he3.. Lebih2 lagi blog dari indon.. Pelik jugak.. Dalam blog tu macam2 ada, tajuk dah kena apa yang kita cari, tapi isinya xde kena mengena.. Err.. Cemna nak cakap ek, Jai sendiri pun pening…ha3. Senang citer la, link dalam blog diorg tu adalah link dari luar… Emm.. Lebih kurang macam autolink la gitu.. Dah, pening Jai…ha3

  3. titan says:

    kalau tajuk pelik sket tu..faham-faham ajelah..

    tapi aku tak nafikan..memang aku tertipu juga kadang-kadang. haha..

  4. usahawan says:

    ya!! Cara terbaik membuat tajuk sedikit sebanyak memerlukan teknik2 SEO. Bila tajuk berSEO, kemungkinan post atau artikel kita mudah diindek dan di`highranking’ oleh search engine!!

  5. Amry says:

    tajuk sememangnya memainkan peranan penting. aku pon kekakdang jenug gak nak dapat tajuk yang menarik….huhu…tapi kalau tajuk menipu pembaca tu kalau boleh elak lah…

  6. Affan says:

    aku nak komen no 2 dan 3 je.
    pendek sgt tak bagus, tak bagus untuk seo jugak. contoh, kalau orang nak cari “tempat-tempat menarik di KLCC”, die takkan taip KLCC je masa nak google.

    Itu dipanggil long tail keyword. Aku lagi suka long tail keyword, kadang2 dalam satu tajuk tu, macam2 organic traffic blh dapat. tapi ada limit juga tahap “kepanjangan” tajuk tu. kalau panjang sgt tak mesra search engine.

    no 3, mmg aku tak suka. kadang2 tension jugak. dan cara ni boleh jugak dianggap black hat seo. tajuk lain, tulis merapu, takde isi.

    • Izwan says:

      bila otai SEO kasi kelas.. thanks for this comment.. :D
      maksud panjang tu aku refer kalau sampai 3 baris tajuk shj..hoho..cam tak best je tengok.. black hat seo tu tak tau la nak detect camane.. memg tension kena gitu..

  7. cik mila says:

    thanxx bagi serba sedikit info tentang tajuk blog..akan diguna pakai :)

  8. chempaka says:

    tapi kadang-kadang rasa style ar tulis tajuk x menggambarkan entri.. macam teka teki sket.. kalau org yg follow mesti dia tertanya2, apalah yg hndak disampaikan… cume pada yg mencari info je ar agak kurang sesuai.. macam adiff, byk tajuk dia pelik2 kan? errmmm

    • Izwan says:

      yup..betul.. tu bergantung pada kepakaran penulis dan itu kelebihan dia..hanya pembaca setia dia je paham cam adiffstory dan kujie2.com.. aku pikir gak nak ulas point ni tapi cam panjang sgt, tu exclude point ni.. bagusnya ada gak terfikir.. hehe

  9. kaizen says:

    wahaha setuju sesangat~ paling takleh blah adalah tajuk menipu~ ngeh3

  10. Nice entry.. keep it up bro. xD

  11. faaizz says:

    tajuk menipu. hampeh.

    yg ko ni, tajuk nak tips je. haha XD

  12. ct N honey says:

    betul tu tajuk mmg memberi kesan utk menarik pengunjung.kadang2 entry saya dah siap tapi fikirkan tajuk dari pagi sampai petang, baru dpt,sambil buai anak,masak nasi,basuh pinggan sambil tu fikirkan tajuknye.

    • Izwan says:

      ini betul2 teliti ni.. sambil buai anak pkir pasal blog.. harap2 masak nasi tu tak keras sambil pikir tajuk.. hehehe.. :)

  13. Mr.Kerro says:

    ahahah mmg ramai buat tajuk tipu, blogger pemes pon ada.. bukan blogger otai tau, blogger pemes tajuk bukan main last2 entri hampeh ntah apa2 crita psl kawan dia bru bukak blog baru la.. amende nk tipu pmbaca la tu… :P

  14. Tajuk memang memainkan peranan penting untuk menarik pembaca, kena pandai mencari tajuk yang boleh “bait” pembaca masuk ke blog kita.

  15. ademncats says:

    Tq for the tips.

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam