Ketahui Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadhan dan Syawal

Minggu depan rasanya dah mula berpuasa bagi umat Islam seluruh dunia. Lepas balik kerja,basuh baju dan mandi semua macam biasa mengadap laptop. Baru teringat nak cari tarikh lihat anak bulan ramadhan untuk tahun 2012 ni. Tak susah pun,boleh dapatkan info di laman web rasmi penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia.

Seperti yang tertera, tarikh lihat anak bulan ramadan iaitu penetapan awal puasa 2012 jatuh pada 19 Julai 2012 (khamis) minggu depan. Manakala tarikh lihat anak bulan syawal iaitu penetapan hari raya aidilfitri 2012 adalah pada 18 Ogos 2012. Kalau kat Johor ni tempat mencerap anak bulan yang saya tahu di Pontian Kechil. Minggu depan hari Khamis, kalau weekend boleh juga pergi sana sebab tak jauh dari Nusajaya.

anak bulan ramadhan syawal

– picture by Manal-memo

Ramadhan kali ini akan berbeza sikit bagi saya. Kalau tahun lepas kat kampus tapi tahun ni puasa diwaktu praktikal mungkin penat sikit sebab masuk industri berat. Tapi dah pernah kerja waktu Ramadhan dulu, adalah pengalaman sikit. Apa plan korang nak puasa ni? Tingkatkan amalan? Cari masjid berbuka puasa percuma? Jelajah bazar Ramadhan? Apapun semoga mendapat yang terbaik dalam kehidupan. :)

*tahun ni takde aktiviti untuk jelajah masjid-masjid sekitar Gombak,Ampang untuk cari port berbuka paling sedap. student kan,makan free jangan ditolak. aish! kenangan!

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. Dah tak lama ni. Boleh tengok kat Menara Alor Setar.. hehe..

  2. huh sedar tak sedar dah smpi bulan keberkatan …pasti ramai yg berlumba2….mendapatkan barakkah..akun nak..:)

  3. hatiputera says:

    Dah tinggal beberapa hari jer lagi nak puasa. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

  4. Glenn says:

    Boleh tengok kat Menara Alor Setar..

  5. Besok tengok anak bulan kan,,,selamat menyambut puasa.

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam