Berjumpa lagi kita setelah seminggu sejak entri terakhir. Tak dapat update blog sebab migrate hosting atas masalah-masalah teknikal. Cabaran pakai blog self-hosted ni bila ada downtime dengan kita-kita pun down sekali.
Artsflava Photography. Satu impian yang saya tulis dalam jawapan peperiksaan mid-term Engineering Management telah saya buat walaupun langkah sekarang ni takdelah besar mana. Dah lama nak kumpulkan gambar-gambar yang saya ambil dalam satu platform sebagai contoh saya guna Flickr, tapi disebabkan limited quota malas nak upload banyak-banyak. 1 Januari 2013 saya mula bina facebook fanpage bernama Artsflava Photography.
Kenapa Artsflava?
Saya tak tahu nak branding guna nama apa. Tahun lepas lagi dah brainstorm idea ni akhirnya keluar nama Artsflava. Ataupun dalam tafsirannya citarasa seni dengan tagline ‘touch a heart with lights’. Saya nak guna nama izwanyusof, dah ada kat blog ni jadi pilihlah nama lain.
Artsflava sebagai tempat untuk mengumpulkan gambar-gambar saya. Dah lama plan, sejak tahun lepas tapi baru tahun ni nak fokus, sebab tahun baru ? Hehe. Saya tak suka cuba sesuatu dengan cepat, biasanya ambil masa yang lama study sesuatu benda. Itu yang orang nampak saya cerewet kot. Ye ke?
Perancangan Artsflava
Ia bukanlah satu syarikat yang stabil. Bukan? Mungkin belum lagi, istilah tepat. Ada impian ke arah tu tapi permulaan ni ia sebagai portfolio untuk saya kumpulkan gambar-gambar saya. Perancangan terdekat saya akan buat satu-persatu album dalam facebook mengikut event, photoshoot atau majlis perkahwinan yang saya ikut serta.
Sekarang dalam plan nak buat pakej sendiri. Saya tengah survey harga custom design, photobook, bingkai gambar, kos printing dan lain-lain. Tengah brainstorm jugak apa cabang yang ada dalam fotografi ni yang ada demand. Takkan majlis perkahwinan je, asal photographer je kahwin, asal photographer je majlis kahwin. Plan nak buat pakej ni sebab ada orang dah tanya berapa harga kalau shoot wedding tapi masih tak mampu jawab, jadi kena buat sesuatu nampaknya.
Perancangan lain, masih lagi dalam usaha nak setting theme untuk website artsflava. Website ni hosting beli sejak tengah tahun lepas, tapi tak develop. Rugi jugak, itu yang nak mula balik. Dalam masa yang sama, masih cari peluang untuk ikut member bersama Serambimaya Photography dan Photosyndrome. Saya biasa ikut Serambimaya, Photosyndrome saya kenal masa ada event dalam kampus. Ikut diorang ni banyak benda boleh belajar macam teknik ambil gambar,skill dan composition. Lagi satu makin bertambah kenalan bila jumpa orang yang sama minat ni, sama juga macam buat blog.
“Minat yang sama mempertemukan kita”
Cabaran Cari Duit Sendiri
Client pertama saya secara berbayar adalah Biotech-Biochemical Student Association di kampus untuk group photoshoot. Masa tu gelabah juga pertama kali job sendiri, banyak kali tanya senior minta tips dan minta seorang kawan backup sebagai 2nd photographyer. Lepas gambar tu print out, tanya kawan diorang puas hati kira macam lega sikit tapi pada saya masih tak puas hati.
Client kedua, shoot sewaktu majlis konvokesyen di UIAM tahun lepas. Yang ni mencabar sikit sebab kena shoot, edit, burn dalam DVD, print cover atas DVD, ada yang minta frame dan akhirnya pos gambar ke semua client. Penat! Cari duit sendiri tak mudah. Terkejar-kejar cari barang dan buat kira-kira kos memang pening juga mula-mula. Tapi kerja ni buat kita nampak apa next step dan flow yang perlu diambil.
Teruskan Langkah Kecil
Apa saya buat ni langkah yang sangat kecil. Yelah fanpage pun baru nak buat, photoblog baru nak setup, pakej baru nak survey dan banyak lagi yang nak dilakukan. Ada orang yang terus langkah cepat dan naik cepat. Saya? Tak pandai sangat tapi sedar kadang-kadang dalam hidup kita kena guna cara bijak dan pantas.
Nak konsisten langkah kecil ni tak mudah. Setakat setengah bulan saya bergerak ni, ada juga goyah. Kena fikir relaks dan chill sentiasalah, benda dah minat kita pulun slow-slow. Saya suka dengar orang pandang lekeh kat apa yang saya buat, itu macam cabaran. Hahaha. Ada banyak lagi dalam fikiran kenapa saya buat benda ni, cukup sampai sini je cerita karang berjela-jela panjang. Sape nak baca?
Boleh layari fanpage Artsflava Photography dan kalau betul-betul suka, silalah Like. ![]()






cantek. pandai ambil gambar.
masih belajar lagi cikgu..
teruskan usaha bro..moga² usaha yg di lakukan akan mengularkan hasil yg lumayan 1 hari nanti..memang cantik gambar ko amik bro..
amik gambar hobi. job tu kalau ada,ada la. hehe
semoga berjaya juga, lagipun, gambar memang cantik, nak nafikan lagi dah tak boleh, terbukti sudah. superb!
ada lagi gambar yang cantik-cantik. masih tak capai level macam Saiful Nang. hehe
cantik ngat..haha…salam kenal bro..
masih biasa-biasa lagi..
Terbaik! Langkah yg amat bagus ni bro…
Moga kekal bertahan…bangga ambe tgk anak muda dalam bidang camni…teguh dan kental =)
sikit-sikit je. hehe. terima kasih.
Sikit2 cari duit makan,sementara menambahkan pengalaman.
yup bro. betul tu.
wow! cantek2 gambornya! buleh laaa my konvo plak.. tp lmbt lg..hik hik
boleh request kat fanpage nanti. hehe