Konvokesyen UIAM Erti Kejayaan Dari Kegagalan

Banyak nak update kat blog rasanya tapi tak tau nak mula cerita mana dulu. Bulan November lepas saya banyak berulang Johor – Kuala Lumpur dengan laptop dah tukar jadi PC, masa depan PC tak panjang. Susah kerja tapi redah je la sampaikan blog ni nak expired domain mujur sempat renew. Gambar pertama menceritakan apa? Ya, dah graduate pun setelah 2 + 4 tahun sebagai pelajar UIAM. “I’m survived engineering!”, sambil baling topi jagung petak tu. :lol:

iium graduates in engineering
Gagal Dalam Pelajaran.

Saya tak pernah rasa gagal sejak zaman sekolah sampai kat matrikulasi UIAM. Semua yang saya lalui dalam “comfort zone” yang macam orang lain. Keputusan exam best, hidup tenang dan enjoy. Sampailah satu tahun tu, waktu tu tahun dua ijazah di kampus utama. Waktu tu pertama kali saya dapat grade D- untuk final paper. Subjek pertama saya gagal adalah Thermofluids, 4 jam kredit! Bukan setakat tu saja, subjek lain pun dapat B-, C berderet-deret. Semester depannya saya ambil balik subjek yang gagal tu.

Masuk tahun ketiga, saya gagal satu lagi subjek iaitu Calculus 5. Kami kat sini kena ambil sampai 5 level Calculus. Dari awal semester lagi saya dapat agak dengan carrymarks tak sampai 30/60 tune belajar pun tak mantap, repeat lagi. Subjek ni pre-requisite untuk subjek Design of Machine Elements. Bila fail ni saya repeat lagi paper dan terpaksa ambil subjek Design Machine lambat satu semester dari rakan-rakan lain. Masa ni moral dah memang down dah, nak belajar pun takde semangat nak habisan degree pun dah macam loser dah orang kata. Result exam kalau tak C, B-, B macam tu la hidup. Zaman kegelapan.

Masuk tahun akhir, semester pertama saya ambil 21 jam kredit sebab nak cukupkan habis sampai semester 2 berbaki 18 kredit untuk graduate. Tapi saya ditakdirkan gagal lagi subjek Design Machine. Psiko oit! Setiap tahun sekali repeat paper. Alhamlulillah setiap kali saya repeat tu lepas walaupun atas pagar. Hehe. Saya end-up kat UIAM dengan ambil semester pendek di tahun akhir sebab nak konvo tahun ni.

Punca Gagal?

Masa tahun dua di Universiti saya mula aktif berpersatuan. Meeting sana, meeting sini, program sana, program sini dan masuk team nasyid lagi (kelakar kan) dan ada je la aktiviti saya nak buat. Awal-awal tu silap saya over-confident. Ingat kat Gombak ni macam kat pusat asasi agaknya, sibuk berpersatuan pun boleh lagi belajar last-minute. Dulu la kat pusat asasi saya aktif jugak persatuan tapi last-minute boleh cover lagi tapi kat Gombak buat macam tu, kelaut. Balik meeting, program dah penat. Study entah kemana exam entah kemana. Silap sendiri. Hahaha.

Belajar seorang diri. Ini pun punca saya repeat paper. Masa tahun dua dengan tahun tiga saya belajar sorang-sorang. Subjek dah la berat, study sorang-sorang takde sape nak motivate kita. Bila waktu banyak program persatuan bercampur-campur la otak ni. Moral down, malas, rasa ingin lulus saja takde perasaan pun nak buat terbaik. Diri sangat teruk! Mula tahun akhir baru saya mula ikut study group dengan kenalan terdekat. Bila nak quiz, mid-term baru berkampung ramai-ramai bincang topik itu ini. Masa tu rasa rugi tak buat awal-awal.

Kurang kat sini, Lebih kat sana.

Saya hampir fikir saya macam tak boleh graduate dalam masa 4 tahun, akan extend. Tapi cepat-cepat motivasikan diri untuk habiskan degree ni on-time. Sekarang bila dapat habiskan degree dan konvo sekali dengan kawan-kawan rasa sangat puas hati. Betul ada orang cakap,“jika kita nak mengalah disaat-saat akhir ingatlah dimana kita bermula dan habiskan. Bila berjaya habiskan baru terasa apa itu kejayaan”. Berjaya saya tak diukur dengan CGPA 3.5 ke atas dapat award atau apa. CGPA saya bawah 3.0 kot!

Tapi berjaya saya itu adalah dengan menghabiskan degree on-time walaupun 3 kali repeat paper, dapat join persatuan dan program, bina ramai kenalan, dapat tengok dunia luar, dapat pengalaman membuat kertas kerja dan pengurusan, dapat kenalan dari fakulti-fakulti lain dan final year project dapat grade terbaik. Saya bukanlah genius atau golongan bijak, hanya pelajar biasa. Ada benda yang kurang itu saya buka ruang untuk belajar benda lain. Ni buat blog semua ni belajar setup domain hosting saya buat masa tahun 2 lagi, fotografi saya buat masa tahun 3 lagi.

iium convocation 2013
Nampaknya jalan hidup saya yang nak cuba macam-macma tak habis kat zaman universiti saja. Dah habis belajar pun saya pergi ke bidang bisnes, full time wedding photography. Minggu lepas ada orang cakap,” engineering ni decision maker, fotografi ni art. Satu otak kiri satu otak kanan, jauh lari tu”. Tapi entah la saya ni jenis degil ke apa ke tak nak ikut acuan hidup seperti orang lain saya redah je hidup sekarang ni. Habis belajar kat universiti bukan pengakhiran tapi sebenarnya permulaan kepada satu kehidupan sebenar. Menarik? Suka? Duka? Haa kita jalan terus saja lepas ni.

Terima kasih kepada keluarga yang menyokong apa juga keputusan hidup yang saya buat. Dah terdidik dari kecil, keputusan hidup saya family cuma bagi pendapat sikit je. Lain-lain, terletak pada bahu sendiri. Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu walaupun saya rasa saya bukan seorang sahabat yang terbaik. Terima kasih juga kepada insan terdekat yang selalu menyokong keputusan hidup saya dan akhir sekali.

Tempahan pakej fotografi perkahwinan 2014 dah bukak ni! Siapa nak booking harga sekarang siap diskaun boleh roger. Karang lepas ni saya pindah balik KL nak join-venture (dalam perancangan) harga dah lain. Hehehe. :lol:

malaysia wedding photographer

kerja-kerja membaiki gambar perkahwinan sedang berjalan

Email Newsletter

Sign up to receive email update and to hear what's going on with our website.

Comments

  1. says

    biasalah tu kalau repeat paper. aku pun start sem 3 dah tiap tahun repeat mana-mana paper yang dapat C- dan D. Sem 5 lagi dasat..ada gak yang fail. Pendek kata..yang repeat semua result bagus-bagus. Siap ada yang dapat B+ lagi. haha..

    Seriusly, seronok belajar dan exam ni. Tapi kalau disuruh belajar lagi..aku memang tak sanggup dahh..penat wehh. haha..

    • says

      aku repeat tak pernah dapat elok, sume lepas2 cukup makan. tapi nak tau result final tu mak aih sakit jiwa. hahaha.
      belajar engineering mungkin tak dah kot, tapi aku plan nak study benda lain.

  2. says

    Tahniah bro dah grad! Pengalaman lepas tu banyak pengajarannya, insyallah ada hikmah yang lebih besar selepas ni.

    Lagipun, seronok juga dengar bro dapat belajar macam-macam tak terhad pada pelajaran sahaja. Semoga di masa hadapan kehidupan menjadi lebih cemerlang gemilang dan terbilang :)

  3. says

    Berjaya mengengam segulung ijazah bagi saya adalah satu pencapaian kerana belajar ada permulaan untuk persediaan ke alam pekerjaan. Attitude yang bagus boleh berjaya.

  4. says

    Fail exam ni memang boleh bagi down kat semangat belajar. first time masuk universiti, aku behenti separuh jalan kerana hilang motivasi kerana asyik gagal je. Bila dah kerja, ambik part-time course barulah merasa kejayaan.

  5. says

    Untunglah UIAM, fail paper, boleh ambil next sem. Uni aku, fail satu core subject, most probably mmg kena extend sbb satu course tu yang offer untuk satu sem je. Kalau fail, kena tunggu next year untuk repeat. Lagi malang, summer/spring course (kat Malaysia panggil short sem) pun tak offer core courses, so kalau nak catch-up balik repeat masa time ni pun takleh.

    • says

      course engineering boleh ambil next semester kalau diorang offer. tapi untuk architecture pun macam ko jugak. subject diorang ada yang offer setahun sekali, so kena extend setahun. tapi engineering kat UIA cepat tukar silibus/revise. kalau fail banyak awal-awal, kemungkinan bila kita ambil subjek tu kena independent study sebab subjek tu dah discon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam