Kronologi Blog Sebulan Dijangkiti Virus Dan Akibatnya

kaspersky internet security warning

18 – 2 – 2012
@mohdisa mention saya di Twitter menyatakan dapat warning virus bila buka blog ini.

19 – 2 – 2012
Tiket dihantar ke pihak hosting minta untuk check – up. Beberapa plugins yang terkena virus adalah :
1. Nom Nom 2011 child theme
2. Contact Form 7
3. W3 TC
4. WordPress SEO
5. WP Audio
6. some files on wp-includes

See! inilah kekurangan pakai WordPress Self Hosting.

21 – 2 – 2012
Tiket dibalas dengan menyatakan ada ancaman pada wp-installation. Status akan dimaklumkan setelah checking selesai.

6 – 3 – 2012
Baru dapat update progress terkini apa yang telah dilakukan di blog. Ada part yang telah ditukar, install semula, password reset dan tukar tapi tak sentuh bahagian themes sebab saya buat maintenance mode dekat sebulan la juga. Hosting support minta untuk saya live kembali blog untuk buat remote checking.

11 – 3 – 2012
Blog LIVE semula dan respon minta ke hosting untuk remote checking. Baru sempat masuk blog,busy sikit quiz dan assignment bertindih. Macam biasalah.

12 – 3 – 2012
Tiada respon untuk remote checking,tak tahula ape benda ntah remote checking tu. Keadaan bertambah buruk apabila Kaspersky Internet Security keluarkan warning Access Denied bila nak buka blog ini. Oh,gelabah gelabah. Tapi buat rilek je dulu.

14 – 3 – 2012
Tiada jalan lain sebab nak cepat, contact saudara Eizil untuk khidmat clean up yang disediakan. Harga berpatutan dan siap cepat. Walaupun dia buat lambat sebab ada meeting,tapi saya tak kisah sangat sebab waktu tu saya ke Terengganu shoot gambar kahwin.

16 sehingga 21 – 3 – 2012
Proses baikpulih, scanning, clean up, install plugin security dan lain-lain dilakukan. Tak lama pun, sehari je siap. Yang banyak-banyak hari tu sebab saya keep on updating dengan Eizil kerana asyik dapat warning dari antivirus malware detected. Terima kasih kerana membantu. Contact through email sahaja.

Sekarang dah nak masuk April, blog update macam biasa. Kesan daripada buat maintenance page dekat sebulan yang paling ketara adalah Page Rank jadi N/A! Tapi lepas seminggu LIVE dah naik balik dah. Google Analytics dan Webmaster memang habis kacau. Visitor pun memang kurang tapi lepas update entri Baucar Buku 1Malaysia hari tu ada juga pembaca masih setia menanti. Terima Kasih!

Progress sekarang update blog macam biasa tapi takdelah core sangat. Banyak nak cerita, stay tune je lah kat sini. Adakah blog ini betul-betul bebas virus dan malware sekarang? Respon jika anda masih lagi dapat warning bila masuk ke blog ini.

p/s : sebulan lebih jiwa tanpa blog, ketinggalan sungguh rasa…

About Izwan

pelajar kejuruteraan mekatronik di sebuah IPTA Malaysia. Membangunkan izwanyusof.com sejak 2010. Meminati blog,fotografi,teknikal,travel dan lagu-lagu di FlyFM.

Comments

  1. gile dasyat kalau kena virus. setakat ni blog aku x pernah kena lagi virus. harap2 akan datang pon x kena jugak. fuh fuh

  2. Lama jugak tu sampai sebulan,apa-apa pun kita sebagai blogger kena bersabar je la,kalau ada cara untuk mencegah lagi elok

  3. sungguh bahaya…kena lebih hati2 lepas ni

  4. Bahaya betul.. kira ok lah kot, saya boleh lepas masuk dan tinggal komen di sini :)

  5. blogspot. blogspot.

    ;p

  6. perghh memang sangat bahaya..takut gak terkena..harap2 taklah..bro, plugin security? macam mana tue? explain sikit..hihi

  7. Aku guna antivirus kaspersky, dah ok kut takde warning dah :D

  8. lenkali, pasang polis siber aje jaga blog ko. hoho..

    aku perasan gak hari tu..patutlah lama sangat senyapnya.

  9. Tak de warning apa2 pun dah , nak tanya sapa provider hosting blog ni bagus lah dia , saya tu tanya provider tk de lak dia scan2 ..huhuhu

  10. Kalau sendiri dapat warning, mungkin fail cache dalam pc tu kot..
    Ok dah ni.. :)

  11. KAV saya tidak memberi apa amaran ketika memasuki blog ini. Selamat kembali menulis blog setelah serangan virus berjaya di buang.

Speak Your Mind

*

Protected by WP Anti Spam